BRIM SSM

Saya baru perasan banyak troll dan komen tak dapat BR1M kerana berdaftar syarikat dengan SSM.

Mula ingatkan benda ni lawak lawak saja.

Saya nak cerita di Saudi ada satu ketika semasa tengah panas Arab Spring, bagi orang muda yang menganggur, akan diberikan elaun seolah olah macam BRIM rasanya dalam SR2000 sebulan. Maksudnya SR24,000 setahun. 

Bagi yang tak dapat kerja pula kerana tiada peluang pekerjaan tersebut contohnya sebagai astranaut lah katakan akan diberikan SR5000.

Sekiranya mereka mula mendapat kerja automatik majikan perlu mendaftarkan kepada EPF dan brim tersebut pun terbatal.

Kawan saya kerana dia berniat hendak mula berniaga dia mendaftar ala ala SSM di Saudi dan secara automatiknya brim dia pun terhenti. Untuk beberapa bulan pertama dia terpaksa bergantung dengan keluarga. Tapi akhirnya dia batalkan berniaga dan bekerja makan gaji kerana perniagaan beliau terlalu awal, modal terlalu kecil dan tak mampu untuk menampung kehidupan harian dan malu untuk meminta dengan ibu ayah lagi.

Saya rasakan releven untuk membatalkan brim adalah bagi syarikat Sdn Bhd dan bagi enterprise mungkin perlu dipertimbangkan kerana jual nasi lemak atau cucur udang tepi jalan juga perlu mendaftar SSM untuk dapatkan lesen penjaja. Pendapatan sebulan bersih mungkin tidak sampai seribu ringgit. 

Tetapi sekiranya kita masih boleh berjalan, muka pun masih cekang, perut pun buncit kerana terlebih makan, mampu pasang astro di rumah, pendapat peribadi saya tanamkan lah perasaan malu dalam diri kita kerana tangan di atas adalah lebih baik daripada di bawah. Kita berusahalah.

Ramai lagi diluar sana yang sangat memerlukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s