GOMEN

Saya rasa letih untuk ber’tojei’ yakni berjuang dengan polisi polisi agensi kerajaan yang kadang kadang saya rasa….. ‘eh orang gomen ni tak ada ke sekelumit fikiran common sense dalam akal fikiran mereka ke?’
Orang seperti kami kalau diikutkan guideline polisi kerajaan, kami ni tak penting dan tak wujud.
Nak minta loan tak boleh, nak minta bantuan tak layak dan nak minta insentif pun kalau diikutkan guideline mereka tak layak. Tak ada tempat langsung. 
Tapi peranan kamilah paling penting dalam komponen rantaian peruncitan kerana kalau Kak Temah buat kerepek tersedap dan terbaik didunia pon, kalau tak ada siapa yang nak eksport, pasarkan dan jual kepada pembeli kerepek Kak Temah tu tak ada nilai apa apa pon…….buat sumbat bagi kambing makan je selayaknya!
Tapi walaupun Kak Temah tak pernah dapat eksport berpuluh kontena, tetapi Kak Temah dah keliling dunia berjalan free dengan trade mission yang pelbagai di London, Paris, Dubai, Bangkok, Jakarta dan macam macam lagi.
Kotak Kak Temah ada geran pembungkusan, ada geran design, signboard dapat geran, mesin dapat geran, sewa premis lebih murah, exhibition masuk percuma, exhibition luar negara dapat percuma, customer gomen tolong carikan dan macam macam lagi. 
Usahawan pengilang disusukan

Atas bawah dibelai bantuan

Barang penuh tiada pasaran

Kaya hanya dengan geran

Sudah dapat minta lagi bantuan
Kami mengeksport tanpa bantuan

13 tahun mencari dapatan

Tiada insentif tiada bantuan

Kangkang sendiri calarnya badan

Di Mekah di Madinah malah di Jizan

Ke Qatar ke Emarat belum ke Lubnan

Tiada siapa hulurkan tangan

Kami hanya kera dianak tirikan.
Dimata gomen kami bukan kedepan

Entiti pengeksport bukan tuntutan

Konsultan buat duit berkoyan koyan

Usahawan bumi masih sama bentan

Akhirnya cina jugak yang dipersalahkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s