LOL

Sebenarnya saya ni kan sangat lah penakut.

Saya takut cerita seram dan cerita hantu. Tapi Astro semenjak dua ni asyik iklan cerita seram seram saja.

Buka channel ni ada cerita hantu buka channel ada cerita hantu.

Last geram sangat terus bukak 118 channel Go Shop!

Puas hati!

BUKRA

​Dalam negara Arab dia ada satu jenis zikir bila buat kerja.

Lepas baca zikir ni bukan hati jadi tenang, tapi jadi lebih gundah gulana.

بكري بكري بكري بكري بكري بكري بكري

Cer sebut….. bukra bukra bukra bukra bukra bukra 

Semua benda cakap bukra. %£÷*//*÷/?^# toyamat amin hang lah bukra.

SINUS

​FYI my sinus ni ada juga faedahnya.

Tadi dalam flight tetiba hidung nak tersumbat. Saya cuba tarik nafas dalam dalam dan nak ambil nossel spray.

Masa nak tarik nafas tu allahu akbar ada jelmaan bau bawang pakistan. Terus ambil keputusan takpa lobang hidungku. Sila tersumbat hingga kapal mendarat.

PIKIR

Seingat saya di Malaysia saya sembahyang di Arab Saudi pon saya sembahyang.

Tapi di Malaysia macam macam kerja saya dapat siapkan dalam masa satu hari.

Tapi di Arab Saudi kejap kejap eh kedai kena tutup, kejap kejap eh pejabat kena tutup.

Kenapa? Sebab waktu sembahyang lima waktu. Semua premis wajib kena tutup.

Walaupun solat itu boleh selesai dalam masa 5 hingga 10 minit tetapi kedai ditutup hingga 45 minit. Bayangkan betapa produktifnya masyarakat disini atas kerana undang undang ini.

Saya rasakan inilah undang undang kosmetik yang kebanyakan rakyat Malaysia dambakan. Inilah nilai nilai kosmetik Islam yang kita mahukan. 

Nota : maaf saya tak pernah nampak islam hakiki di negara arab tetapi saya nampak ajaran dan tuntutan islam di negara orang kafir.

CERITA

Saya ingin ceritakan masa zaman belajar dulu memang saya selalu dapat markah tinggi. Seingat saya dari darjah satu sampai tingkatan tiga saya tak pernah dapat nombor lain melainkan nombor satu kecuali masa darjah empat dan masa tingkatan dua. 

Sampai hari ni saya masih ingat orang yang bagi saya dapat nombor dua kerana perbezaan markah kami hanya dua markah sahaja. Tapi itu cerita lain.

Bila bertukar sekolah saya bukanlah lagi di nombor satu. Keputusan peperiksaan kelas saya merosot. Rupanya ramai lagi budak budak yang lebih pandai dalam dunia ni.

Cerita saya pada hari ni adalah dalam banyak banyak perkara tidak semuanya saya dapat markah baik kerana usaha saya. Ada subjek yang saya sangat lemah iaitu matematik. Saya tak pandai mengira hinggalah hari ni saya tak berapa pandai mengira. Jadi kawan kawan yang pandai saya pergi minta tolong.

Saya tak pandai pertukangan. Saya masih ingat lagi masa tu kami kena buat kotak kunci. Yang tukang gergajinya adalah Rauf dan tukang pakunya juga beliau. Tukang membuat papan elektronik adalah Hidzir. Hasilnya siap cantik kotak kunci saya. Rauf kami keluar jalan jalan dan enjoy dan Hidzir rasanya saya bagi Apricot cuci muka free.

Apa tauladan dari cerita ini?

Mungkin pada waktu tu kalau cikgu tahu mungkin saya kena denda kerana plagiarism dan dianggap menipu dalam kerja sekolah.

Tetapi kerana skil tersebut saya boleh membuka sebuah syarikat kecil dan dapat mengenal pasti banyak talent talent yang bagus serta mengemudi mereka untuk menggerakkan projek dan melaksanakannya dengan baik.

Kita sebagai ibu bapa mestilah mempunyai pandangan jauh dalam mendidik anak anak. Jangan mendidik mereka mengikut apa yang kita mahu. Tapi lihatlah apakah potensi yang mereka ada dan sokong apa yang mereka lakukan. Sekiranya tersasar dorong mereka supaya tidak tersasar.

Sekian cerita dikala menunggu arab yang lambat sangat ni!

PERATI

Pemerhatian saya di Malaysia, kumpulan pendapatan menengah dan bawahan sangat sukakan warna warna terang dan garang. Kadang kala jalinan warna antara satu sama lain mestilah kontra dan menjadi dambaan serta kesukaan dalam pilihan samada hiasan rumah mahupun pakaian.

Manakala yang sukakan warna begini dari segi geografi pula kebanyakannya dari kumpulan sebelah utara seperti Alor Setar, Perlis, Pulau Pinang juga tidak terkecuali Kelantan dan dari pelusuk pelusuk kampung di negeri lain.

Kumpulan menengah atasan pula amat meminati warna pastel serta warna yang selamat dari rona tanah khususnya dalam pilihan hiasan dalaman rumah malah hingga rona rona pakaian. Sekiranya ada warna terang amat terhad dan hanya diberikan satu ada dua sahaja sebagai titik tumpu.

Malah sekiranya warna terang ia masih nampak dalam had had elegent dan teratur ronanya.

Kumpulan ini biasanya dari kumpulan yang terpengaruh dengan citarasa Eropah yang lebih pastel.

Manakala wujud juga golongan kaya raya dan super rich yang amat sukakan warna terang dan penuh dengan gemerlapan. Selalunya kumpulan ini adalah dikatakan dari kumpulan ‘the new rich’ atau OKB. Mereka kaya tetapi mempunyai citarasa yang berbeza dari kumpulan generasi aristokrat Malaysia. Mereka ini menjadi rujukan dan idola kepada kumpulan lain yang menjadikan mereka sebagai kayu aras kekayaan serta menjadi rujukan apa itu kekayaan. Contoh paling popular adalah Dato Seri Vida dan Dato Alif.

Manakala contoh orang tak ada duit melimpah ruah dan bukan dari kumpulan aristokrat dan have have Malaysia, nobody tetapi mempunyai citarasa subtle dan mirip kepada citarasa Eropah adalah…….pakcik yang tulis nilaaaaaaaaa.

Sekian.

CERITA 

Selalunya kapal kami paling lama seminggu dah release. Tapi kapal bulan ni dah masuk 20 hari tak release lagi. 

Apalahai dugaan tuhan beri. Sembahyang tunggang langgang doa panjang panjang minta Allah permudahkan urusan.

Last sekali baru dapat berita ada satu produk tak dapat dikenal pasti kerana terlalu saintifik sangat namanya dan disyaki barang yang telah rosak, contaminated dan perlu dijalankan ujian makmal saringan kerana baunya teramat busuk sehingga beberapa orang Arab di makmal pengsan tak sedarkan diri.

Pickled Parkia Speciosa atau dalam Bahasa Melayu……

PETAI JERUK! 😂😂😂😂😂😂😂

DARI SBB

​Apakah pandangan orang Melayu dari kacamata seorang berbangsa Cina?

Jawapannya bukan dari saya tetapi dari seorang berbangsa Cina.

(Menarik juga mendengar pandangan seorang berbangsa lain tentang perwatakan bangsa kita).

1. Orang Melayu ikhlas dan tidak manipulatif.

2. Orang Melayu tidak berkira.

3. Orang Melayu kadang-kadang terlalu lurus bendul.

4. Orang Melayu terlalu suka kepada benda-benda yang cantik dan bergaya.

5. Orang Melayu terlalu gemar protokol.

6. Orang Melayu ada malas sikit.

7. Orang Melayu cepat leka.

8. Orang Melayu kuat agama.

9. Orang Melayu boros.

10. Orang Melayu suka hidup harmoni sehinggakan boleh sapu bawah karpet pun tak apa. Tidak suka pertelengkahan.

CERITA

​Wiser friends tell me, “Saiful, whatever you do, never buy cheap shoes.”

Others tell me the same except its “cheap luggage “.

“Cheap food”.

“Cheap underwear”.

“Cheap shirts”.

“Cheap suits”.

So, what can I buy cheap then?

CERITA

Ada sorang mamat ni anak kacuk. Mak dia orang korea bapak dia arab.

Mak dia ni suka memasak dan suka kemas rumah. Tengah tengah mengemas rumah tiba tiba ada orang tekan loceng pintu. Dia pon bukak la pintu.

Posmen rupanya…….

Posmen pon tanya ‘law samahti, momken… madame el beit’

Maksudnya…. excuse me, madam of the house please.

Apa! Madame el beit!!!!!!!! Terus mak dia jerit jerit…. ana madame el beit. Ana madame el beit. Dia ambil surat terus hempas pintu kemarahan.

Esoknya datang lagi posmen. Tekan loceng tekan tekan dekat 10 minit baru buka pintu..

Allahmak terkejut posmen tengok makcik semalam buka pintu siap set rambut pakai dress bling bling nak ambil ambil surat.

Terus dia cakap ‘masa el kher ya madame’.