HOLIDAY

Saja nak cerita.

Saya memang dah lama sangat tak pernah bercuti dan melancong.

Kalau tengok saya jalan sana sini tu semuanya kerja. Tapi takkanlah nak jadi freak macam sesetengah orang letak dalam social media pose buat buat meeting dengan orang kan. Jadinya dekat fb ka ig ka kita post benda yang kita suka lah untuk kenang kenangan. Jadi orang dok ingat kita ni kerjanya berjalaaaaan sajalah padahal kita dok kerja.

Ni lah kali pertama saya ambil keputusan nak cuti betul betul. Semuanya tak dirancang. Memang dah lama teringin nak ke Russia sebabnya adik omar belajar di sini, sampai last dia nak grad dah saya tak sampai sampai lagi. So kali ni wajib kena pergi jugak, tidak terkapai kapai lah sorang sorang kalau nak pergi waktu lain.

Tapi dah jadi nature saya mesti juga selitkan benda benda yang berpekdah. Maka saya buat appointment dengan sorang kenalan yang pernah dikenalkan kepada saya oleh Matrade. Saya tak berapa tahu sangat siapa orangnya melainkan dia agak berpengaruh dalam industri di sini dan merupakan bekas pelajar UIA. Sebelum nak bertolak baru saya tau yang juga rupanya bekas menteri persekutuan di sini. Mak aiii seram pulak roma i.

Dah tu, macam biasa sebab dah naik flight arab dan ada transit, saya ambil peluang untuk jumpa satu supermarket ni di Muscat, Oman sebab derang memang dah lama cari orang boleh supply barang Malaysia. Ni pon TC Dubai Matrade yang kenalkan. Sebelum saya bertolak last 2 weeks berkoyan juga saya dah pos sample barang dekat 20 kilo lebih jugaklah beratnya.

Dah alang alang dekat tu, saya ambil peluang lagi on the way balik untuk jumpa client kami dekat Dubai. Nak re affirmed dengan deal sebelum ni. Orang kata tunjuk muka lah katakan.

Tapi masa hari tu dekat airport masa transit dapat pula mesej dari contact baru depa pon minat dengan apa yang proposal kami hantar sebelum ni. Contact Doha ni pon TC Dubai yang bantu. Hurmm kalau nak balik Malaysia dengan jarak travel dan nilai tiket, alang alang dah dekat baik saya adjust bagi masuk dalam trip kali ni. So next week ke Doha lah saya.

Orang kata masa tengah buyer panas panas tu kita kena cepat. Kalau dah suam kuku susah nak reheat balik.

Tadi tiba tiba duta di Bahrain pula mesej. Dia bagitau kalau boleh datang sebelum Ogos sebab dia dah aturkan dengan satu supermarket dan tuannya berminat.

Ok sekarang saya dah jammed. Nak pi ka nak balik Malaysia dulu nih. Luit pon dok koi kurang, pastu dah tak tahan lapaq nasi Melayu dah ni rasanya.

Lagu mana tu habaq sat……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s