PEKERJA

Saya tahu apa itu menjadi pekerja kerana saya pun pernah bekerja dengan orang. Tapi ramai orang luar tak pernah tahu atau tak pernah terfikir pun bagaimana boss boss mereka struggle untuk kemudi syarikat mereka.

Saya bagi industri saya iaitu industri produk makanan.

Katakanlah jualan tahunan syarikat adalah 1 juta. Selalunya jual produk makanan tak banyak margin dia hanya 10% bersih.

Maksudnya margin dari jualan setahun 1 juta tersebut syarikat ada 100 ribu duit lebihan untuk menampung perbelanjaan lain.

Maksudnya jika dibahagi selama 12 bulan sebulan syarikat hanya ada 8333 atau kita julatkan sahaja kepada 8000 sahaja.

8000 nak bayar sewa pejabat di KL sekarang average 2000 sebulan. Maksudnya baki tinggal 6000.

Syarikat jualan sejuta paling kurang memerlukan 2 orang pekerja. Bayangkan kalau dia nak ambil staff freshies yang sekarang demand gaji 3000, kalau dia ambil habis dah duit dan tak mampu dah nak beli walaupun sebatang pen.

Bagaimana pula dengan elaun tuan empunya syarikat sebagai pengarah?

Lain lain korang semua boleh fikir macam mana company nak survive.

Jadi bila bab masa mencari kerja, masa nak demand korang tanya balik diri sendiri apa korang boleh bagi dekat syarikat tu selepas korang tanya apa syarikat tu boleh bagi kat korang.

Di pihak syarikat boss akan fikir nak ambil freshies ka atau macam mana. Sebenarnya lebih baik dia ambil orang yang berumur, ada pengalaman yang tak perlu diajar malah boleh membantu menaikkan lagi syarikat daripada spend 3 ribu untuk budak budak yang semua benda kena ajar.

Ini saya cerita untuk syarikat jualan tahunan sejuta. Tak ramai usahawan yang mampu capai jumlah begini. Ada orang nak capai 100 ribu pun penat bertungkus lumus.

Jadi korang nampak tak?

Saya harap perkongsian ni boleh buka mata korang semua diluar sana yang mementingkan wang ringgit tapi dada masih kosong.

Kalau korang nak tau, saya pernah kerja dengan orang 8 bulan tanpa gaji semata mata saya nak belajar dengan dia dan nak dapat network dia. Korang sanggup ke?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s