AKHLAK

Dalam keluarga saya kami amat berpegang kuat dengan nilai nilai Melayu dan ajaran Islam.

Kami bukan Mat Saleh yang begitu terbuka dalam melemparkan pendapat.

Kami amat hormati orang tua dan memandang tinggi nilai senioriti.

Walaupun sebenarnya banyak perkara yang saya tak sependapat dengan ibu saya, ayah saya, kakak saya dan abang saya, tetapi kerana ajaran dan nilai nilai tersebut saya banyak diamkan diri tanda hormat dengan mereka dan sekiranya perlu dinyatakan saya terpaksa susun supaya bak kata pepatah biar menarik rambut didalam tepung. Rambut tak putus tepung tidak berselerak.

Tun Mahathir adalah orang yang sangat tua. Saya sangat sangat hormati beliau walaupun beliau tidak pernah kenal pun dengan saya.

DS Najib dan DS Rosmah juga adalah orang yang lebih tua, malah pemimpin negara kita. Setuju atau tidak setuju kalau saudara semua perasan saya tak pernah mempersendakan mereka didalam fb saya.

Sekali saja saya buat lawak gambar rosmah dengan michealle obama, selepas kena tegur terus saya tak persendakan mereka secara peribadi walaupun sebenarnya setiap kali saya melihat gambar beliau dengan bengkak bengkak dimuka terasa gatal tangan ni nak tulis. Tetapi tidak….. saya tak pernah tulis dan persendakan.

Itu adalah akhlak yang ibu saya ajarkan. Hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran kepada ibu yang telah mendidik saya.

Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s