PERATI

Pemerhatian saya di Malaysia, kumpulan pendapatan menengah dan bawahan sangat sukakan warna warna terang dan garang. Kadang kala jalinan warna antara satu sama lain mestilah kontra dan menjadi dambaan serta kesukaan dalam pilihan samada hiasan rumah mahupun pakaian.

Manakala yang sukakan warna begini dari segi geografi pula kebanyakannya dari kumpulan sebelah utara seperti Alor Setar, Perlis, Pulau Pinang juga tidak terkecuali Kelantan dan dari pelusuk pelusuk kampung di negeri lain.

Kumpulan menengah atasan pula amat meminati warna pastel serta warna yang selamat dari rona tanah khususnya dalam pilihan hiasan dalaman rumah malah hingga rona rona pakaian. Sekiranya ada warna terang amat terhad dan hanya diberikan satu ada dua sahaja sebagai titik tumpu.

Malah sekiranya warna terang ia masih nampak dalam had had elegent dan teratur ronanya.

Kumpulan ini biasanya dari kumpulan yang terpengaruh dengan citarasa Eropah yang lebih pastel.

Manakala wujud juga golongan kaya raya dan super rich yang amat sukakan warna terang dan penuh dengan gemerlapan. Selalunya kumpulan ini adalah dikatakan dari kumpulan ‘the new rich’ atau OKB. Mereka kaya tetapi mempunyai citarasa yang berbeza dari kumpulan generasi aristokrat Malaysia. Mereka ini menjadi rujukan dan idola kepada kumpulan lain yang menjadikan mereka sebagai kayu aras kekayaan serta menjadi rujukan apa itu kekayaan. Contoh paling popular adalah Dato Seri Vida dan Dato Alif.

Manakala contoh orang tak ada duit melimpah ruah dan bukan dari kumpulan aristokrat dan have have Malaysia, nobody tetapi mempunyai citarasa subtle dan mirip kepada citarasa Eropah adalah…….pakcik yang tulis nilaaaaaaaaa.

Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s