HINDRAF

Saya mempunyai pendapat khusus dalam hal hak hak Melayu.

Secara peribadi saya mahukan kita mempunyai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Etnik adalah warisan kita tetapi di mata perlembagaan kita adalah satu bangsa dan satu warganegara sahaja.

Tetapi untuk mengambil perlulah juga memberi maka akan berlaku keadilan. Orang putih kata kena ada give and take.

UiTM, program Felda, MARA saya rasa sudah tibanya masa perlu dibuka untuk bangsa lain kerana bangsa lain juga ada juga yang ketinggalan. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia perlulah dibantu sekiranya memerlukan.

Tetapi dengan melakukan perkara ini sesuatu hak milik orang Melayu perlu diambil dan dikorbankan. 60 tahun yang lalu kita telah korbankan sebahagian hak hak kita dengan memberi kepada saudara kita yang lain. Apa hasilnya adalah terbentuknya sebuah negara yang unik yang ada seperti hari ini.

Jadinya untuk mencapai matlamat satu bangsa sahaja maka kaum kaum lain juga perlulah memberi. Sekolah Jenis Kebangsaan perlulah dihapuskan dan hanya berteraskan kepada satu sekolah kebangsaan. Hanya satu bahasa sahaja digunakan iaitu Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Persatuan dan pertubuhan ekstremis Dong Jiao Zong juga perlulah diharamkan kerana sering menekan kerajaan kepada keperluan keperluan yang bercanggah dengan asas perlembagaan.

Sekolah yang mahu mempunyai aliran sendiri tidak dibenarkan meminta bantuan kerajaan dan dianggap sebagai sekolah swasta dan tertakluk kepada undang undang dan pedadogi kebangsaan.

Pada hari itu, saya tak kesah institusi pemerkasaan bangsa Melayu pribumi negara ini untuk dibuka untuk semua kaum ataupun dibubarkan kerana kita anak anak Malaysia.

Tetapi kalau tidak………….

Nota : tulisan ini ditulis kerana menjawab tuntutan Hindraf 2.0 yang menuntut kerajaan PH untuk membuka UiTM, Felda dll kepada kaum kaum lain.

Advertisements

CONSULTANT

Tadi ada satu kumpulan usahawan telah dilantik oleh sebuah syarikat yang hendak buka kedai runcit di Mekah katanya dan mereka dilantik untuk uruskan barang.

Saya tahu dan faham modus operandi syarikat induk tersebut.

Nasihat saya satu saja, bila kita nak buka kedai, kita mesti clearkan otak dan pastikan perniagaan menjana pendapatan adalah melalui peruncitan, maksudnya barang di dalam kedai yang laku sebab customer ramai ramai pakat beli.

Kalau niat kita nak jana pendapatan syarikat melalui caj caj seperti listing fees beribu ribu dan fees lain, itu bukan namanya perniagaan runcit. Itu adalah perniagaan perkhidmatan dan lebih tepat lagi consultancy firm.

Untuk buka kedai tapi jana pendapatan melalui fees begini, kedai tak akan tahan lama dan akan tutup. Kemudian usahawan dan vendor akan menyumpah dibelakang kerana mereka belanjakan beribu ribu tapi produk mereka tak laku.

Niat tu kena betul.

Nota tambahan : usahawan semua kena hati hati kerana banyak syarikat yang buat kerja macam ni tapi sebenarnya mereka itu tak genuine.

FB

Laaaa rupanya my friends in Makkah masih ingatkan saya ada kat sana. Derang tunggu depan rumah tadi nak ajak minum.

Orang Saudi kebanyakan guna snapchat bukan FB atau IG. Kita pula banyak pakai FB. Jadi derang tak tahu saya dah balik walaupun saya dah share dekat Fb.

Even semalam pon sebelum balik saya buka puasa dekat rumah mertua sepupu saya. Anaknya kira pangkat anak sedara tanya kenapa saya pakai FB…orang tak pakai FB dah laa sekarang.

Saya selamba saja jawab عشان انا عجوز

Terbeliak mata dia

Lepas tu saya jawab. Betulkan…..sebab saya dah tua. Jawapan apa lagi yang paling masuk akal supaya kau tak tanya banyak soalan.

Tengok tok sms pon tak tau.

Terus terbahak bahak dia gelak.

والله صح صح كلامك صح والله جوابك مرة معقول والله امتحانك
Betul betul betul jawapan kau paling betul paling masuk akal. Sabar jer lah

JOYAH VEGAS

today is my 22 anibeseri. masa kawin tak bercinta dan tak kenal. Mualaf penyewa kondo saya.Masa tu hidup dah berjaya sikit dah mampu beli koNdo kat damasara height.bila hidup dah lega dari masaalh kewangan, bari terasa sunyi,sunyi yg melampau,baru sedor yg duit tak bole mengisi keksongan jiwa. saya desprate nak cari laki,dan mualaf kesunyian. bila dia ajak kawin lepas 2 bulan meyewa,saya terima, tanpa pikir pjg, saya ingat dia kaya,sebab gaji dia masa tu 110K se tahun. saya tak terpikir yg 110K, tu kena tolak perbelanjaan dan hutang. saya ingat dapat bulat bulat..
dia ingat saya kaya,sebab daalam lease agreement saya cuma tulis building no ,lupa nak tulis unit no. padanler dia kenalkan saya kat kekawan dia ,yg dia kawin dgn property tycoon, pempuan kaya,terkelip2 mata ,ternganga mulut setiap kali dia perkenalkan diri saya mcm tu.tapi tak berani tanya sebab saya tak kenal dia.takut dia tingglakn saya.

1s2 dua bulan kawin hari2 dia tinggalkan duit lunch sebelum pegi kerja 250 rm.dia ingat saya makan emas gamak nya..duit tu saya tak guna ,saya letak dalam dulang dalam rumah, lepas 6 bulan baru perasaan duit tu anak dia curi,bila saya tgk duit tu tak der ,saya ingat mualaf ambik bawak kerja,and dia ingat saya ambik belanja makan.rumah,,kita org tak terpikir yg anak dia sanggup mencuri.discover lepas 6 bulan kot.

lepas 3 bulan kawin,saya dibuang kerja,tak tau apa nak buat,saya mintak kebenaran mualaf handle his finance. bila dia serah kan semua document baru saya tau yg dia tak der saving tapi hutang keliling pinggang. bila saya tanya mana pegi duit gaji dia semua,dia kata habis bayo hutang credit card and masih belanja dgn credit card. masa saya bongkar semua doc,terbaca surat dari mak dia,mintak hutang dia balik dia tak bayo after 20 years.30K..dia ada sebiji rumah kat chicago,sewa,tapi hasil sewa bekas bini kutip,dia bayo morgatge,anak dua ekor kat sini tapi dia bayo 1000 sorang monthly,

saya kata ‘Ok, jual rumah tu,hapuskan hutang tu, jgn bagi anak you duit anymore, dia nak dtg duduk dgn kita org,start bayo mak ko 3K sebulan, and from now on,fokus bayo hutang credit card yg 80K tu,no more eating outside,pack lunch,your anak pon sama,no lunch money,no vacation,even company bayo tiket.tighten setight yg bole till all this credit card habis bayo,then baru fikir beli rumah,then saving,till then this is whatt we will do

dia kata ‘but kita belum honeymoon lagi? aku rancang nak bawak ko pegi bahamas! jv kata lupakan niat nak joly katak for the time being,untill we are debt free. one thing about mualaf dia setuju,ikut kata saya.word per word.
took us 3 years habiskan hutang credit card. hidupa kita org tak berubah banyak mana pon sebab saya dah biasa hidup susah.anak2 dia beci kat saya. but di i care? mehh. mak dia dapat 3K sampai mak dia meninggal,and dia bagi mak saya 650 sebulan sampai parents saya meninggal.

our life prosper after that sebab jv sentiasa hidup yg teramat minimal.even bila sampai sini.tapi saya memanjang kena tipu througout the years,bukan sikit2 banyak in hundrends of thousnd usd.last one mualaf kena tipu dgn business partner dia 3 years ago,habis duit pecen dia 600K usd, and duit business saya pon dia korek,we were saddled with another 180K credit card with 24% interest.

kita org refinance 4 biji rumah settlekan hutang credt card dia,and suruh dia cari kerja,tak payah buat bisness. we rebulid again,this time is better because we have asset.with that refinance money, we paid off his credit card and the balance jv beli 19 units of triplex kat bufalo. hoping that income will replace his income bila dia pencen nanti.

we have come a long way from when we 1st got married.we dont get panic or bercerita satu dunia our financial problem,we sit down and restratagize, plan mana cara nak bayo hutang tu.we stop all spending ,only yg penting jer, we reduce expenses.,unless necessary..

no we not debt free yet,but in order to be debt free we need to berhutang 1st,that is how it works for middle calss like me,we do not have any other choces other than keep trying and trying till we succeed.having the right partner like my mualaf,that trust and have faith and support in whatever my decision that is , make it possible.

what are perfect couple we hardly argue,unless he doest not agree with me, if not our life full of laughter.. my beloved is one of the best human being anyone can find, he never hrut ,offendanyone, he open his home to strangers because his wife want him to..

His purpose in life is to make me happy regardelss.he would sacrifice his life without hesitation for me,.that much i know.

PROTOCOL

Semua orang tahu saya sangat patuh protokol. Tapi…

Katakanlah uncle kita nama Ahmad berpangkat Tan Sri dan Dato Seri. Kat rumah kita panggil Pak Ndak.

Does it really necessarry for us to write whenever we post in our own private social media for our own personal diary or for our own personal so called fun thing to do….

Berbuka puasa di rumah Y.Bhg. Tan Sri Dato Seri Ahmad!

Doesnt it looks too creamy and too much!

I prefer to put the caption in my own personal social media as ‘ bukak posa rumah Pak Ndak hari ni’. Dah….

I agree that we must adhere and uphold the right salutation and maintain the protocol during official time but personal time i think its too much.

Mengada ada pon ada. I felt rasa nak muntah.

Unless lah kiteee berangan FB dan IG kita ni official.

Its okay to disagree with me but i personally tak suka. Its too much.

There are many ways that you can maintain your respect but by not writing completely in your own personal socmed doesnt mean u disrespect the title of the person.

PERLIS

Melihat kemelut Perlis, sebenarnya ramai daripada kita tidak sedar bahawa kita rakyat Malaysia sangat bertuah kerana menjadi warga kepada negara yang sangat adil dan saksama perundangannya.

Di Malaysia tiada siapa pun yang mempunyai kuasa mutlak atau kuasa yang terlalu besar. Tidak seperti di Arab Saudi dimana kuasa mutlak hanyalah diatas satu kepala sahaja iaitu Raja Arab Saudi dimana setiap titah adalah menjadi Dekri DiRaja. Saudi adalah satu satunya negara yang tidak mempunyai perlembagaan sebagaimana negara negara lain di dunia. Menjadi warga negara Saudi anda sebenarnya tidak tahu apakah hak hak anda sebagai seorang warga negara dan hak yang sudah disebut boleh dicabut pada bila bila masa sahaja mengikut budi bicara pemerintah.

Jiran kita Thailand juga tidak kurang masalahnya. Raja Thailand mempunyai kuasa mutlak dan boleh melangkaui apa sahaja yang diputuskan oleh Parlimen. Tentera juga sangat berkuasa dan dalam sejarah mereka sudah lapan kali mengalami kudeta tentera dan mengenepikan kehendak rakyat.

Negara kita mempunyai pemisahan kuasa yang sangat jelas. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa kuasa tertentu sahaja dan terhad, tetapi kuasa kuasa terhad itu sangatlah berkuasa. Perdana Menteri juga yang dilihat sangat berkuasa tetapi sebenarnya mempunyai kuasa kuasa yang terhad juga. Kita juga dipisahkan antara kuasa kuasa lain diperingkat Persekutuan.

Persekutuan juga mempunyai kuasa kuasa tertentu dan sebahagiannya adalah kuasa di peringkat Negeri.

Contohnya di Pulau Pinang, katakan Dewan Undangan Negeri dan ahli ahli Yang Berhormat sesuka hati ingin menukarkan pentadbiran sedia ada seperti kemelut di Perlis dengan cuba mengadakan pilihanraya yang baru, DUN tidak dapat dibubarkan sesuka hati tanpa persetujuan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri.

Seperti di Perlis, suara rakyat mungkin boleh dikatakan disuarakan melalui kemenangan ahli ahli Yang Berhormat daripada parti tertentu, tetapi kemenangan ini boleh disusun dan dimanipulasi oleh orang tertentu, yang sebenarnya orang yang hendak diangkat itu mungkin mewarisi masalah, nepotisme, kronisme, pelbagai tuduhan dan sebagainya yang akhirnya kuasa ini diimbang di tangan Raja Pemerintah dimana YAB Menteri Besar hanya dan hanya boleh dilantik dengan pilihan dan perkenan DYMM Raja Perlis.

Daripada apa yang berlaku ini, sebenarnya kita rakyat Malaysia sangatlah bertuah dan perlu bersyukur kerana orang orang terdahulu telah menggariskan Perlembagaan kita dengan baik sekali.

Tiada sesiapa pun boleh mempunyai kuasa yang mutlak, hanya Allah Subhanahuwataala sahaj yang berhak.

RESEPI

Saya kecik kecik dulu selalu ingat makanan ni memang secara azalinya sedap sedap belaka.

Dari kecik kecik lagi mak saya suka masak masakan ni. Bila di Mekah pula aunty saya akan masak masakan ni juga.

Rupanya tidak. Shourba atau bubur gandum dengan daging kibasy atau kambing, saleek atau nasi dimasak dengan susu dan kibasy, gulai telur, sambosa, masak ketam dan macam macam lagi adalah antara masakan kegemaran kami semua sejak kecil lagi.

Kalau dirumah pula ada tambahan sate lidah berkuah, masak kicap, sup kontong dan macam macam lagi kalau nak disenaraikan. Boleh dibuat buku sebenarnya.

Tapi bila dah besar rupanya masakan yang saya rasa sangat sedap ni di tempat lain tidaklah sesedap yang dirumah malah ada yang tak sedap langsung!

Sekarang saya faham wujudnya resepi resepi ini kerana pertembungan budaya dalam keluarga kami keluarga Wa’sa antara budaya Melayu khususnya utara dan budaya makanan orang Mekah. Makanan ini tak wujud di tempat lain malah tak wujud diluar rumah sebahagiannya.

Mak saya adalah menantu Wa’sa begitu juga aunty saya juga menantu Wa’sa, saya masih ingat arwah kakak ipar saya pun terasimilasi belajar masakan masakan ini kerana berkahwin dengan keluarga ini.

Sekarang saya amat menghargai makanan makanan warisan keluarga kami kerana saya tahu ia tak wujud ditempat lain dan langsung tak ada diluar sana. Sikit sikit saya dah mula belajar, apa yang saya perlukan adalah kena cuba buat sendiri tengok jadi tak masakannya.

LOMAR

Akhirnya saya dapat jumpa loafer yang cantik berkenan dihati, cushionnya tebal dan lembut dan tapaknya bouncy supaya tekanan diserap dan tak sakit kaki dan belakang.

Tak fikir panjang dah terus sambar. Dah bertahun saya tak ada loafer last saya beli mungkin 6 7 tahun dulu. Memang susah nak cari loafer yang tak sakit kaki.

Bagi lah tokwan LV ka Gucci ka Louby ka apa mak nenek semua yang harga riban riban semua tak boleh pakai semua tapak kaki sakit.

Yang berkunjung ke Saudi jangan lupa dapatkan jenama tempatan ini namanya Lomar. Kalau di Mekah mereka di tingkat 11 di clock tower Abraj.

Tapi awas thobe atau jubah mereka bermula dari SR600 dan ke atas saja. Turun bawah takdak huhu….

TUAN RUMAH

Dulu dulu saya menyewa rumah. Biasalah dulu dulu baru nak merangkak. Kadang kadang ada juga bulan yang terlepas bayar sewa.

Tapi satu yang saya respect adalah tuan rumah kalau telefon tak pernah marah atau cakap apa apa yang menyakitkan hati.

Selalunya dia akan tanya khabar dan lain lain dan akhir sekali dia akan sebut ‘sewa bulan ni boleh dak tolong tengok tengokkan’.

Masa tu sewa rumah bukannya mahal pon cuma RM400 saja tapi banyak kali juga saya tergelincir. Tapi tuan rumah tak pernah buat saya rasa rendah diri dan terkecil hati.

Sikap ni saya ambil jadikan sebahagian dalam hidup saya.

1MDB

Kerana sudah menjadi umum saya ingin kongsikan apa yang saya simpan lama dalam hati.

Sebelum itu saya ingin memohon ampun sekiranya apa yang saya tulis mengguris perasaan sesiapa kerana itu bukan tujuan saya. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya pendam lama perkara ini.

Perkara ini dah lama saya dengar dan saya pendam. Saya tak pernah tulis dalam FB satu kerana ia adalah rahsia, kedua saya sendiri takut sekiranya saya tulis apa boleh effect dekat saya dan ketiga saya ada ramai kawan kawan yang kuat menyokong dan ada juga yang sangat menyayangi maka saya tidak ingin mengguris perasaan mereka.

Setiap kali saya baca posting posting yang katanya orang ‘inner circle’, orang besar dan kadang kadang posting tersebut mencemuh dengan mengatakan orang yang tidak bersetuju dengannya seperti bodoh dan macam macam kata kata yang menyakitkan, kadang kadang dikatakan macam orang lain semua apa tau, you are not the inner circle, you dont rub shoulders with minister and Rulers. You tak belajar ekonomi you apa tahu. Saya rasa geraaaaam saja macam orang lain ni tak tahu apa apa.

Tapi saya diam saja. Saya geram pon saya cakap dekat kawan baik saja walaupun saya geram bila baca posting bertalu talu setiap hari. Tapi hari ni saya nak cakap.

Bab mengadap Majlis Raja Raja seingat saya ya memang betul. Saya sendiri diceritakan sendiri oleh ‘salah seorang’ anggota Majlis Raja Raja dan ini menjadi kemelut dalam Majlis Raja Raja. Walaupun saya tidak diceritakan butiran secara terperinci apa yang dibincangkan dalam Conference of Rulers, tetapi bahasa bahasa kiasan dan lenggok bahasa sudah cukup untuk saya faham. Sememangnya telah bahasanya selalu begitu. Baginda Duli Duli Tuanku dan Tuan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri tidak boleh membuat tindakan sebagai seorang ahli politik dan rakyat biasa dan juga tidak boleh membuat tindakan yang melanggari perlembagaan dan bercanggah dengan kebesaran kerusi yang disemayam. Bak kata pepatah menarik rambut di dalam tepung tepung tak berselerak rambut tak putus. Seingat saya hanya satu negeri saja yang bertitah dan keluar media iaitu negeri di sebelah selatan.

Kalau anda pernah tonton series the Crown di Netflix, ingat tak Queen Elizabeth ada satu line lebih kurang berbunyi, the hardest job is to do nothing, and that is my job.

Dalam anggota Majlis Raja Raja ada beberapa negeri yang agak tegas dan ‘negeri negeri’ ini menjadi sasaran ditekan dari ‘Kerajaan Pusat’. Ada elaun dikurangkan, ada elaun disekat dan saya diberitahu habis yayasan dibawah naungan anggota ditekan dan diberi tekanan oleh LHDN. Ada ‘negeri’ yang sememangnya sudah kaya maka ini tidak menjadi masalah. Tetapi ada juga negeri yang masih memerlukan bantuan Kerajaan Pusat maka disini berlaku konflik.

Saya berharap tidak menjadi suatu masalah untuk saya tuliskan saya sendiri merasakan dan menyaksikan wujudnya perasaan ‘takut’ dan tidak mahu membuka ruang konflik daripada Consort hinggakan apa yang hendak dibuat tidak boleh bercanggah dengan isteri di Kerajaan Persekutuan. Wujud cakap cakap hish tak boleh ‘gini gini gini nanti sana tak suka susah kita’.

Masa zaman Tun M saya masih budak budak lagi, tapi seingat saya masa zaman Pak Lah tak pernah wujud cakap cakap begini kerana takutkan apa Putrajaya tak suka.

Waktu ketika period itu saya antara rasa risau, risau kerana betulkah ni, serious sangatkah dan apa nak jadi dekat negara kita. Adakah betul apa yang pembangkang kata atau ini hanya mainan politik saja. Dalam masa sama saya rasa geram, dan saya berasa lebih geram kerana saya tak boleh luahkan. Saya hanya pendam saja.

Hari ini saya tulis kerana ia telah dilaporkan secara rasmi di akhbar rasmi Malaysia.

Wallahualam.