ITINERARY

Ini perkongsian cliche untuk orang Tanjong tetapi membantu sekiranya korang bercadang untuk berpuasa 1 malam di Pulau Pinang dan hotel pula terletak di dalam Georgetown.
Korang boleh berbuka puasa malam pertama di KAPITAN di Chulia Street. Pastikan pergi ke sana awal awal supaya dapat tempat. Bawalah Quran atau tasbih sementara menunggu waktu berbuka atau paling tidak pastikan bawa power bank dan mainlah telefon sampai krem jari. Kalau kat sini make sure tamak dan order dua sekaligus, tandori nan dan beriani. Saya suka mango lassi atau orange lassi untuk minuman. Last sudahi dengan susu lembu panas panas yang dicampur badam dan saffron.
Lepas tu sambil makan korang mesti perasan ada macam bangunan berkubah dekat restoran tu. Jangan tersilap pula itu bukan masjid tapi makam. Korang boleh solat maghrib dekat Masjid berdekatan samada Masjid Kapitan Keling atau Masjid Melayu Lebuh Acheh. Korang boleh juga lajak sampai terawikh di masjid yang sama.
Lepas solat korang pergi la mengopi sambil makan kek dekat China House. Situ korang boleh enjoy pengalaman di sana sebab cafe tu sempoi giler. Tapi diingatkan cafe tersebut tidak berapa sesuai untuk Melayu ortodoks tapi kalau orang KL rasanya tak jadi masalah kot. Kat situ korang boleh sembang sembang sambil mengumpat ataupun boleh melukis atas kertas meja yang disediakan dan kalau lukisan korang melethop akan dipamirkan nanti kat kedai tu. Make sure dah dalam cafe tu korang jalan sampai hujuuuuuuuuuuuuung dalam cafe dan selfie banyak banyak.
Lepas coffee kalau rasa tangki masih besar lagi bolehlah pergi makan sup dekat Sup Hameed dengan teh tarik. Kalau berani boleh cuba sup torpedo. Katanya lepas minum sup tu korang mesti tak boleh tido. Tapi awas lepas di Sup Hameed jangan pulak terlajak ke disko tepi tu, bulan puasa ok!
Nanti later masa nak sahur kalau nak makan berat sikit korang boleh pergi Nasi Kandar Line Clear. Walaupun orang Penang ramai cakap tak suka dah kesitu tapi saya sendiri masih suka kerana line clear ayam gorengnya selalunya masih panas dan juicy. Make sure kuah banjir ok!
Ha sekian untuk malam pertama. Make sure niat puasa dan jangan pulak pergi ushar ‘kupu kupu’ malam dekat area line clear tu. Lepas solat subuh pergi la tidur.
Nanti sambung cerita lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s