DEY

[Da’i “Halalkan” Riba Dalam Konvensional Insurans?]

Dalam rancangan Da’i Pendakwah Nusantara semalam, seorang juri bertanya kepada tiga finalis apakah hukum melanggani insurans nyawa konvensional, ketiga-tiga Da’i kelihatan berkerut dahi mereka di atas pentas.

Daripada raut muka mereka saya yakin mereka tak tahu. Kemudian kelihatan mereka menulis “HARUS” pada papan putih yang mereka pegang.

Juri kemudian menberitahu bahawa hukumnya HARAM dengan memetik fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Terkejut dengan jawapan sebenar, reaksi mereka itu jelas seperti tersalah teka!

Saya akan lebih ‘respek’ kalau ada Da’i yang biarkan papan putih itu kosong dan tidak menjawab sebagai tanda tidak tahu (saya akui hanya tertonton insiden soalan ini, dan tidak menonton program ini secara penuh).

Apapun saya sebagai orang awam melahirkan rasa takut dan kecewa jika inilah Da’i yang dicorak melalui program realiti TV yang mempertontonkan secara jelas kepada orang awam bahawa bab hukum ini seakan boleh diteka-teka?

Dan mereka inilah akhirnya yang berebut-rebut dijemput masjid dan surau untuk memberi tazkirah,ceramah sebelum diakhiri dengan sesi soal jawab melibatkan hukum hakam agama.

Kesimpulannya?

Penulisan oleh Ezry Fahmi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s