BUAT SALES

Saya nak beletiaq sikit malam ni.
Saya nampak ramai budak budak muda dalam sales very energetic. Dia push push push push.
Tak salah tapi kena tengok jenis apa perniagaannya atau dengan siapa kita berurusan. 
Benda ni susah nak diajar tapi boleh belajar.
Kalau kita berniaga macam DBI tu memang kita kena push. Push sampai client aka mangsa tak sempat berfikir waras. Kalau dia balik rumah mungkin dia akan bertukar fikiran.
Ada setengah benda kita kena bagi masa untuk orang fikir seperti nak jual kereta dan rumah. Komitmennya besar dan banyak benda client kena sort out supaya mereka tak hadapi masalah lain. Dalam masa sama kita kena develop dan maintain relationship dengan mereka. Mereka tak beli pon takpa tak dapat sales kita dapat kawan. 
Ada juga benda yang kita kena develop trust. Ini mungkin makan masa lagi lama tapi investmentnya berbaloi. Bila kita berjaya jual trust orang dekat kita apa saja yabg kita propose orang akan dengar dan setuju. 
Ada juga yang kita perlukan orang tersebut untuk bantu bina diri kita dan kerjaya kita. Tak semestinya dia beli barang atau servis kita tapi network dia dapat membantu kita dalam jangkamasa yang panjang dan berterusan. Kumpulan begini sangat susah nak dapat tapi sekali dah dapat attach manfaatnya sepanjang hidup.
Saya banyak kali encounter kumpulan sales budak budak muda yang push push push nak jual sesuatu. Banyak kali berlaku kalau saya tanya free tak kita mengopi mereka akan tolak. Selalunya mereka tolak sebabnya mereka tak nampak sales yang bakal mereka buat.
Selalunya juga bila saya tanya kenapa tak boleh jumpa dan sebagainya jawapan mereka kerana mereka busy nak buat sales.
Sebenarnya saya jarang jumpa orang yang bukan kawan baik atau family tanpa sebab penting. Bila saya setuju jumpa tu walaupun saya tak kata saya nak beli barang awak, saya kata jom mengopi tetapi sebenarnya dalam kepala saya saya dah set dah apa yang saya nak buat.
Selalunya jemputan saya ini akan kena turned down sajalah.
Kalau saya baik hati saya akan explain dan kalau tak saya buat bodoh sajalah melainkan saya desperate perlukan orang itu game nya akan lain.
Adik adik semua, for seasoned people like me dia jarang buat keputusan semata mata kerana pakej atau harga yang ditawarkan. Dia buat keputusan kerana dia suka dan percaya orang tu. Most of the time, orang yang jiwa patriotik yang kuat seperti saya bukan buat keputusan kerana merit tetapi kerana ingin support anak anak muda. 
Mostly kumpulan season begini mereka sudah ada network yang baik dan kewangan yang baik. Selalunya juga keputusan penting tidak dibuat di pejabat selalunya di padang golf, dalam cafe, dekat masjid, over dinner, ada setengah tu over a vacation dan macam macam lagi.
Jadi belajar belajarlah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s