WHY

Ada orang tanya dekat saya kenapa saya ni macam marah sangat dekat gomen agency ni.

Saya sebenarnya tak marah pon.

Gomen agency tak ada buat salah apa pon dengan saya. Setakat satu dua perkara lama lama saya maafkan saja.

Cuma saya agak sedikit kecewa.

Banyak benda yang mereka buat hari ini adalah perkara yang sudah tidak releven.

Benda ni pulak berlaku terang terangan depan mata saya. Al nasib lah pulak saya tak tahu kenapa Allah suka buka rahsia dekat saya sampai tahu terlalu banyak benda sulit dan dalam.

Contohnya baru baru ni ada delegasi satu negeri pergi jauh jauh negara Arab kononnya nak mempromosikan madu kelulut dan sign mou kat sana.

Last minute pegawai gomen call saya nak minta sign mou dengan saya di negara Arab tersebut.

Boleh saja saya kata ok….. dan keesokan harinya penuhlah surat khabar keluar muka saya dengan MB kembang kempis hidung saya dapat pujian selama 3 hari 3 malam berturut turut. Kalau dulu dulu umur 19 tahun mungkin saya hadap. Ni dah masuk 3 series dah pon.

Saya kata kalau nak sign mou kita boleh sign di KL saja tak perlu pergi jauh jauh negara Arab.

Apa yang dapat? Mou sign duit habis habuk apa pon tarak.

Kita tahu belanja delegasi ke negara Arab tu termasuk join exhibition yang setaraf dengan karnival kampung baru di Malaysia busuk busuk antara 700 ribu hingga sejuta hengget.

Duit tu kalau dibelanjakan hanya 10 peratus daripada nilai tersebut untuk bayar listing fees di supermarket dah confirm produk usahawan dah ada dalam pasaran and on shelve!

Bila kita bagi nasihat, bagi cadangan, bagi pandangan sapa pon tak nak dengar. Ooooh kami ada peraturan yang perlu dipatuhi. Kami tak ada bajet untuk promosi.

Habistu yang main golf sampai 3 hari dan 3 padang juga 3 club tu peruntukan klausa apa pulak tu?

Ini adalah salah satu perkara daripada puluhan cerita 2016 yang berulang ulang.

Semua tu kawan kawan semua tu pangkat kakak abang yang saya hormat.

Mungkin dalam FB saja penulisan saya bunyi agak kasar tapi saya amat rapat dengan ramai pegawai agensi gomen.

Inilah sebabnya bila ada perkara yang berkait rapat dengan pasaran Arab khususnya Arab Saudi…… sekiranya mereka mahukan pertolongan saya either you do my way or NO WAY.

Sebabnya kenapa? Sebab saya sayangkan negara saya Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s