CERITA HATI

Sebenarnya saya sangat patah hati.

Dahulu masa saya mula mula baru nak menapak di Arab Saudi. Punya bersemangat diri saya ni. Kesana kemari saya jumpa macam macam jenis agensi kerajaan dengan harapan mereka dapat bantu realisasikan idea saya.

Rata rata pegawai kerajaan ramai yang baik baik tetapi seorang pun tak tahu macam mana nak buat. Akhirnya saya kena korek sendiri dan cari jalan macam mana nak buat.

Orang yang tolong realisasikan hanyalah kawan kawan Arab yang pangkat student saja. Mereka yang tolong saya dan selebihnya memang aturan Allah.

Kemudian bila saya mula dah menapak, saya perlukan sokongan produk produk yang boleh jual, merata saya jaja idea saya dekat kawan kawan yang ada produk. Sapa pun tak mahu membantu saya. Masing masing seperti menekan semuanya nak cash dan tak peduli samada produk mereka dapat jual atau tidak. Semua hanya untung di pihak pembekal saja. Akhirnya yang tolong saya adalah sebuah syarikat Cina yang bukan pun syarikat Malaysia. Mereka adalah syarikat Singapura. Mereka membantu saya dengan pelbagai insentif sampai saya mampu buka akaun di pasaraya di Arab Saudi. Of course urusan semua dan kelancaran kawan kawan Arab jugak yang tolong.

Kemudian bila saya dah jalan jauh sikit, mula timbul rasa sedikit perasaan nasionalis, saya ingin banyakkan lagi produk dan kalau boleh biarlah produk Muslim. Saya mula rapatkan diri semula dengan rakan rakan industri dan agensi kerajaan. Mereka langsung tak percayakan saya dan tak beri peluang. Sedar sedar saya dengar bajet beratus ribu dicurahkan untuk kumpulan sana dan sini untuk program nak eksport ke Arab Saudi yang saban tahun tak ada apa pun hasilnya.

Kemudian saya dah pergi lebih jauh, saya dah ada 5 akaun pasaraya dan jualan tahunan melepasi angka yang saya tak pernah impikan. Saya cuba lagi bawa idea saya ke sebuah kementerian. Mereka terima saya dan pasaran Saudi. Tetapi mereka tidak terima cara dan kaedah saya yang sememangnya ternyata berhasil. Mereka tak endahkan saya, tetapi cara cara saya mereka aplikasikan di tempat lain. Cuma bezanya mungkin kerana orang lain yang lakukan, idea half way cooked.

Sekarang pada pandangan saya, saya fikir sudah jauh perjalanan saya. Saya masih taruh harapan dan menjaja idea saya ke beberapa agensi. Hanya satu sahaja agensi kerajaan yang mahu mendengar, Matrade. Ya beberapa orang di Matrade. Mereka sahaja. Agensi yang sepatutnya saya bernaung masih tidak mengendahkan saya.

Saya cuba berbaik, saya cuba merendah diri tetapi umur 30an saya sudah dapat membaca yang mereka langsung tak berminat dengan saya. Ilmu yang saya kongsikan mereka ambil, idea saya mereka ambil, metode saya mereka ambil, teknik saya juga mungkin mereka ingin aplikasikan, tetapi implementasi bukan dengan saya. Dengan orang lain.

Pada pandangan mereka mungkin saya sudah boleh berlari jauh, saya tak pernah meminta minta dengan mereka maka saya tak layak dibantu.

Kita beri kepada orang lain yang pandai bermanis bahasa dan pandai meminta minta. 

Gerak hati saya, ia akan jadi satu lagi pembaziran bakal berlaku di Arab Saudi. Malaysia ni kecil. Apa apa bakal berlaku angin kalau tak kencang sepoi sepoi bahasa tetap sampai ke telinga.

Sudah ada lebuhraya PLUS kenapa masih mahu pakai jalan lama yang berselirat.

Saya sedih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s