COD

Saya tengok ramai orang buat homecooked business suka deliver COD dan kelam kabutlah nak buat COD.

Jangan tamak dalam hidup. Jangan jadi OCD dan jangan jadi control freak dalam business.

Bagi peluang delivery kepada orang lain.

Awak fokus dalam production saja iaitu memasak dan hasilkan produk makanan yang terbaik. Gunakan masa lapang untuk memperbaiki dan mempelbagaikan resepi (research & development) dan buat marketing.

Bagi bab delivery tu kepada budak lain atau buka akaun dengan matdespatch atau uber eats.

Baru lah perniagaan boleh berkembang baik.

Advertisements

HAPPY

Someone quoted

If you want to be happy for the whole day, eat good food.

If you want to be happy for a month, fall in love.

If you want to be happy for the rest of your life, look after your garden.

TERLAJAK

I think Aliff Shukri should spend a little bit of his money on education and educate himself on various subjects.

He could be an icon where every young Malays should look up to and inspire others about working hard, stay humble, give back and has a little bit with sense of dignity, class and good manners.

At the moment, not only you are tergedik gedik, but you are teaching our community about materialisme, no appreciation on civilisation, mocking the importance of good linguistic appreciation and improvement and distasteful in every aspect. Such a disgrace!

KENDURI

Apa nak buat bila tetiba saja ada jemputan kahwin kad melalui whatsap dan anda tidak kenal orangnya.

Bila ditanya jawabnya saya wakil kepada pengantin mat dan minah.

Errrr maaf which mat and minah? (bukan nama sebenar) I have so many mat not only in my family members but mat around the world sebab ramai gila orang yang saya kenal nama mat.

I think wedding invitation sekarang dah hilang spirit of the old days. Sebab tu saya jarang hadiri majlis perkahwinan especially kalau buat invitation dalam fb dan tag saja.

NIKMAT

Jangan marah dengan penulisan saya ini.

Sebelum ni membaca Quran dan boleh membaca Quran saya anggap sebagai satu kebiasaan. Sebagai satu common sense yang setiap orang Melayu lahir mesti reti baca Quran dan tahu tajwid dan hukum hakamnya.

Saya kecil kecil dulu wajib kena baca Quran tiap tiap malam dan itu adalah perkara biasa. Kemudian di sekolah kena masuk kelas petang belajar tajwid. Kemudian masuk sekolah menengah wajib kena hafal beberapa surah.

Langsungnya surah surah pendek semuanya dalam kepala. Yasin juga boleh dibaca tanpa perlu melihat dan surah surah lain seperti Al Baqarah, Jin dan lain lain we can read by heart.

Saya awalnya ada perasaan kenapa bila tengok instagram kena ada majlis majlis belajar Quran macam satu majlis keraian. Ya saya terbiasa dengan usrah dalam mengkaji asbabun nuzul tentang mengkaji kenapa ayat ayat tertentu diturunkan, tapi usrah untuk belajar membaca Quran dikala usia senja adalah sesuatu yang susah awalnya untuk saya hadam.

Lama lama duduk KL baru saya faham tak ramai orang yang ada background yang sama dengan kita. Sebenarnya dilahirkan dalam keluarga yang kuat asas agama juga adalah satu nikmat yang mungkin kita tak pernah sedar.

Kita rasakan ia satu perkara biasa seperti lapar atau mengantuk, satu norma dan kebiasaan. Sebenarnya tidak.

Ada ramai diantara kita yang baca surah pendek pun bunyi orang kedah kata koq kaq sangkut sangkut lagi.

Yang baik bacaannya kita harus bersyukur dan berterima kasih kerana ibu bapa kita telah berikan nikmat pendidikan yang cukup. Yang masih tidak lancar jangan malu kerana tiada had umur untuk menuntut ilmu dan kita patut bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat dan peluang untuk belajar kerana diluar sana masih ramai Allah masih belum buka hati mereka untuk menikmati nikmat ini.