CERITA

Saya ingin ceritakan masa zaman belajar dulu memang saya selalu dapat markah tinggi. Seingat saya dari darjah satu sampai tingkatan tiga saya tak pernah dapat nombor lain melainkan nombor satu kecuali masa darjah empat dan masa tingkatan dua. 

Sampai hari ni saya masih ingat orang yang bagi saya dapat nombor dua kerana perbezaan markah kami hanya dua markah sahaja. Tapi itu cerita lain.

Bila bertukar sekolah saya bukanlah lagi di nombor satu. Keputusan peperiksaan kelas saya merosot. Rupanya ramai lagi budak budak yang lebih pandai dalam dunia ni.

Cerita saya pada hari ni adalah dalam banyak banyak perkara tidak semuanya saya dapat markah baik kerana usaha saya. Ada subjek yang saya sangat lemah iaitu matematik. Saya tak pandai mengira hinggalah hari ni saya tak berapa pandai mengira. Jadi kawan kawan yang pandai saya pergi minta tolong.

Saya tak pandai pertukangan. Saya masih ingat lagi masa tu kami kena buat kotak kunci. Yang tukang gergajinya adalah Rauf dan tukang pakunya juga beliau. Tukang membuat papan elektronik adalah Hidzir. Hasilnya siap cantik kotak kunci saya. Rauf kami keluar jalan jalan dan enjoy dan Hidzir rasanya saya bagi Apricot cuci muka free.

Apa tauladan dari cerita ini?

Mungkin pada waktu tu kalau cikgu tahu mungkin saya kena denda kerana plagiarism dan dianggap menipu dalam kerja sekolah.

Tetapi kerana skil tersebut saya boleh membuka sebuah syarikat kecil dan dapat mengenal pasti banyak talent talent yang bagus serta mengemudi mereka untuk menggerakkan projek dan melaksanakannya dengan baik.

Kita sebagai ibu bapa mestilah mempunyai pandangan jauh dalam mendidik anak anak. Jangan mendidik mereka mengikut apa yang kita mahu. Tapi lihatlah apakah potensi yang mereka ada dan sokong apa yang mereka lakukan. Sekiranya tersasar dorong mereka supaya tidak tersasar.

Sekian cerita dikala menunggu arab yang lambat sangat ni!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s