AMPU

Staff saya bagitau tadi ada orang datang buat service marketing.
Dia tanya kedai ni ada buat marketing tak. Derang boleh bagi service untuk promote kedai.
Saya tanya habis tu awak jawab apa.
Staff saya bagitau ‘rasanya buat masa ni tak perlu kot encik, lagipun boss saya artis’.
Kau giler ke apa jawab macam tu!

Advertisements

PENANG

To all orang Tanjong, orang Bagan dan orang Darat…..
Sebagai orang Penang, omputih sebut Penangeat. Sebutan dia bunyi pi neng ngeet.
Bukan Penangrian macam Johorian atau Penangnese macam Kelantanese atau Penangan macam Kedahan.

FOODMARKET

Saya ada cakap dekat kawan yang teman saya ke Perak, tahu tak bukak Kedai Foodmarket ni bukan lah mudah macam yang orang sangka.
Sebabnya tak semua orang sanggup drive 4 jam ke Pangkor semata mata nak jumpa owner produk sebab dia tak reti nak hantar price list dengan cara email mahupun whatsap.
Ya saya tak berapa pandai cakap manis dan sedap didengar, tetapi orang yang cakap manis belum tentu sanggup lakukan perkara yang saya buat untuk usahawan mikro kita. 
Hari ni kita drive punya lah jauh adalah hanya 1% daripada kerja yang saya dah buat banyak tahun dah.
Sebab tu Kedai Foodmarket sangat istimewa, there is a lot of love in the work.
Kawan kawan FB saya ni dah sampai ke Kedai Foodmarket lagi?

OPTHALMOLOGIST

Hari ni saya berkenalan dengan kenalan baru.
Dia seorang doktor mata.
Jadi dalam sembang sembang tu keluarlah cerita yang berapa percent saja kerjaya doktor yang boleh jadi kaya raya.
Saya pon buat lawak bodoh.
Sapa kata doktor mata tak boleh excel dalam kerjaya. Bayangkan semua Tan Sri dah tua tua….mata dah rabun. Semua tu potential pesakit awak.
Apatah lagi buat lasik patient tu Sultan lah pulak, untung nasib badan dapat Dato’
Betul tak!

HUU

Sapa sini kerja LKIM?
Saya nak cerita ni. Bulan 11 tahun lepas chairman derang ada ziarah Mekah dan dia saya jemput ke rumah di Mekah. Di sana saya setuju lah nak bawak produk usahawan mereka semua setelah bersembang panjang pasal potensi pasaran untuk produk iks. 
So diringkaskan cerita semua proses lajuuuu saja kira saya boleh pujilah agensi paling efisien pernah saya jumpa. 
Half way bertukar pengarah bahagian dan enjin tiba tiba tersentak sentak. Perjanjian asal berlaku perubahan.
Tapi saya tetap juga bawak produk usahawan LKIM dan ada satu tu siap repeat order lagi supply untuk jemaah haji.
Sekarang saya nak order untuk produk snek ikan. Dulu kami hanya perlu hubungi mereka dan hari ni katanya kena berhubung direct dengan usahawan.
Oklah takda masalah…..cuma masalahnya dah nak masuk 2 minggu dah ni contact tak dapat dapat lagi. Usahawan ni pun satu facebook webpage apa pon tarak. Puas google. 
Nak suruh maini angkat tangan tunjuk gelang nak kena semboq ka? Awat ampa lembut longlai terkemut kemut ni.

KEDAI

Tadi masa saya nak tutup akaun sebab nak tutup kedai ada 3 orang anak dara manis ketuk pintu. Dia tanya dah tutup ke.
Haish berdebar juga apasal ketuk ketuk macam ni. 
Saya kata nak masuk tengok ke…kejap saya buka pintu.
Katanya dia saja jalan jalan nampak kedai takda signboard ni dan dia tertarik dengan mural kat dalam tu.
Sembang sembang kejap kan dah terbeli keropok lekor. Nak goreng esok katanya nak jamu kengkawan.
Last baru saya teringat ya allah lamanya aku tak makan keropok lekor sedap nih.

DEEPAVALI

Masa kecik kecik sehari sebelum Deepavali saya dah kepochi sebab aci jiran rumah akan sebuk melenggang maruku dalam kuali kecilnya.
Bau maruku habis satu rumah punya la sedap.
Semestinya saya akan pau aci bawak balik maruku dia balik ke rumah dan makan sorang sorang.
Esoknya hari Deepavali selalunya ibu saya tak benarkan saya ke rumah aci pagi pagi kerana paginya tu sambutan keagamaan. Ibu saya seorang yang ortodox dan kuat dengan pegangannya.
Tapi ibu saya juga sangat liberalis dalam banyak hal, dah petang dia sendiri akan galakkan saya ke rumah aci. Aci selalunya masak kari ayam dan ada roti jala, roti benggali, laddu dan macam macam kuih lagi. Yang menariknya kuih semperit pon ada.
Aci selalunya akan masak guna ayam yang disembelih oleh orang Islam supaya rakan rakan jiran Melayu boleh makan. Masa tu Halal Jakim masih belum wujud lagi. Aci akan bagitau ‘hussaĆ  boleh makan, melayu potong’.
Saya rindukan zaman tersebut. Saya rasa rumah lama ayah saya adalah tempat paling harmoni kita sebagai rakyat Malaysia.
Bukan macam hari ni, dobi pon kena beza membezakan.

CERITA

My old friend ni ala ala alim nerdy lah sikit. Lepas tu dia kahwin dengan perempuan yang ala ala ustazah lah jugak.
Saya tak berapa suka wife dia sebab belum kahwin pon dah kontrol laki. Kontrol sampai itu tak boleh buat tak baik, ini tak boleh buat sebab tak islamic dan macam macam lagi. Walaupun tak berapa nak boleh click, saya layan jugalah baik baik sebab dia tu bakal isteri kawan saya.
We are quite close dan banyak juga kongsi cerita. Unfortunately dia tercerita lah malam pertama dia.
Katanya dengan bangga wife dia seorang yang baik bla bla bla dan dia ada tersebut yang she said she was impressed with his tuuuut sebab besar.
Saya tanya balik macam mana dia boleh beza antara kecil dan besar?!

ARABIC

WH Question dalam omputih iaitu why who where what dan when.
Kalau yang pernah belajar Bahasa Arab mesti tahu limaza, man, aina, maza, mata.
Itu Bahasa Arab Fushah atau bahasa baku lerr lebih kurang.
Orang Arab sendiri tak sebut perkataan tu dalam pertuturan harian. Kalau sebut boleh tegeliat lidah.
Yang bercakap macam tu hanyalah Pokemon dan Dragon Ball saja dekat TV.
Ni senarai yang orang Arab Saudi guna. Kalau negara lain hatta daerah atas sikit akan jadi berbeza pula.
Limaza – leesh atau leeh

Man – miin

Aina – feen

Maza – eesh

Mata – mita
Sekian kuliah hari ini.

BUAT SALES

Saya nak beletiaq sikit malam ni.
Saya nampak ramai budak budak muda dalam sales very energetic. Dia push push push push.
Tak salah tapi kena tengok jenis apa perniagaannya atau dengan siapa kita berurusan. 
Benda ni susah nak diajar tapi boleh belajar.
Kalau kita berniaga macam DBI tu memang kita kena push. Push sampai client aka mangsa tak sempat berfikir waras. Kalau dia balik rumah mungkin dia akan bertukar fikiran.
Ada setengah benda kita kena bagi masa untuk orang fikir seperti nak jual kereta dan rumah. Komitmennya besar dan banyak benda client kena sort out supaya mereka tak hadapi masalah lain. Dalam masa sama kita kena develop dan maintain relationship dengan mereka. Mereka tak beli pon takpa tak dapat sales kita dapat kawan. 
Ada juga benda yang kita kena develop trust. Ini mungkin makan masa lagi lama tapi investmentnya berbaloi. Bila kita berjaya jual trust orang dekat kita apa saja yabg kita propose orang akan dengar dan setuju. 
Ada juga yang kita perlukan orang tersebut untuk bantu bina diri kita dan kerjaya kita. Tak semestinya dia beli barang atau servis kita tapi network dia dapat membantu kita dalam jangkamasa yang panjang dan berterusan. Kumpulan begini sangat susah nak dapat tapi sekali dah dapat attach manfaatnya sepanjang hidup.
Saya banyak kali encounter kumpulan sales budak budak muda yang push push push nak jual sesuatu. Banyak kali berlaku kalau saya tanya free tak kita mengopi mereka akan tolak. Selalunya mereka tolak sebabnya mereka tak nampak sales yang bakal mereka buat.
Selalunya juga bila saya tanya kenapa tak boleh jumpa dan sebagainya jawapan mereka kerana mereka busy nak buat sales.
Sebenarnya saya jarang jumpa orang yang bukan kawan baik atau family tanpa sebab penting. Bila saya setuju jumpa tu walaupun saya tak kata saya nak beli barang awak, saya kata jom mengopi tetapi sebenarnya dalam kepala saya saya dah set dah apa yang saya nak buat.
Selalunya jemputan saya ini akan kena turned down sajalah.
Kalau saya baik hati saya akan explain dan kalau tak saya buat bodoh sajalah melainkan saya desperate perlukan orang itu game nya akan lain.
Adik adik semua, for seasoned people like me dia jarang buat keputusan semata mata kerana pakej atau harga yang ditawarkan. Dia buat keputusan kerana dia suka dan percaya orang tu. Most of the time, orang yang jiwa patriotik yang kuat seperti saya bukan buat keputusan kerana merit tetapi kerana ingin support anak anak muda. 
Mostly kumpulan season begini mereka sudah ada network yang baik dan kewangan yang baik. Selalunya juga keputusan penting tidak dibuat di pejabat selalunya di padang golf, dalam cafe, dekat masjid, over dinner, ada setengah tu over a vacation dan macam macam lagi.
Jadi belajar belajarlah.