ARTIS

Saya jumpa ramai talented and creative people.

Pandai design, pandai buat fine arts, pandai melukis, pandai buat ID, pandai ambil gambar, pandai macam macam.

Tapi tak seorang pon yang saya jumpa ada iras iras bakal menjadi industrial production house atau kalau tidak menjadi seperti Leo Burnett.

Mereka masih di takuk sebagai ‘free lancer’ yang kalau ada job adalah. Kalau takdak job melengung lah sorang sorang.

Kenapa?

Ini jawapan saya.

Menjadi seorang yang talented, bagus, kreatif itu semua anugerah tuhan. Walaupun ilmu ni boleh dipelajari tapi masih terikat dengan anugerah tuhan berikan. Kalau belajar teknik ambil gambar pon tetapi kalau tak ada bakat dan taste yang bagus…..gambar akan keluar macam longkang je rupanya.

Tapi bakat semata mata tidak boleh bawa kita kemana.

Talent mestilah selari dengan profesionalisme dan disiplin yang tinggi. Kerana dua perkara ini akan menyebabkan orang suka bekerja dengan kita dan akan recommend kepada ramai orang lain.

Saya jumpa ramai designer yang bagus, tapi tak profesional dalam kerja. Janji dateline tak patuh. Pengurusan masa teruk dan macam macam lagi karenah.

Kedua talent yang bagus juga mestilah selari dengan soft skill dalam bersosial. Kalau kerja bagus tapi cakap dengan orang tak reti, serabut serabai dan hidup dalam dunia sendiri. Akhirnya kau akan jadi artis jalanan dan pengemis dalam dunia khayalan. Social skill sangat penting supaya orang suka dengan kita kerana kitalah branding hasil seni kita. Jangan jadi pengkarya yang propa dan kuat drama. Drama akan membunuh talent awak di mata industri.

Ketiga talent yang bagus juga akan berhasil sekiranya kita mempunyai network yang bagus. Kalau pandai design mengalahkan designer tersohor dunia pon tapi tak dak network maka akhirnya kita hanya dok kena buat design banner JKKKKKKKKK kampung yang bayaran 50 hengget je sekeping. Dapat kerja dekat kedai print banner tu pon kira alhamdulillah dah. Jadi jangan berangan nak dapat job buat branding untuk Petronas ka, 1 MDB ka dan macam macam nama canggih lah.

Ya 3 perkara ini amat penting dan mestilah seiring.

Last but not least, pengkarya dan artis atau orang seni mestilah berkawan dengan orang berada dan berpengaruh.

Kenapa?

Kerana orang kaya dan berpengaruh saja yang mampu beli, bayar dan appreciate karya awak yang ribu riban tu. Kalau jual kat makcik kampung dia buat bungkus nasi lemak jer!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s