NETFLIX

​Dah dua cerita korea pasal raja raja mereka saya tengok minggu ni dekat netflix.

Dua dua menceritakan raja mereka yang zalim dan dikelilingi oleh menteri yang hanya ceritakan yang hanya mahu didengar bukan keadaan sebenar rakyat.

Tapi ada satu ayat yang saya tak akan lupa….

Pak menteri selalu ceritakan yang raja itu air dan rakyat itu bot botnya dekat raja. Dengan ihsan raja bot bot mereka terapung. Raja pon seronok. 

Tapi ada seorang wanita kata….. raja itu adalah botnya dan rakyat adalah air. Sekiranya bot tidak dikemudi dengan baik dan belot air akan menelan bot itu.

Ya sejarah telah menceritakan hari ini Korea tidak beraja dan pemerintahan beraja mati.

Banyak boleh dipelajari dari cerita korea ini.

Bukan cerita suamiku encik pilot ponen.

Advertisements

INDUSTRI MALAYSIA

Saya teringat dulu saya ada jumpa kawan importer besar dari Eropah.

Dia minta tolong saya untuk bercakap dengan Brahim. Katanya Brahim tak pernah respond mereka.

Sebenarnya saya sendiri pon cuba hubungi Brahim dan beberapa kali call export manager mereka sendiri. Perkara sama juga berlaku dengan saya.

Brahim antara syarikat Malaysia yang saya pernah berurusan yang beroperasi tak kurang macam orang gomen atau orang politik. Mereka bergerak berdasarkan ‘agenda’ dan staff staff beginilah antara penyebab keuntungan mereka tenat.

KITA 

​Kita hanya sedar bahawasanya hanya iklan raya sahaja yang bercakap mewakili hati hati kita sebagai rakyat Malaysia sedangkan ahli politik kita yang menghancurkan perpaduan negara ini.

UMRAH BACKPACKER 

​Kenapa tetiba saya bising balik pasal umrah backpacker?

Sebab minggu ni dah berapa orang kawan kawan dok tanya tips macam mana nak pergi sana cara jimat. Cara budget. Cara backpacker macam orang cerita dalam internet tu.

3 minggu lepas saja ada satu group takdak duit nak balik Malaysia sebab terlepas flight. Satu hal orang kampung buat kutip derma. Derma tu peluang ibadah. Tapi takke menyusahkan orang.

Orang tanya macam mana nak dapatkan visa pelancong. Laaaa saudi mana ada visa pelancong. Dulu ada sekejap pastu tarik balik. Yang ada hanya visa umrah utk orang awam. Kalau visa lain kena minta visa business atau visa ziarah keluarga. Tapi urusan dia bukan macam nak pergi danok, berjela jela kerjanya dan beribu riban kena bayar. Paling senang pakai diplomatik. Tapi kena ubah la nama tu contohnya SPB Sultan Muhammad V haaaa orang bagi la visa diplomatik.

Saya dulu dulu terover stay sejam je, ya sejam sahaja sebab flight delay after 12 midnight….apa jadi? 3 bulan saya stuck dekat Arab Saudi nak figure out macam mana nak balik tanpa perlu masuk penjara 6 bulan di depot tarhil dan tidak disenarai hitam bukan saudi…..tapi seluruh negara teluk selama 5 tahun. Nasib baik saya ada kenalan anak raja 2 3 orang kat sana, dapat juga padamkan nama dalam rekod. Tapi 3 bulan 50 ribu saya habis duit. Konsulat pon masa tu tak tau nak buat macam mana. Semua saya ikhtiar sendiri sorang sorang. 

Kemudian pula tanya hal hal hotel murah kat Mekah. Pastu nak dekat pulak tu. Manalah saya tahu. Saya dok Mekah tak pernah merasa dok hotel. Saya ada pakcik makcik sepupu sepapat kawan taulan sahabat semua rakyat saudi dan dirumah mereka tempat saya menumpang. Haaa ni mungkin boleh kira umrah bajet. Tapi depa tu keluarga ikrab saya. Jadi macam mana saya nak jawab soalan tadi. 

Pastu tanya macam mana nak ke Madinah paling murah. Mana la saya tahu. Naik unta pon sewa dia mahal.

Pastu tanya pula naik flight apa murah. Mana la saya tahu, last naik paling murah pon seribu lebih airasia one way dan lepas tu taubat lillah tak mau naik dah sebab rasa macam orang bodo 8 jam apa pon tak dak dalam flight tu dan kerusi keras tegak nak mampos. 

Jadi maafkan saya kalau saya emo bila orang bagi kepala saya pening.

UMRAH BACKPACKER 

​Saya tak faham kenapa orang marah sangat dengan komen saya pasal Umrah Budget/ Umrah Backpacker atau apa jua nama nak panggil.

Masing masing mempersoalkan hal terma lah frasa lah hal kelogikan memang tiket boleh murah lah.

Kalau memang pandai sangat hah pi piiiiiiii reramai buat.

Perkara pertama dapatkan dulu Visa ‘pelancong’ untuk buat kerja backpacker korang tu.

Lepas tu kalau sakit accident kena hempap kren nak masuk hospital tak ada insuran jangan kacau orang. Jerut leher tu bagi mati terus dan bertuah badan dapat masuk lubang kubur kat Mekah.

Kalau silap bajet tunggu bas nak pergi balik ke Jeddah silap bajet time terlepas flight ko jangan minta belas ihsan rakyat Malaysia tolong kutip kutip duit tabung sebab nak belikan tiket baru. Ko jalan kaki balik Malaysia…. baru hippies tak!

Kalau ko terlupa yang visa ko dapat tu 14 hari je flight ko terlepas sebab tak cukup duit nak naik teksi nak kejar masa sebab mahal sangat dan jalan jem ke airport….sedar sedar dah cukup 14 hari… saya ucapkan selamat bersuka ria dan mereput dalam penjara tarhil yang musim panas tu kau jadi ikan salai je nanti. Silap silap jadi ‘bahan’ kat dalam depot tarhil tu. Jangan kaco orang konsulat minta tolong.

Kalau ko mati pulak, mati senyap senyap je sebab tak de masa Diva Jeddah nak OT pulak uruskan dokumen dan jenazah ko. 

Faham tak?

Pesanan akhir…..berapa ratus kali dah ko ulang alik ke Mekah tu pandai naik bas.

LISTEN

​Dear Malaysian citizen, when you travel ober the see make sure that you know where is the Malaysian Embassy or the Malaysian Consulate.

If you lost your passport, being raped, accident, lost your leg, your head get smashed, you have been robbed….. that is the first place you should seek for help.

You don’t go to the British Embassy or US Embassy because you are not Coco Krunch! 

Remember if you don’t know right now please start by today to educate yourself and ask Mr. Google.

Even if your heart being stolen by Mat Saleh or Pak Arab or Pak Itam or by anyone that is the place you must register your marriege.

Unless if you are in Tel Aviv, you may refer to the British High Commosioner to seek for help because we don’t have any diplomatic ties with them. At last you can pretend Coco or Couscous.

20 SEN

​Saya tak tahu apa hujung pangkal yang bising kat TV pasal plastik charge di Selangor.

Tapi saya nak cerita kami dah lama tak pakai plastik di Penang semenjak tahun 2008 lagi.

Sampai hari ni saya terbawa bawa perangai ni kalau setakat benda kecil kecil boleh angkut dengan tangan saya pakai tangan sahaja. 

Kadang kadang dekat 7 eleven terlupa saya terkejut bila depa bagi plastik dan selalunya saya cakap tak payah.

Benda baik kita ambik la hatta israel atau firaun atau ifrit yang ajarkan pun.

Yang tak baik tu kalau wali sekali pun yang ajarkan kita jauhilah.

Rasanya rakyat Malaysia hari ni semua dah cerdik pandai kan.

UNIVERSAL

​Kenapa Julies, Munchys, Mamee dan beberapa lagi syarikat home grown dari Malaysia boleh menakluki dunia?

Kenapa Faiza, Adabi, Yeos kurang menyerlah berbanding jenama lain walaupun mereka adalah dari kumpulan syarikat mid tier atau MNC.

Jawapannya hanya satu. Syarikat tersebut mempunyai produk universal.

Mereka mempunyai range products yang local bersifat citarasa tempatan dan juga produk bersifat universal.

Guna pakai aras ini untuk kembangkan perniagaan produk makanan anda.

Contoh Kedai Asia kami, kami pastikan 30% produk beridentiti Malaysia untuk cater pelanggan Malaysia yakni niche market kami seperti pes asam pedas, rempah rendang dan lain-lain, tetapi kami dalam persediaan untuk pastikam 70% adalah produk universal seperti biskut, coklat dan keropok.

Dengan cara kedai kami sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.

Jadinya kalau anda ingin pergi jauh, pastikan produk anda menepati ciri ciri seperti disebut supaya mudah untuk masuk mana mana pasaran yang lebih besar.

RAMLY

Saya teringin nak bawa masuk ke Saudi burger Ramly.

Tapi burger ni tak boleh masuk ke Arab Saudi kerana berasaskan daging.

Walaupung dagingnya bukan dari lembu tempatan tapi burger Ramly tetap tidak boleh masuk Saudi kerana produk berasaskan daging tersebut dibuat di Malaysia.

Setiap produk berasaskan daging dari Malaysia tidak boleh dieksport kerana Malaysia bukanlah negara yang bebas dari penyakit kuku dan mulut.

Kan saya dah bagitau potong kuku hari jumaat dan jagalah mulut tu jangan celupar sangat.

Kan susah tak boleh eksport daging!