WAHAI GENERASI Y

Wahai generasi Y Z dan selepasnya. Dengar nasihat saya!

Kalau nak berhenti kerja, pastikan anda keluar baik baik dan ikut prosedur macam mana anda masuk dulu dulu.

Bukan blah ikut kepala saja, cakap mulut saja atau mesej whatsap saja. Lagi teruk kalau blah macam tu saja.

Kenapa?

Kebanyakan syarikat, undang undang yang tertulis dalam agreement adalah bagi yang berhenti kerja dengan notis kurang 30 hari, gaji pada bulan tersebut pihak syarikat layak untuk tidak membayar. Lagi teruk, kebanyakan organisasi besar pula pekerja perlu membayar ganti rugi gaji sebulan untuk syarikat. Ada juga yang boleh kena saman.

Syarikat juga berhak untuk membuat report di Jabatan Buruh dan report tersebut akan merosakkan rekod anda sekiranya majikan baru membuat background check.

Ada sesetengah syarikat pula berhak menuntut semua kos training yang telah dilaburkan sekiranya pekerja berhenti kurang daripada tempoh kontrak.

Jadi jangan ingat saya saya saya saya saja ada hak dalam dunia ni tetapi majikan juga haknya terjaga oleh undang undang. Kalau majikan senyap tak report tak buat apa apa tu maksudnya hati dia baiklah. Bersyukur lah. Fahami undang undang dan patuhi prosedur.

Dan kalau syarikat mengambil tindakan mengikut prosedur pula, jangan salahkan syarikat dan keadaan, jangan kata majikan kejam dan jahat, yang salah kejam dan jahat adalah diri sendiri.

Anda telah menyusahkan orang lain dan jangan salahkan sesiapa.  

Orang kata masuk rumah orang elok elok keluar pun biarlah elok elok. Berbincang dan keluar dengan baik baik. Begitu cara yang terbaik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s