PAK PIN

I remember … and remind myself again and again…

1. Receiving a RM1000 made an engineer elated. He thanked me via email and in person. A few hours later he came back to my office, really unhappy and complaining why his colleague received higher salary increase?

2. Money is a motivator until the person realizes that someone else receives more. Than it becomes a demotivator.

3. My point is…Comparing with others who has more can be upsetting to most people.

4. Social Media, like FB, is a platform where people display their “everything”; food they eat, clothes they wear, places they visit, friends they hang out with, cars they drive, houses they own, knowledge they accumulate, money they spend, and everything under the sun.

5. To stay happy, it is wise to avoid comparing with people. Skim through their Social Media pages and don’t dwell. LIKE if you must, play up their ego, but view their “show off” from a higher level perspective…they need love and validation from the world.

6. To the complaining engineer, I asked a question, “Did I take any of yours to give to your colleague? You were very happy this morning right? So what has changed to what you have been given?”

“No sir! You didn’t take any from me but why does he get more?”

“He deserves more. A more honorable thing for you to do is to go and congratulate him rather than trying to convince me to deduct his increment to be lower than yours!”

7.My point…if you do see someone else has something which make you envious, say “MashaAllah”, Praise Allah, and be reminded that Allah tests his servants in many forms.

Allah Kareem.

Advertisements

Tadi ada orang tegur, you itu arab punya kan.

Eh saya mau masuk arab susah ka?

Saya jawab tak susah tapi you kena sunat dulu.

Ok tak adee masala. Kasi you punya kad.

Saya pun kasi lepas tu dia suruh amoi PA dia bagi kad. PA dia pon kasi kad dia.

Tiba tiba orang tu marah dalam Bahasa Cina, dia suruh bagi kad satu lagi bukan kad amoi PA dia tu.

Then saya berlalu. Lepas baca kad baru saya terfikir apasal macam pernah dengar je nama dia ah?!

Mejar (K) David Teo

TOURISM

Saya cuba amati tagline Travel . Enjoy . Respect

Saya sampai sekarang tak faham kenapa perlu respect. Sebabnya macam ada yang tak kena saja.

Kalau kata kita sebagai penerima tetamu akan respect pelancong, perkataan travel dan enjoy bukannya ditujukan untuk kita sebagai tuan rumah.

Jadi saya rasa semua orang akal waras akan katakan ketiga tiga perkataan ditujukan kepada pelancong yang bakal melawat Malaysia.

Takkan kerajaan nak galakkan kita pula yang travel ke luar, enjoy kemudian respect orang.

Habis tu apa maksud respect disitu, bunyi macam samseng lah pulak belum sempat orang datang kita paksa orang respect negara kita pula. Respect bukan boleh dipaksa tetapi akan kita kena earn for it.

Jadi apa maksud dan tujuan respect disitu?

SUIT

Saya setiap kali ke Mesir mesti buat suit sebab murah.

Setiap kali tu juga saya beli dan masuk almari saja tak pakai pakai sebab ada saja yang tak kena.

Padding tinggi sangat lah, seluar besar sangat lah, bahagian belakang berkedut lah dan paling benci sekali kelangkang dia suka buat saiz scrotum orang Mesir. Kami Asia lah! ping pong jer!

Suit yang saya cantik elok hanya dari Penang dan dok pakai ulang yang tu sajalah.

Saya ke Bangkok banyak kali tapi tak pernah buat suit tapi dari fitting pagi tadi saya rasa nampak dok mai elok. 2 set dalam seribu lebih siap bagi kemeja free lagi. Kalau cun sungguh lepas ni complete lah semua, tinggal kawin dengan orang Siam saja belum.

ERRR

Maaf boleh saya tahu kenapa nama company awak bunyi macam ni. Awak ada campur campur jawa ke?

Eh tak bang takde. Tu nama boss saya.

Saya terus telan air liur terkedu. Kenapalah nama ni…..sebabnya makna dalam bahasa arab maksudnya horny.

Nak terus terang ke nak senyap jer.

DIARY TPP

my brother in law Mizan Yahya sent me this today …..

very little is known about my father the Late Sultan Iskandar of Johor …” A Man much Misunderstood ” afatihah to my Bah

i would like to share Kamaruddin Abdullah article bout mydearest Father …. a man responsible for what i am today

“”JASA ALMARHUM SULTAN ISKANDAR YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM

Saya percaya maseh ramai diantara kita yang ingat peristiwa penerbangan pesawat MH653 yang jatuh terhempas di Tanjung Kupang, Johor, pada tahun 1977. Kesemua penumpang pesawat tersebut mati ditempat kejadian. Jenazah mereka dikebumikan disebuah pusara antarabangsa yang terletak diJalan Kebun Teh, Johor Bahru. Saya sendiri menyaksikan upacara pengkebumian itu.

Ia merupakan satu detik peristiwa yang sangat menyedihkan. Didalam suasana yang menyedihkan ini, seorang insan telah menyumbangkan jasanya dimana jasanya itu tidak diketahui umum. Insan tersebut ialah Almarhum Sultan Iskandar.

Cerita ini sudah 4 tahun saya simpan didalam ingatan saya dan saya fikir sudah tiba masanya saya ceritakan pada umum khasnya kepada rakyat negeri Johor.

Pada 12hb Januari 2014, semasa mengadakan promosi buku saya “Pages From My Past” dibandar Muar, saya telah bermalam disebuah chalet yang bernama “Mann Chalets” yang terletak diJalan Joned, Muar. Pada malam itu, setelah habis makan malam, saya sempat bersembang dengan pengurus chalet itu yang saya panggil Pak Akob. Kami berbual bual pasal sejarah bandar Muar dan bermacam macam lagi perkara yang kami bersama sama minat. Tetapi ada satu cerita yang diceritakan oleh Pak Akob kepada saya tidak akan saya lupa sehingga kini.

Pak Akob pernah berkerja disebuah hotel diJohor Bahru yang bernama Orchid Hotel. Ia terletak diantara Jalan Ah Fook dan Jalan Tebrau. Tuan punya hotel ini ialah arwah Dato Mohd. Yassin bin Abdul Rahman, adek kepada arwah Tun Dr. Ismail. Semasa peristiwa terhempasnya pesawat MH653, Pak Akob bertugas dihotel ini. Inilah cerita yang diceritakan oleh Pak Akob kepada saya.

Pada 4hb Disember 1977, pesawat MAS MH653 berlepas dari Pulau Pinang hendak menuju ke Lapangan Terbang Subang. Pesawat tersebut membawa sebanyak 93 penumpang, Diantara para penumpang ialah seorang Menteri Kanan, seorang Duta dan beberapa pegawai Kerajaan. Juruterbang pesawat tersebut ialah Kepten GK Ganjoor.

Tetapi apabila berhampiran dengan Lapangan Terbang Subang, pesawat itu tidak mendarat dan terus terbang menuju ke Singapura. Pada jam 2005 (2005 hours) dikatakan bahawa pesawat tersebut telah dapat kebenaran daripada Singapore Air Traffic Control untuk menurunkan penerbangannya ke paras 11,000 kaki. Walaubagaimanapun, tiba tiba komunikasi dengan pesawat tersebut hilang dengan serta merta. Pada masa yang sama, penduduk diKampung Ladang di Tanjung Kupang telah mendendar satu letupan yang kuat dan apabila mereka pergi ke tempat dimana letupan itu kedengaran, mereka melihat pesawat MH653 telah terhempas jatuh. Tidak seorang pun penumpang yang selamat.

Apabila berita ini diketahui orang ramai, tuan punya Orkid Hotel telah menerima satu panggilan talipon daripada Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu ialah Raja Muda Negeri Johor. Baginda ingin menyewa semua bilek bilek yang kosong dengan serta merta. Diwaktu yang sama, Almarhum telah menalipon pegawai MAS yang bertugas diJohor Bahru dan mengarahkan semua saudara mara mangsa pesawat MH653 yang sampai keJohor Bahru boleh menginap dihotel tersebut. Orang yang ditugaskan untuk menggendalikan urusan urusan dihotel tersebut ialah Pak Akob.

Semua perbelanjaan penginapan, makan minum ditaja oleh Almarhum.Menurut Pak Akob, segala perbelanjaan tersebut mencecah hampir RM200,000.00. Pembayaran itu dibuat oleh syarikat Almarhum yang bernama Mados Enterprise.

Begitu besar jasa Almarhum kepada saudara mara mangsa pesawat MH653. Jasanya langsung tidak diketahui umum tetapi saya rasa sudah tiba masanya dimana jasa besar Almarhum ini diketahui umum khasnya rakyat negeri Johor.

Semoga Allah sentiasa memelihara roh Almarhum Sultan Iskandar dan ditempatkan baginda bersama sama yang beriman.

Alfateha buat Sultan kesayangan saya dan juga buat rakyat negeri Johor.

Kamaruddin Abdullah “”

KONPIUS

Problem with Malay entrepreneurs…..
Bila ada peluang masuk surat khabar dia confuse nak promote perniagaan ka nak promote diri.
Bila confuse macam tu tanya diri balik, aku jual diri aku ka aku nak jual produk?!

TIMAH

Saya pernah kerja kedai makan nasi campur masa zaman sekolah dulu.
Orang lain hari minggu enjoy tidur, enjoy pergi jalan jalan, enjoy skodeng anak orang, saya bertungkus lumus potong sayur kupas bawang tumis sambal dan goreng ayam dekat kedai Kak Timah Hindu. Orang panggil dia hindu sebab kulit kak timah gelap sungguh. 
Katanya kak timah memang orang india betul dan muallaf. Entahlah betul ka tidak.
Macam macam saya belajar dengan kak timah khususnya macam mana nak recycle lauk lauk ikan dan ayam yang tak habis semalam. Macam mana nak recycle supaya sedap dan tak rosak.
Sebab tu lah tadi saya suap suapan pertama terus saya ambil tisu dan luah balik dan terus tolak pinggan ke tepi sambil merungut huh kalau ya pun lauk semalam buat la elok elok. 
Terima kasih Kak Timah Hindu sebab ajar saya ilmu ni dulu dulu.