KEDAI PERLIS

Semasa saya decided untuk buat Foodmarket Perlis, saya fikirkan kedai tersebut memerlukan sesuatu untuk dijadikan sebagai tarikan yang bakal menjadi trending dan viral.

Jadinya kedai perlulah ada satu tarikan khusus yang senang difahami dan berbentuk emosi. Maksudnya orang tengok terus relate dan boleh ingat.

Selain tu saya mahu kedai tersebut menjadi tempat mini edutainment yang akan menjadi tempat untuk memberikan maklumat dan didikan kepada masyarakat dan pengunjung.

Tema asal yang ingin saya buat adalah dengan #AnakPerlis

Maka saya terus membuat kajian anak anak Perlis yang menempa nama dan menyumbang jasa yang besar kepada negara. Saya lakukan pembacaan, google, bertanya sana sini termasuklah bertanya di facebook dan saudara Royifazulmaldy Azroy’s telah banyak membantu.

Antara nama yang teratas sekali #AnakPerlis adalah pasangan kembar Harun Din dan Hasan Din. Mereka adalah anak jati Perlis selain daripada figura lain seperti Rita Rudaini, Yus Jambu dan ramai lagi.

Akhirnya saya terpaksa scale down dan membuat keputusan untuk hanya lukis mural 3D Allahyarham Yus Jambu kerana faktor pertama beliau sangat dikenali oleh semua lapisan masyarakat. Keduanya beliau tidak mempunyai sebarang kontroversi tetapi mempunyai nilai komersil lebih besar dan kerana beliau telah meninggalkan kita, maka emotion attachment ada disitu.

Faktor lain adalah kerana untuk mengupah artis yang mempunyai nama dalam industri dan mampu untuk menghasilkan karya sedemikian bukanlah murah. Ia memakan ribuan ringgit. Ya….. nilainya adalah gaji sebulan seorang pekerja atau mungkin lebih.

Jadi saya tangguhkan hasrat untuk tokoh tokoh yang lain untuk tujuan mural tetapi saya ingin terjemahkan trending hash tag anak perlis (#AnakPerlis ) dalam medium lain.

Memandangkan saya sudah tidak berminat dengan partnership kedai ini dan telah ‘let go’ share dan wang ringgit saya kepada ‘partner’ saya tersebut, maka semua idea dan karya karya ini tidak akan ada lagi dan tidak diteruskan di situ. Mungkin dalam bentuk lain di masa yang lain.

Kedai di Perlis masih ada, tetapi pastinya tidak sama. Not everyone will born creative and with good talent.

Note: betullah kata orang yang tulis tersebut. Beliaulah yang fikirkan konsep ini dan pilih (kenal) artis serta menjadi kurator dan arahkan mereka serta uruskan kerja design. Beliau tahu nilai sebenar saya gamaknya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s