DOA

Ya Allah ya tuhanku….

Sepanjang perjalananku hampir seminggu di Bangkok nanti, janganlah aku terbeli pinggan atau mangkuk atau cutlery atau artwork atau perabot atau apa jua benda merapu lagi kerana nanti ranap duit aku dan penuh rumah takdak tempat nak letak. 

Amin ya rabbal alamin.

TPPs DIARY

Di rakaat-rakaat Tarawihmu Ramadan, aku mengalir bersama ayat-ayat Tuhan, ke hulu-hulu, tempat segala pengampunan.

Setelah ribuan puisi kutulis & ratusan sajak kubaca, tidak ada yg lebih indah, kecuali rinduku pd bulan penuh berkah .

Alhamdulillah,jiwa ragaku masih sempat mewarnai bulan suci ini,marhaban ya ramadan….

DIARI

Tonight is my last night bercengkarama depan TV sambil pasang aircond kuat kuat.

Esok awal awal pagi kena meeting gomen yang kononnya tajuk perbincangan untuk perasmian Kedai Asia dengan TPM yang sebenarnya derang tak tahu saya dah tukar fikiran. No more launching ceremony. Business as usual.

Lusa saya seminggu melarikan diri ke Bangkok sebab boleh makan tomyam tengah hari tak ada sesiapa nak tangkap. He he he

Actually setiap kali nak masuk bulan June adalah tarikh penting untuk orang orang penjual belacan macam saya. Tarikh ni adalah acara tahunan expo makanan antara yang terbesar di dunia.

Bagi saya Thaifex lebih bagus dari Gulfood kerana disini macam macam inovasi terbaru makanan boleh kita tengok.

Kemudian balik dah berdedam program sampailah nak raya. Selamat terbongkang untuk diri sendiri.

TAUKE

Selalunya jadi anak tauke beras tak senang

Bapak akan being tough dengan anak.

Tapi jadi cucu lain cerita.

Sebab tokwan sayangkan cucu. Semua minta mesti dapat.

Cucu Tauke Beras lah katakan.

SIKAP

Saya ada satu sikap buruk.

Sebelum ni kalau saya nampak ig ka fb sapa ka ada tulis perkataan arab contohnya nama nanti saya akan dm dia dan bagitahu apa yang sebenarnya betul.

Contohnya nama dia Arifin eja اريفن lalu saya akan bagitahu ejaan yang betul adalah عاريفين.

Sama juga kalau ada tatabahasa Melayu kurang kena saya suka tolong betulkan. Bahasa Inggeris saya tak berani sebab walaupun saya ada asas tapi saya bukannya boleh dianggap arif dan saya sendiri masih belajar.

Saya juga suka komen kalau tengok design produk makanan orang baik yang cantik atau yang tak cantik. Kalau cantik saya akan puji dan beritahu part mana saya suka. Kalau tak saya akan beritahu apa yang tak kena dan perlu diperbaiki. 

Satu lagi topik yang saya suka tolong betulkan adalah bahasa halus atau bahasa istana. Saya suka tolong tuliskan balik apa yang sepatutnya lebih tepat pada pandangan saya. Memang selalulah bila masuk topik ni tak ramai yang arif.

Selalunya stranger lah yang kita dm, sebab kalau kawan kawan rapat mereka suka call saya tanya pendapat. 

Kalau korang nak tau dah 13 orang anak orang saya bagi nama dan anak pertama yang saya berikan nama adalah anak kawan seuniversiti saya….namanya Ziyad sebab bapaknya nama Zaid.

Tapi rupanya perangai ni sebenarnya buruk, orang tak suka dan membawa padah. Orang akan fikir kita tunjuk pandai, siapa you nak sekolahkan i dan lain lain.

Jadi yang patut diamalkan adalah mind your own business.

Jangan tiru perangai buruk saya.

MOM

My mom pernah beritahu, antara orang terawal yang masuk neraka adalah imam, qadi, mufti dan lawyer.

Sebab tu dia lebih suka anak cucunya jadi guru, engineer mahupun doktor. 

Di hari lain dia ada sebut ada hadis nabi menyebut antara orang orang yang cepat masuk syurga adalah orang yang beriman dan ahli perniagaan yang bertakwa serta jujur. 

Mungkin my mom nak ambil hati anaknya sebab tak jadi engineer tapi penjual belacan.

TPPs DIARY

Selamat pagi, puisi. Di hati mana kau berdiam kini? 

Selamat pagi, Sahabat. Ada puisi dalam setetes embun, pernahkah kau melihatnya? 

Aku mengingatmu sebagai pagi, yang mengawali segala kisah.

MANGO

I think mango cheese cake has really becoming a ‘Kuantan’ thing and Kuantan signature.

Started with Kula cake and now others also duplicating which to me tak ada masalah. Banyak tempat dah di Kuantan ada mango cheese cake yang kat tempat lain tak ada.

Perlis tolooooong la cepat cepat buat hundreds of buy products with mango base.

Tak semestinya pakai harum manis tapi cukup untuk branding. Buat lah produk apa pun.

Penin tau nak perah kepala nak cari identiti Perlis selain daripada Royifazulmaldy Azroy’s

VALUE ADD

One day…….

Berbondong bondong pelancong luar negara ke Penang dan Pahang semata mata nak makan durian.

Berbondong bondong ke Perlis nak makan harum manis.

Sekarang ni pun sedang berlaku.

Sebab tu saya percaya kepada value added economy. Kita tak jual durian biasa atau mangga biasa, tapi better quality of durian dan mangga dengan value added dari segi rasa dan pastinya penjenamaan.

Jadi kak long semua, nak buat produk kena ada kualiti, value add dan branding. 

Baru lah boleh jual mahal.