ILMU KEWANGAN

Saya lihat rata rata ramai usahawan baru yang tidak faham betul betul mengenai urusan transaksi kewangan dan perbankan.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya yang sudah lebih satu dekad dalam urusan berniaga dan urusan kehidupan seharian.

Ramai usahawan mikro dan individu yang tak tahu menggunakan buku cek dan tak tahu apa yang patut dibuat dengan buku cek. Rata rata fikirkan pengurusan syarikat Sdn Bhd sama seperti pengurusan harian menjual kuih di rumah. Mereka masih mahukan tunai.

Ramai usahawan dan individu tak tahu menggunakan e banking dan takut menggunakannya atau tidak mahu terima bayaran melalui e banking. Masih terikat dengan mahukan tunai.

Saya juga ada pengalaman beberapa usahawan luar secara mikro masih kurang fasih dengan transaksi antara dua buah negara. Mereka tidak fasih dalam membuat perkiraan apa yang patut ditambah atau ditolak sekiranya mahukan jumlah yang diterima genap. TT Giro IBG dan macam macam lagi terma kurang difahami. Banyak yang fikir kalau Al rajhi wujud di Arab Saudi dan Malaysia maka dengan memakai nombor sama transaksi boleh dibuat tanpa menyertakan Swift Code dan lain lain seperti transaksi dalam negeri.

Semua ini tidak diajarkan di sekolah. Jadi kita perlu banyak bertanya dan ambil inisiatif belajar. Saya dahulupun tak tahu.

Saya akan huraikan kenapa pentingnya ada transaksi tercatat dalam bank berbanding urusan bayaran tunai bagi di tangan khususnya untuk orang yang mempunyai syarikat Sdn Bhd.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s