UMRAH BACKPACKERS

Sapa tah yang tulis umrah back packers 2 ribu ringgit saja tu mari sini saya rasa macam nak cepuk kepala dia.

Kerana penulisan dia yang tak lengkap tu tapi sangat bagus untuk tujuan viral telah menyusahkan ramai orang dan membuatkan orang berangan angan mat jenin.

Saya nak tanya macam mana dia boleh dapat calculation mcm dia tulis tu. Setahu sayalah yang ulang alik ke Jeddah tiket tak pernah bawah 3 ribu. Paling murah pon 2800 itu kalau ada offer.

Sekarang ada Air Asia pon takkan dapat harga tiket murah bagai dikata.

Kemudian pergi Saudi bukan macam pergi Hatyai. Nak kena ada visa special. Visa Umrah tak dikeluarkan sewenang wenangnya macam visa nak pergi China. Anda kena beli pakej lengkap baru dapat.

Ok there is a trick. U can buy from certain agent at RM500. Tapi kalau anda tak reti anda akan menyebabkan travel agent tu di black list dan lesen ditarik dan bungkus.

Dok Mekah tu tinggal kat mana? Ingat Sungai Petani ka ada hotel 80 hengget. Paling murah pon 300 to 400 semalam. Kalau ada hotel 80 hengget saya pon nak tau kat mana. Saya nak bayar pajak terus setahun untuk keluarga saya senang nak buat umrah, mandi berak kencin mudah nanti.

Lepas tu makan paling minimum kena spend 30 riyal sekali makan. Awak kan back packers, mana ada katering bagi breakfast, lunch, tea time dan dinner macam pakej selalu beri tu. Oh ya ada trick……. anda boleh berlakun jemaah Andalusia dan makan free dekat hotel Hilton. Lupa pulak kan BangChik Rafaie

Lepas tu nak pergi Madinah…… naik bas memang lah murah dalam 80 riyal rasanya. Tapi kalau awak nak takpelah saya tak sanggup. Saya dah pernah cuba naik dan saya tak sanggup. Saya rela sewa teksi one way bayar 500 daripada naik bas yang azab tu.

Lastly awak tak tahu negara tersebut. Ni first time….. backpackers pulak tu maksudnya duit ngam ngam dan ciput jelah. Tahu ke kat mana nak cari bas, nak cari teksi, nak tanya orang. Tahu ke cakap Arab. Kalau jadi apa apa ada ke duit kecemasan? Tak pulak satu hal nak kena kaco Mohd Hanif Bin Zolkepli daripada pasport hilang, masuk hospital, masuk penjara sampai awak mati pon dia yang akan susah kena uruskan.

Kita kena faham, bila pergi dengan pakej semua kos dibahagikan kepada 20 hingga 40 orang atau mungkin juga lebih. Maksudnya semua kos menurun dan rendah jika dibahagikan secara kumpulan.

Berbanding pergi sorang sorang semuanya akan menjadi kos lebih meningkat khususnya bagi kos buat umrah.

Lain pulak ceritanya backpakers kawan kawan saya atau staff saya yang pernah ikut saya ke Saudi dan perform umrah. Mereka menjadi murah dan juga amat selesa bukan kerana kosnya tu memang murah. Tetapi kerana kos telah ditanggung dan diabsorb oleh orang lain dan keadaan sekeliling. Kaedah ni takkan wujud kerana tak semua kenal abam husam.

Kesimpulannya janganlaaaa berangan nak percaya sangat apa yang orang tulis. Indah kabo dari ghoper.

Nota kaki: Saya masih rasa macam nak lempang Saiful Nang yang kata ada rumah pelacuran di Makkah al Mukaromah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s