PENDAPAT

Hari hari scroll asyik nampak cerita pasal lawyer tunjuk jari tengah rambut kuning tu.

Ini komen saya.

Saya ada beberapa orang kawan yang mempunyai karektor seperti dia.

Saya rasakan dia seorang yang cerdik dan mempunyai pemikiran yang terkehadapan, tetapi sangat beremosi tinggi.

Selalunya apa jua yang melibatkan unsur retorik dan kosmetik ke’islaman’ akan ditentang hatta perkara asas juga ditentang.

Segala perkara yang simbolik provokatif akan disokong sekiranya ia menyanggahi arus perdana tempatan seperti memegang anjing, ke gereja dan sebagainya.

Saya fikir saya faham apa yang cuba beliau sampaikan cumanya pada pemikiran saya medium dan teknik yang dibawa kurang tepat dengan keadaan disini.

Saya dapat jangkakan beliau mempunyai karektor yang menarik, fun dan boleh menjadi kawan yang baik. Sekiranya kita dalam kesusahan beliau adalah orang pertama yang akan hulurkan tangan bukannya rakan rakan yang berselindung dibawah hijabista.

Kalau beliau merubah strategi dan team up dengan Dato Perkasa Dr. Asri dan menyampaikan pendapat dan buah fikiran disebalik tabir beliau mungkin masyarakat boleh melihat apa yang tersirat yang cuba disampaikan oleh beliau.

Pendapat saya masyarakat yang mencemuh beliau adalah lebih teruk daripada beliau sendiri seperti teruknya perempuan yang tidak  beriman melakukan maksiat dengan perempuan yang dikatakan beriman juga melakukan maksiat.

Sekian ulasan pendapat saya di hari Sabtu ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s