STYLE

Im not stuck with T Shirt, but I believe this will be my statement and my personal identity.

I only wear T shirt, to work and almost every daily activities. Occassionally with long sleeve, slack or even with jacket or suit whenever needed. I wish in the future I will have the power to choose what i want to wear not what the occassion wants.

This has become my habit, i only wear well pressed T Shirt. Generally I know many of my friends see ironing a T shirt is ridiculous. But thats how I run my daily routine.

There is nothing special about my style, but I know this style stick with me for very long time.

Advertisements

SBB

A few days ago, someone messaged me, asking what are my favourite brands.

Please note that being in the list does not mean I necessarily buy from these brands but I admire their things.

Here is the list, not in any order of preference.

A.P.C. – leather goods and jackets. Timeless style.

ASPESI – shirts and jackets.

Golden Goose – cool sneakers.

Hilditch & Key – the best for business/work shirts.

Christian Dior – leather goods, coats and jackets especially under Heidi Slimane. New designer coming in next season. We’ll see.

St Laurent – not since Heidi Slimane left. Now lost direction. No oomph.

Uniqlo – but not last two seasons. They used to make well cut linen jackets and I loved their cashmere sweaters. Still makes the best jeans for me though and I have like 20-30 of their 100% cotton shirts.

Adidas – sneakers only. The classic ones.

Brioni – although their styling seems to be rather lost right now, their fabrics and workmanship are still one of the very best in RTW.

Berluti- too expensive and also seems to have lost some direction.

Lanvin – only the sneakers and shirts but also lost direction since Elbaz left.

Sutor Mantellassi – classic shoes with superb workmanship. Only two stores in the whole world, Florence & Milan.

Fredi Pisano – suits made from their own textile mills, great fitting and much, much cheaper than Brioni. Two stores only in the world, Rome & New York.

Massimo Duti – good jackets with affordable prices. Forget the rest.

Brunello Cucinelli – great stylish luxury sportswear and jackets.

Maison Kitsune – cute stuff, not crazy price points.

The Kooples – cool casual shirts and jackets.

Muji – their all cotton pyjamas are the best in terms of price and feel.

Brands to look out or not look out for:

Loewe – JW Andersen is doing interesting things.

Moreau – maybe the next Goyard. We’ll see.

Prada seems to be churning out rubbish lately.

Louis Vuitton – only buy the luggage. The rest of their things, let the PRCs buy the whole lot.

Givenchy & Balenciaga – only if you a rap star but if you have the attitude, go for it!

Gucci – forget it now, too commercial but a few of their classics-inspired shoes are good.

Celine – Introducing menswear by Heidi Slimane this FW18. Much anticipated by the fashion world as he is very influential in setting trends that impact brands like Zara etc.

HUSBAND

Some loving husband seriously need a basic cooking lesson.

Oh yes wife too.

I just saw someone prepared a steak untuk isteri mengidam using beef cut from NSK! and compare it with the one that might cost more than 100 ringgit a plate and serve it with only cherry tomatoes.

I rasa sedih pilu dan nak teroyak.

Please go to Ben’s or at least Cold Storage and get some fresh air flown cut from Australia and NZ. Tak mahal pon.

Tak tau nak perap apa? Smash garlic, seasoned dengan salt dan pepper dan tinggalkan kejap dalam sejam dua atau lagi best semalaman dalam chiller.

Masak 10 hingga 15 minit saja dapatlah medium cook.

Lepas angkat layurkan carrot potong macam short stick dan sayuran lain contohnya brocolli. Kalau malas giler beli saja yang mix vege tu, tarok butter dan masak sekejap saja.

Baki minyak dan kuah tadi kalau blur sangat tarokkan cream atau susu, letak sikit madu dan bagi memekat maka jadilah brown sauce bujang. Tuangkan atas daging yang dihidang.

Jangan buat dosa steak daging kerbau bogel tau. Saya rasa nak teroyak!

PAK NGAH

Sedihnya hati saya kerana baru mendapat perkhabaran perginya lagi sebutir permata seni negara Pak Ngah.

Allahyarham lah yang telah mengajar saya apa itu LO dan kontrak kerajaan. Lagu Cindai telah membuka rezeki saya ketika mula mula mengenali dunia perniagaan kontrak dan Pak Ngah telah buka seluas luasnya kepada seorang budak yang kurus kering dan masih hingusan dengan kontrak yang besar berbanding umur yang teramat muda.

Tidak kerana Pak Ngah maka saya mungkin tidak dapat merasai kereta pertama saya dibeli dengan duit poket sendiri hasilan daripada kontrak yang beliau berikan.

Ya Allah kau ampunilah segala dosa dosa Pak Ngah dan angkatlah darjatnya bersama sama orang mukminin. Teramat banyaklah kebaikan telah beliau lakukan ketika hidup baik kepada keluarga, rakan taulan hinggalah kepada warisan negara. Hanya yang mengenali akan menangisi perginya permata negara yang tiada gantinya lagi.

Al Fatihah.

HALFEST

Masa di Halfest ada satu produk saya rasa macam menarik. Saya tanya ada tak tester nak rasa. Mereka kata dah nak tutup dah dan dah simpan semua.

Saya bagitahu saya ada kedai. Mereka senyum saja tak bagi respond. Saya tanya berapa harga jual dan berapa harga tolak. Harga mereka bagi tu macam boleh bawak ke Saudi.

Akhirnya saya mengalah. Saya kata takpalah saya beli yang ni berapa harganya? RM7. Saya pon ambil dan bayar.

Kalaulah saya di tempat beliau saya akan bagitau, takpa cik ni sample kami bagi free.

Semua orang teringin nak masuk pasaran yang telah kami bina tapi tak ada sorang pon pernah tanya apakah yang telah kami buat dan bagaimana kami boleh buat sampai boleh masuk. Tak pernah sapa pon tanya untuk belajar.

UTARA

Exseduce me, we orang utara never say ‘kelakaQ’ as much as we never saya ‘dahagaQ’.

Its not everything might you think will ended with Q which is totally wrong!

Kelakar – lawak
Dahaga – Lapaq ayaq!

HALFEST

Tadi saya berjalan jalan melawat semua booth di Halfest bersama partner saya di Saudi.

Hampir kesemua booth yang saya lawati kami berhenti dan bercakap cakap, yang produk sudah kami bawa kami bincang apa boleh ditambah baik, yang belum bawa saya bagi kepada staff saya untuk hubungi dan follow up mereka, yang sendu sendu merajuk saya tak pujuk tapi saya bagitahu jangan makin susah terma syarat nak masuk masa tu baru fikir nak datang balik. Foodmarket sekarang baru satu branch sudah merajuk, belum masuk cukup setahun sekarang dah nak masuk tiga, nanti dah ada 30 cawangan listing fees beribu ribu ringgit dan syarat makin ketat baru rasa menyesal (sorry saya bukan jenis pujuk orang).

Ada juga minta nak bergambar, seorang pon saya tak benarkan, saya tolak dengan baik dan saya suruh ambil gambar dengan staff saya dan partner Arab saya.

Masa kami nak balik saya tanya partner saya, perasan tak tadi semua orang kita jumpa takda sorang pon kenal saya. Tapi semua orang kenal Foodmarket dan Kedai Asia.

Dia angguk…..

Saya tambah lagi, ‘dan saya nak kekal macam ni. Biar orang tak payah kenal kita, tapi orang kenal hasil kerja kita. Selalunya orang nak popular suka kalau orang kenal, tapi saya lebih suka orang tak kenal saya, biar orang hanya kenal hasil kerja saya’.

STRATEGI

Ingat tak sebelum ni di Foodmarket kami pernah ada produk produk sambal dari Terlajak Sedap?

Sebelum ni saya fikirkan dengan cuba bawa produk jenama berkaitan Aliff Syukri, ia akan membantu jualan di kedai Foodmarket seterusnya mendapat mileage daripada nama beliau yang viral.

Perjanjian kami bersama manager beliau adalah saya waive semua permudahkan dan percepatkan semua perkara, beliau pula mestilah mempromosikan Foodmarket dan majikan beliau mestilah mempromosikan produk beliau di Foodmarket di ig beliau. Satu pon tak dikotakan, promosi hanya di buat di ig terlajak sedap mereka yang ada 100k follower tu sahaja.

Hampir 3 bulan produk beliau di kedai kami dan jualannya lebih teruk berbanding produk orang kampung. Malah banyak dari pelanggan setia kami membuat tindak balas muka yang tidak suka bila kami bagitahu ni dari Aliff Syukri.

Ternyata strategi saya sebelum ni salah. Maka bulan lepas saya arahkan staff saya untuk keluarkan semua produk mereka dan kembalikan dan bersihkan Foodmarket daripada apa apa kaitan dengan jenama tersebut.

Sekarang persoalannya, sekiranya perkara kecil begitu pon tak jalan, siapa yang sebenarnya mdmbeli produk beliau? Adakah pelanggan Foodmarket adalah dari kumpulan masyarakat yang berbeza atau adakah ada perkara lain yang sebenarnya saya masih tidak faham atau tahu.

CULTURE

Saya sendiri ada buat booklet 10 Things You Should Know About Saudi Business Culture.

Page No 1, lunch is at 4pm.

Saya janji dekat kawan nak lunch sama sama, lepas tu saya lupa tunggu sampai mereput. Now is already 4.47pm dan dia baru mesej tanya nak makan mana.

Nasib baik Mc D delivery telah menjadi penyelamat. Binawe kamjat betoi!

MEKAH

Rasa letih sangat hari ni naik teksi tak cakap banyak.

Pemandu teksi tadi bagitau tunjuk tangan macam belok ke kiri. Saya pon angguk kepala tanda betul.

Masa dekat traffic light dia terus buat pusingan u turn, saya pon tengah macam lalok separa tidur saya bagitau kenapa u turn, belok kiri lah.

Terus pemandu teksi tu meninggi suara marah marah. Tadi kau kata buat u turn, sekarang kata belok kiri, u turn ka belok kiri.

Nasib baik sebab badan dah letih mood pon baik, first time saya cakap macam nyanyi lagu makyong. Slooooow je suara saya.

Dah dah jalan terus nanti depan tu masuk kanan.

Pemandu teksi tu ulang lagi marah marah ulang ayat tadi.

Saya jawab cakap perlahan lahan macam orang tak makan nasi, kenapa bayya marah marah, tak baik marah marah. Kita kan dekat Makkah, baladan aamina.

Dia jawab aku bukan marah, tapi kau cakap u turn sekarang mau kiri pulak dalam keadaan tengking tengking.

Saya jawab marah la tu, kalau tak marah cakap elok elok macam saya ni. Saya pulak tunjuk kalau macam ni cara tunjuk tangan kehalakan ke kiri, itu maksudnya belok kiri, kalau buat tangan macam penari raver tu haaa itu baru u turn.

Dia jawab balik, aku bukan marah, tapi kalau aku terus kanan tadi nanti accident sapa susah, kau boleh turun saja, aku yang susah. Ini negara semua benda susah.

Saya jawab lagi, takpa takpa nanti datang Malaysia. Dekat Malaysia orang dia baik baik dia tak marah marah, bawak kereta elok elok saja, semua baik baik (part ni saya tipu sikit orang Malaysia pon cemherem je memandu).

Pemandu tadi jawab, betul orang Malaysia orang Singapore baik baik semua ikut adap. Sini susah, Kaabah saja baik, orang dia semua marah marah saja. Tak ada ikut peraturan.

Saya pon jawab, kalau macam tu jangan jadi macam dia orang. Awak bukan orang sini awak orang luar, saya pon orang luar, kita tunjuk orang luar baik baik. Jangan jadi macam orang sini. Lepas tu saya malas nak panjang sebab pakcik tu pon dah calm down. Saya terus bagitau satu satu hah belok kanan, belok kiri, hah depan tu sekolah Pakistan, ada garden, depan sana ada garden, depan dia ada shopping mall. Dah jadi macam tourist guide.

Last sampailah dekat rumah, tadi masa nak naik saya minta tawar 20 walaupun mula dia minta 30 riyal. Saya hulur extra 5 riyal sebab mood chill hari ni. Hilang dah pun pahala sebab dah cerita kat facebook. Huhuhu……

Nota : Kalau saya pon marah tadi pakai kena balik jalan kaki dalam cuaca 38 darjah le jawabnya.