BRIT

Untuk menguasai perdagangan runcit antarabangsa pendidikan Malaysia sepatutnya menambah matapelajaran ini di sekolah.

Kenapa?

Kerana mereka ini yang menguasai peruncitan di Negara Teluk, Negara Barat dan Negara Eropah termasuk British.

Dengan mengajar bahasa ini rakyat Malaysia dapat menjadi pemain bersama dalam industri ini dipasaran antarabangsa.

Kalau tidak menjadi pemain industri yang handsome sado banyak bulu boleh menjadi hero hero baru dalam filem mereka dan awek exotic boleh menjadi heroin.

Yang pandai menari boleh menjadi pelari latar kerana mereka jarang meletakkan 2 orang penari sahaja dalam satu produksi.

Kalau tidak pon sekurang kurangnya kos membawa masuk filem dapat dikurangkan kerana tidak perlu terjemahan dan Kak Timah faham setiap kali duduk depan TV hari Ahad.

Urdu rules the world!

Advertisements

OTAK

Basically orang cerdik akan selalu nak duduk dengan orang cerdik.

Sebab bila duduk dengan orang cerdik akan jadi lebih cerdik.

Tapi lama lama duduk dengan orang cerdik anda akan jadi rasa bodoh.

Sekali sekala kena duduk dengan orang bodoh kerana orang bodoh dapat mengajar kita untuk jadi lebih cerdik.

Sebabnya orang cerdik juga sebenarnya bodoh.

Faham tak?

BRIT

Tadi kawan dari Holland tanya kali ni saya tak nak lompat pergi Amsterdak ka….

Saya jawab ‘oh no this time i’d like to see more how does British managed our Malaya wealth’.

Dia pun tanya la jadi macam mana……

Saya jawab ‘I can see our Malaya wealth made British lazy today and suddenly they ask for Brexit’.

Sekian lawak people have have.

ġOKTER

Senior saya sorang ni sampai kerunyut dah muka. Senyum lah macam mana pon kita tahu dalam kepala dia macam macam ada. Semua ni penangan nak habiskan Phd.

Lepas ni jadi Dr.

Abang saya Doktor perubatan bertahun tahun belajar. Dah habis sambung lagi dah habis sambung lagi dah habis sambung lagi.

Orang lain tunjuk tunjuk kepala buat gaya otromen taro boleh jadi Dokter.

Meneru orang bayar minta ubat macam mana nak jadi jutawan.

BERANGAN

Dulu saya berangan akan ada produk Melayu setaraf gourmet dengan design yang cantik setanding produk produk antarabangsa lain dan dijual dengan harga yang mahal.

Maka terhasillah kerepek kami, bawang goreng termahal kami dan sambal sambal kami.

Kemudian saya berangan produk produk Melayu gourmet ini dijual dengan harga yang mahal dan dijual dipasaraya high end untuk high market. Produk kami kini di Ben’s Independent Grocer dan Village Grocer.

Kemudian saya berangan lagi produk kami dijual di luar negara dan di pasaraya eksklusif untuk high market di Arab Saudi. Produk kami kini di Hyper Manuel.

Hari ni saya berangan produk kami NAK dan KENA masuk Selfridges. Hari ni saya dah dapat contact dan person in charge untuk buyer Foodhall. Perlu teruskan step seterusnya sehingga tercapai matlamat.

Hidup jangan lupa berangan.

Kerana dengan berangan membuatkan kena hidup.

LONDON

Saya dok perati sebenarnya Malaysia sedikit demi sedikit sedang menuju ke arah menjadi seperti negara Eropah.

Kos hidup makin meningkat dan memaksa sektor korporat untuk menaikkan gaji dan menawarkan gaji yang lebih tinggi atau syarikat akan kehilangan pekerja tempatan.

Bagi sektor yang memerlukan pekerja yang ramai dan pekerja kurang faedah dan karenah akan mengambil pekerja asing untuk mengurangkan kos.

Rakyat Malaysia pula semakin memilih dalam sektor pekerjaan dan wujud loop holes yang banyak dalam pelbagai sektor.

Kita juga sudah mula meminta itu dan ini dan parti pembangkang menawarkan janji janji itu free ini free. Kerajaan slowly terpaksa lakukan untuk kekal memerintah dan kekal popular. Kita sudah bermula dengan BR1M.

Bagi menampung tanggungan tambahan dalam belanjawan kita perlu tambahkan pendapatan dan cukai cukai baru perlu diwujudkan. Kita sudah bermula dengan GST 6% yang pastinya masa hadapan akan meningkat dan lain lain cukai lain mungkin diwujudkan.

Kita juga sudah ramai immigrant dan expat serta orang luar yang masuk ke nagara kita dan memenuhi bandar bandar utama. Orang tempatan ramai yang mula berpindah ke pinggir bandar dan juga ke kampung kampung.

Jadinya trend kita ke arah itu. Kita sedang menuju ke arah itu. Samada baik atau buruk ia merupakan satu perbahasan yang subjektif, tetapi kita sememangnya menuju ke arah itu.

Trending lawak hari ni adalah kita tak boleh Brexit….. mungkin lepas ni orang Malaysia just EXIT.

KEDAI ASIA

Dalam banyak banyak saya merungut tak dapat support daripada usahawan, tapi Alhamdulillah kami tetap juga dapat support dengan rebate dan free stocks daripada usahawan dan syarikat lain sebagai insentif promosi untuk kedai kami.

Antaranya yang sangat supportive adalah Kipas Udang,  Sambal Mama G, Terang Bulan, Abang Sambal Strawberry dan beberapa usahawan lain.

Terima kasih.

KEDAI ASIA

Tadi dapat call dari Matrade Jeddah, makluman tentang kedatangan TPM ke Arab Saudi.

Cadangan asal adalah TPM yang rasmikan pembukaan kedai kami.

Tapi saya fikir fikir balik, satu tak nak kelam kabut dan saya nak enjoy my time in London.

Keduanya saya nak ikut resam Foodmarket kami, tiada perasmian pembukaan, tetapi Anniversary setelah setahun beroperasi dengan pelbagai pencapaian dan cerita menarik untuk dikongsi.

Jadinya mungkin kami akan lakukan perkara sama perasmian hanya setelah kami buka cawangan kedua kami di Madinah atau ketiga di Riyadh. Ceritanya lebih menarik kan!

Tanak jadi resam selalu, opening gah lepas setahun tutup. Nauzubillah…..