ARTIS

Saya jumpa ramai talented and creative people.

Pandai design, pandai buat fine arts, pandai melukis, pandai buat ID, pandai ambil gambar, pandai macam macam.

Tapi tak seorang pon yang saya jumpa ada iras iras bakal menjadi industrial production house atau kalau tidak menjadi seperti Leo Burnett.

Mereka masih di takuk sebagai ‘free lancer’ yang kalau ada job adalah. Kalau takdak job melengung lah sorang sorang.

Kenapa?

Ini jawapan saya.

Menjadi seorang yang talented, bagus, kreatif itu semua anugerah tuhan. Walaupun ilmu ni boleh dipelajari tapi masih terikat dengan anugerah tuhan berikan. Kalau belajar teknik ambil gambar pon tetapi kalau tak ada bakat dan taste yang bagus…..gambar akan keluar macam longkang je rupanya.

Tapi bakat semata mata tidak boleh bawa kita kemana.

Talent mestilah selari dengan profesionalisme dan disiplin yang tinggi. Kerana dua perkara ini akan menyebabkan orang suka bekerja dengan kita dan akan recommend kepada ramai orang lain.

Saya jumpa ramai designer yang bagus, tapi tak profesional dalam kerja. Janji dateline tak patuh. Pengurusan masa teruk dan macam macam lagi karenah.

Kedua talent yang bagus juga mestilah selari dengan soft skill dalam bersosial. Kalau kerja bagus tapi cakap dengan orang tak reti, serabut serabai dan hidup dalam dunia sendiri. Akhirnya kau akan jadi artis jalanan dan pengemis dalam dunia khayalan. Social skill sangat penting supaya orang suka dengan kita kerana kitalah branding hasil seni kita. Jangan jadi pengkarya yang propa dan kuat drama. Drama akan membunuh talent awak di mata industri.

Ketiga talent yang bagus juga akan berhasil sekiranya kita mempunyai network yang bagus. Kalau pandai design mengalahkan designer tersohor dunia pon tapi tak dak network maka akhirnya kita hanya dok kena buat design banner JKKKKKKKKK kampung yang bayaran 50 hengget je sekeping. Dapat kerja dekat kedai print banner tu pon kira alhamdulillah dah. Jadi jangan berangan nak dapat job buat branding untuk Petronas ka, 1 MDB ka dan macam macam nama canggih lah.

Ya 3 perkara ini amat penting dan mestilah seiring.

Last but not least, pengkarya dan artis atau orang seni mestilah berkawan dengan orang berada dan berpengaruh.

Kenapa?

Kerana orang kaya dan berpengaruh saja yang mampu beli, bayar dan appreciate karya awak yang ribu riban tu. Kalau jual kat makcik kampung dia buat bungkus nasi lemak jer!

Advertisements

HALLOWEEN

Sambungan……

Orang lain punya la make up bagai hias rumah nak bagi nampak takut sebab nak sambut halloween katanya.

I tak payah buat apa pun….bukak mulut orang dah takut.

Effortless katanya.

JAMBAN

Kawan saya kata hish hang ni gila ka apa.

Saya pun jawab suka hati aku lah nak balas dendam dengan diri sendiri.

3 tahun kot kerja keras nak beli rumah sekangkang kera ni.

Jadi aku nak pasang set karaoke dalam jamban aku pon pasai apa hang nak kalut pulak.

Mohd Shakirin Zulhilmi Hashim nanti kita buat acapella naaaaa

BABI

Orang Melayu ni pelik…..

Semua benda ingat ada babi.

Makanan tahan lama tu entah entah sapu minyak babi paaaaaa.

Eh cantiknya kek ni entah entah sapu pakai berus babi paaaaa…..

Kopi ni sedap betul, entah minyak babi apa dia goreng.

Nih nak habaq bagi kak oi….. semua benda dalam dunia ni ada babi. Baju kurung kak tu cina yang import dia pegang babi pastu dia pegang pulak baju kak. Ikan gelama kak nak buat gulai tu pon ada babi. Jalan tar tu pon tahan lama pasai depa boh minyak babi. Telekong kak pakai semayang tu pon entah entah dia gosok dengan kulit babi.

Tolong lah! Belajar lah sikit food science. Pastu belajar jugak agama dalam dalam.

Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya. Yang dok bagi susah tu otak kuno melayu ampa tuh.

HUKUM

Ustaz apakah hukumnya apabila tadi bersenam bagai nak rak kononnya nak bakar lemak juga mengikut sunnah nabi dan bila pukul 12 tengah malam terasa kelaparan.

Jawab ustaz….. hukumnya harus makan dan sekiranya boleh membawa kemudaratan hukumnya wajib makan!

LONDON

Ada kawan bagitau jangan lupa try burger king dekat London sedap giler.

Saya pon kondifen order angus burger dan ya allah memang sedap giler.

Di babak babak gigitan akhir baru saya teringat…… eh aku makan burger king kat London la bukan kat KL.

Sini takdak cawangan Jakim. Gulp!

GOMEN

Saya nak cerita apa gomen telah buat dekat saya.

6 tahun dulu masa saya baru nak mula aktif masuk dalam supermarket di Arab Saudi saya pergi ke pejabat Matrade di Jeddah.

Seingat saya masa tu Trade Commisioner takdak sebab dah kena balik Malaysia. Yang tinggal hanyalah timbalan baru yang masih terkontang kanting lagi sebab baru sampai.

Saya minta tolong mereka nak contact hypermarket yang lain yang saya belum masuk lagi.

Walaupun beliau masih baru tapi sebab team lama ada dan data pon ada dengan penuh dedikasi abang gomen ni tolong saya. Mereka bagi saya senarai panjang hypermarket serta importer yang ada dalam senarai mereka serta contact person in charge. Siap bagitahu lagi siapa ok siapa kureng dan sebagainya.

Saya pon call satu persatu buat appointment dan jumpa sorang sorang.

Dalam banyak banyak tu satu melekat dan sampai hari ni tiap tiap bulan kami kena hantar kontena susu pekat.

Saya sampai hari ni apa saja perkembangan terbaru dengan saya saya mesti bagitahu Matrade Jeddah.

WHY

Ada orang tanya dekat saya kenapa saya ni macam marah sangat dekat gomen agency ni.

Saya sebenarnya tak marah pon.

Gomen agency tak ada buat salah apa pon dengan saya. Setakat satu dua perkara lama lama saya maafkan saja.

Cuma saya agak sedikit kecewa.

Banyak benda yang mereka buat hari ini adalah perkara yang sudah tidak releven.

Benda ni pulak berlaku terang terangan depan mata saya. Al nasib lah pulak saya tak tahu kenapa Allah suka buka rahsia dekat saya sampai tahu terlalu banyak benda sulit dan dalam.

Contohnya baru baru ni ada delegasi satu negeri pergi jauh jauh negara Arab kononnya nak mempromosikan madu kelulut dan sign mou kat sana.

Last minute pegawai gomen call saya nak minta sign mou dengan saya di negara Arab tersebut.

Boleh saja saya kata ok….. dan keesokan harinya penuhlah surat khabar keluar muka saya dengan MB kembang kempis hidung saya dapat pujian selama 3 hari 3 malam berturut turut. Kalau dulu dulu umur 19 tahun mungkin saya hadap. Ni dah masuk 3 series dah pon.

Saya kata kalau nak sign mou kita boleh sign di KL saja tak perlu pergi jauh jauh negara Arab.

Apa yang dapat? Mou sign duit habis habuk apa pon tarak.

Kita tahu belanja delegasi ke negara Arab tu termasuk join exhibition yang setaraf dengan karnival kampung baru di Malaysia busuk busuk antara 700 ribu hingga sejuta hengget.

Duit tu kalau dibelanjakan hanya 10 peratus daripada nilai tersebut untuk bayar listing fees di supermarket dah confirm produk usahawan dah ada dalam pasaran and on shelve!

Bila kita bagi nasihat, bagi cadangan, bagi pandangan sapa pon tak nak dengar. Ooooh kami ada peraturan yang perlu dipatuhi. Kami tak ada bajet untuk promosi.

Habistu yang main golf sampai 3 hari dan 3 padang juga 3 club tu peruntukan klausa apa pulak tu?

Ini adalah salah satu perkara daripada puluhan cerita 2016 yang berulang ulang.

Semua tu kawan kawan semua tu pangkat kakak abang yang saya hormat.

Mungkin dalam FB saja penulisan saya bunyi agak kasar tapi saya amat rapat dengan ramai pegawai agensi gomen.

Inilah sebabnya bila ada perkara yang berkait rapat dengan pasaran Arab khususnya Arab Saudi…… sekiranya mereka mahukan pertolongan saya either you do my way or NO WAY.

Sebabnya kenapa? Sebab saya sayangkan negara saya Malaysia.

AGAMA

Saya semasa kecil dimasukkan ke kelas pra sekolah namanya TASKI.

Taman Asuhan Kanak Kanak Islam.

Kami di ajar dengan pelbagai perkara yang kebanyakannya dialunkan dalam bentuk lagu lagu pendek yang saya ingat sampai sekarang.

Lagu cara berwuduk, lagu anak nabi kita dan macam macam lagi.

TASKI ini dibawa oleh ABIM yang diambil daripada teknik Montessori. Kalau nak tau lebih boleh google.

Selepas TASKI maka banyaklah taman asuhan lain mula mengikuti teknik Montessori yang telah diolah menjadi dekat dengan Islam.

Ya Montessori itu KRISTIAN. Bukan Islam!