KEDAI

Pada zaman dahulu kala zaman Mahafiraun Malaysia pernah mempunyai polisi luar yang kita perlukan perkayakan jiran kita. Kalau jiran kaya kuranglah masalah kita. Takdalah berduyun rakyat lari masuk negara kita macam berlaku di Arab tu yang akhirnya akan menyusahkan negara kita juga.
Kami pun ada polisi perhubungan luar juga. Percantikkan jiran sebelah menyebelah. Kalau kedai kau cantik yang amat tapi kedai sebelah kau warna macam keling pon tak ada gunanya juga.
Maka tadi saya bagitahu jiran sebelah yang kami nak tolong cat kedai dia sekali tanpa sebarang caj sambil saya hembus hembus muka dia dengan qulinkuntum supaya dia setuju.

Advertisements

TPPs DIARY

Aku ingin pagi di matamu, menyaksikan embun mengerling sunyi di sana. Aku ingin tenggelam di matamu, sebagai puisi.

Di hening pagi, aku mendengar tetes embun yang jatuh ke tanah, ia begitu resah merindukan kita.

Siang sudah menjelang. Masihkah puisi menghias matamu, dengan sinar matahari pagi?

HS CODE

Ramai usahawan yang kata sudah mengeksport tapi masih tak tahu apa tu HS Code.
HS Code adalah singkatan nama Harmonized Code.
Apa benda tu?
Macam manusia bila dia nak travel ke luar negara kena ada passport. Dekat passport ada nombor passport. Nombor nombor tertentu di passport akan bagitahu yang kita ni asal dari negara mana.
Samalah juga dengan barang. Setiap SKU produk kita akan ada HS Code. HS Code ni akan digunakan dan akan dicatatkan dalam kebanyakan dokumen malah bagi sesetengah negara digunakan untuk daftar kelulusan kesihatan dan sebagainya.
HS Code ni lah akan beritahu jenis kategori produk dari kumpulan mana dan seterusnya akan beritahu berapa banyak cukai yang perlu dibayar kepada kastam negara yang dieksport.
Jadi kalau korang semua dah mula bercita cita nak mengeksport, pastikan tahu HS Code setiap jenis produk korang semua bila time customer tanya takdelah terkebil kebil tak faham apa benda yang dicakapkan.
Sekian syarahan kelas perdagangan yang tidak diajar oleh sekolah atau universiti.

DD

Tadi event Matrade saya remind usahawan masa part Q&A session jangan too excited to close any deal dan jangan simply lantik exclusivity for the whole country or even worse GCC region.
Take your time, kenal dulu, buat background check, tanya matrade office di Saudi dan sebagainya.
Habis event one Chinese lady came to me specifically asked again about that matter. Dia tunjuk gambar dia sign MOU with one guy which saya tak kenal in person tapi advisable to stay away from our consulate office.
Apa saya nak jawab?
Saya kata its not fair for me to give you the answer and judge people, but if anything related to monetary please be extra careful and get advice from our matrade office.
Sweet talker selalunya menakutkan.  They come with accessories to make them look sweeter.

LoL

Sekarang ni saya jarang nak jumpa usahawan.
Tapi ada satu produk ni tersangatlah sedap sampai semalam 3 kali saya ulang makan. Jadi kalau saya letak di Kedai Asia rasanya 3 kali jugaklah customer ulang alik setiap minggu.
Jadi pagi tadi saya suruh staff saya jemput dia untuk jumpa di Matrade esok memandangkan saya akan ke sana esok.
Usahawan tersebut minta jumpa malam ni kalau free sebab esok partner dia busy. Saya pon kata ok dan kami jumpalah tadi.
Yang lawaknya saya macam biasa saja bila dia dan partner sampai. Lalu dia tanya tak kenal ka partner dia sebab famous orangnya.
Saya geleng kepala macam innocent.
Kata dia partner dia pemain bola sepak Terengganu.
Sambil tersengeh saya jawab, minta maaflah kak saya sepak bola pon tak reti.

QUOTE

“If you make it overnight, you can also lose it overnight. If you work hard, the wealth will eventually come to you. Do not chase money or fame, for it will come to you when you are ready.”
Dato Ameer Ali Mydin

BAHASA

Sepanjang penglibatan saya secara tak langsung sebagai chief of menyibuk dalam pembikinan buku terbaru Air Tangan Tengku Puan Pahang saya telah mempelajari sesuatu dan ia memperkuatkan teori saya. 
Bahasa Arab dipilih sebagai bahasa Al Quran dan bahasa syurga kerana bahasanya kompleks dan tepat. Untuk memahami perkara ini kita sendiri mestilah dapat menguasai bahasa ini secara ilmiah.
Walaubagaimanapun, Bahasa Arab itu kompleks kerana bermain sekitar penggunaan teknik. Contohnya kata kerja سجد iaitu sajada yang membawa maksud sujud jika diolah olah mengikut aturan permainan teknik tatabahasanya akan memberi maksud yang lain.
Contoh mudah adalah jika ditambah huruh meem akan menjadi مسجد akan membawa maksud tempat sujud. Semuanya ada 10 teknik dan juga 14 pecahan juga.
Bahasa Melayu juga tidak kurangnya. Jika dinilai bahasa kita hanya berdasarkan mamat Bangla memanglah kita katakan bahasa ini sangat mudah. Mat Dan pon boleh cakap Melayu.
Tetapi Bahasa Melayu sangat kompleks dan kaya merangkumi dua perkara.
Satunya adalah kerana teknik yang boleh mengolah kata akar menjadi maksud pelbagai hanya dengan memahami teknik imbuhan.
Contoh kata kerja akar adalah senggama. Bersenggama, disenggama, tersenggama, disenggamakan, senggamaan akan membawa maksud yang sangat berbeza.
Selain itu kayanya frasa atau perkataan yang pelbagai tetapi akan membawa maksud yang amat khusus dan tepat.
Sekiranya diambil konteks yang saya pelajari dan menjadi perdebatan semalam, masuk, bubuh, letak, taruk semuanya adalah perbuatan yang sama tetapi membawa maksud tertentu yang berbeza.
Belum dikira lagi kepelbagaian dialek yang membuatkan perbuatan melalui frasa yang digunakan menjadikan maknanya lebih ‘specific’ dan tepat. 
Jadinya untuk yang tak reti cakap Melayu macam King Coco atau Prince of Bangsar tu………abe nk oyak…..shame on you!

PANTUN RINDU

Terdampar hangat lautan permata

diizinkan ambil hanyalah satu

apalah sangat menjadi manusia

terkebil kebil mengejar waktu
lamanya besi selalu berkarat

karat bahaya merawang kalbu

kalau bagasi hidup terlalu berat

tinggalkan saja lenggang berlalu
kemana mana senandung sendu

kebas berlagu rengsa tak ceria

apalah guna menanggung rindu

orang dirindu berdansa bahagia
– Regina Ibrahim

G HOTEL

Me : Are you sure only ceaser salad? Wont you feel hungry later.
W : No! chicken rice is coming and soup too.
Me : Ooooow starter!
C : How many course?
W : Ha ha ha
C : Intercourse