KEDAI PERLIS

Tadi petang Tuanku ada tanya mengenai Kedai Perlis.

Tadi juga masa berkumpul dengan keluarga saya Nda juga ada bertanya pasal Kedai Perlis. Mereka nak ke Perlis esok lusa nanti.

Siap jadi lucu kerana orang Perlis sendiri siap promote pasal kedai Foodmarket di Perlis. Katanya kedai cantik dengan produk yang lain daripada yang lain. Sangat unik.

Baru tadi juga kerabat Kelantan bercakap perkara yang sama mengenai kedai di Perlis. Kebetulan hari ni nampaknya semua orang cakap perkara sama. Mungkin kerana lama tak jumpa dan bila dah jumpa macam macam nak cerita.

Akhirnya saya perlu juga ceritakan perkara sebenar apa yang berlaku dan sembah juga kepada Tuanku supaya tidak berlaku salah faham. Saya juga tak suka lembu buat kerja sapi dapat nama.

Foodmarket Perlis bukanlah lagi daripada kumpulan Husam Waksa dan saya tidak ada kena mengena dengan kedai tersebut.

Sebelum saya berangkat saya telah membuat keputusan untuk melepaskan share saya kepada partner saya di sana.

Saya orang seni, saya pentingkan karya saya. Saya pentingkan nama baik saya. Saya juga pentingkan kredibiliti saya kerana saya sudah mempunyai nama dalam bidang ini. Setiap apa sentuhan yang saya lakukan orang dalam industri sudah tahu pastinya menjadi dan cantik serta high class.

Manakala partner saya pula seorang akauntan yang berprofil tinggi, mempunyai pengalaman yang luas dalam bab mengaudit dan pandai kira kira.

Kerana itu seorang pengkarya tidak boleh duduk bersama seorang akauntan. Seorang artis seperti saya mementingkan hasil kerja dan kerana itu saya menapak dan bertahan dalam bidang ini. Manakala beliau seorang akauntan mementingkan numbers, figures, dollar and cent.

Saya pentingkan jaga nama dan beliau pentingkan dollar and cent. Kami tak selari.

Saya korbankan masa, tangguhkan pembukaan kedai di Jeddah kerana jemputan beliau untuk capai hasrat beliau untuk mempunyai kedai unik di Perlis.

Saya setuju untuk lakukan kerana passion manakala beliau mahu lakukan kerana business opportunity.

Kami tidak ada komunikasi yang baik. Mesej bertangguh tangguh tidak berjawab.

Saya ambil keputusan sebelum saya ke Saudi untuk lepaskan share saya dan lupakan wang dan masa yang telah saya laburkan. Bagi saya wang tiada makna untuk saya. Wang tiada nilai untuk saya.

Mungkin keputusan ini tepat atau mungkin juga tidak. Mungkin juga saya akan kehilangan seorang kawan. Sehingga hari ini saya masih belum melihat usaha di pihak sana untuk memperbaiki hubungan persahabatan dan saya redho dengan ketentuan.

Maka hari ini dengan rasminya di facebook saya ingin maklumkan semua tiada lagi Foodmarket Perlis. Kedainya tetap ada….. barang barang saya pon masih ada tapi itu semua bukan kepunyaan kami.

Saya mohon maaf kerana telah kecewakan ramai orang khususnya KDYTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis kerana Baginda berdua adalah yang paling excited dengan kedai ini dan telah menceritakan kepada semua orang. Begitu juga rakan rakan di Perlis Royifazulmaldy Azroy’s yang ulang alik tolong kami dan lain lain.

Apa pun semuanya pasti ada hikmah.

Cerita details…… kalau nak tau kena tunggu buku abam siap.

Yang penting hidup mestilah terus berkarya dan berbakti. Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s