BANGKOK

Saja abam nak cerita.

Bangkok trip kali ni bukanlah trip bercuti ataupun trip macam selalu tiap tiap tahun sebab pergi exhibition. Kan saya pernah cerita sebelum ni bulan ni sangatlah mencabar untuk kami.

Satu payment pon tak masuk lagi. Biasalah kan nama pun orang berniaga. Kadang kadang dalam rekod akaun jumlah revenue tu memberangsangkan tapi sebenarnya semua masih ditangan orang.

Jadi kalau ikut hati kalau boleh tak nak ke mana mana sebab perlukan duit yang banyak. Baik duduk dalam gua hira’ dulu hibernate sehinggalah semua duit duit masuk.

Tapi ceritanya kawan saya beberapa hari lepas telefon bagitau prospect untuk partner di Qatar berminat untuk sama sama buka Kedai Asia bagi cawangan pertama Doha. Kemudian tiba tiba dia call lagi bagitahu boleh tak saya datang ke Bangkok sebab derang ada meeting kat sana.

Sepengalaman saya lah kan, dalam mengenal kebanyakan rakan rakan usahawan yang lain, kalau dalam keadaan macam saya ni dengan takdak duit mesti jawapannya negatif. Seribu satu alasan akan diberikan yang kadang kadang orang yang nak offer peluang pon naik menyampah.

Jadi saya kongsi cerita saya yang sebenarnya cerita sedih, kami tengah takdak duit tapi saya guna akal fikiran dan berfikiran positif cari jalan supaya boleh datang juga on time seperti yang diminta.

Bukan tu saja, saya bawa sorang staff yang dah lama saya teringin nak bawa dia supaya dia dapat tengok macam mana Thailand buat dengan industri mereka. Harapan saya balik nanti dia boleh bawa dalam syarikat dan di kedai. Kesiannya kali ni tak ada jalan jalan dan makan merata rata sebab bajet terhad.

Saya juga pastikan trip kali ni saya dapat bawa balik barang barang yang boleh dijual di kedai kami. Biar ada hasil.

Walaupun dalam bajet yang sangat ketat, kalau kau tak reti enjoy datang Bangkok memang giler lah! Kami sangat enjoy di sini. Masuk 7 Eleven pon enjoy, tengok traffic jam pon seronok, ushar pondan cantik pon waaaaaaaaa…..

Yang penting, saya bersyukur kerana perjalanan kami kali ni sangat berbaloi. Insyallah Husam Waksa akan melangkah lagi setapak dengan memasuki pasaran lucrative iaitu Qatar. Maksudnya selangkah lagi untuk kami establish bagi kawasan GCC setelah Saudi, UAE dan kemudiannyan Oman.

Inilah cerita sedih yang telah saya tukarkan menjadi exciting dan bersemangat. So korang semua…..stay driven OK!

Advertisements

KAWIN

Untuk yang ramai bertanya tentang SPB YDA Tuanku Sultan Muhammad V, tak larat nak jawab.

1. Saya bukan Dato Pengelola mahupun Bentara Dalam ataupun Setiausaha Sulit mahupun kerabat atau BFF atau paparazi atau stalker, so saya tak tau.

2. Wanita yang baru dinikahi setahu saya tidak boleh ditabalkan sebagai Raja Permaisuri kerana Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan hanya suri berketurunan Melayu dan beragama Islam sahaja boleh ditabalkan, mungkin juga perempuan Kelantan (kurang periksa). Kalau berdarah gehara akan dikenali Raja Perempuan. Kecuali kalau kena sidang DUN lah ubah lagi undang2 tubuh negeri.

3. Ni bukan bini pertama, dan bukan juga nombor 1 yang tu cek tau dan pasti.

4. Seb baik baru balik Russia hari tu, paling tidak adalah substance nak cerita huuuuuuu.

Sekian

CERDIK

My dad was right.

Ada orang cerdik dan talented, kecerdikannya bak kata boleh bawa rahmatan lilalamin. Semua orang dapat manfaat.

Ada orang cerdik dan talented, tapi cerdik untung kena kat dia sorang saja.

Jadi kita pilihlah nak jadi yang mana satu.

THOBE

Last night i attended a birthday party of a dear friend. The theme was pyjamas party.

Hence i decided to wear my ‘byjama thobe’ or simply we call it as jubah, the long Arab dress with short sleeve.

Within my family members we just simply call it thobe or tob or my mom sometimes will call it jubah tidoq.

When i arrived, one of the guest said, why are you wearing this? Why so alim today? This is pyjamas theme lah.

I pon jawab….

No dear, im wearing my pyjama lah! This is my daily baju tidoq. In fact this is Arabs baju tidoq. Only in Malaysia our King wears it for official function in public.

FOODMARKET Perlis

Teringat dua tahun dulu masa saya dalam proses nak buat kedai dekat Perlis. Saya ada jumpa tempat orang buang buang barang lama kayu kayu lama.

Partner saya macam tak setuju sebab saya nak pakai barang barang buruk ni untuk kedai.

Awak sure ka nak pakai kayu dan besi ni?

Awat….!

Nampak buruk sangat la, kotoq. Takdak ka yang elok sikit.

Saya jawab, you just need to trust me, i know what im doing. Saya tau partner saya tu tak boleh imagine apa akan jadi. Di pandangan mata dia hanyalah kayu kayu buruk dan besi buruk yang tak ada nilai.

Sayangnya projek tersebut bermasalah. Tukang tempatan waktu tu tak berapa ready dan hasilnya tidak seperti yang saya rancang. Walaupun saya dah bawa fine art team dari KL dan baiki apa yang patut dan kedai hampir 90% siap, saya tinggalkan kedai tersebut kerana kami tiada kesefahaman yang baik.

Semua yang vintage dah berubah kerana di varnish baru. Susunan kedai pon dah lain tak seperti perancangan asal…dah jadi versi kam kam.

Apa pun pengalaman buka kedai mengajar saya 1001 jenis pengajaran. Salah satunya adalah dalam proses design sentiasa jangan libatkan orang lain khususnya yang jenis tak ada ‘mata seni’ dan buta hati serta buta perut kerana mereka akan mengganggu proses kreativiti dan mengganggu hasilnya nanti.

Sebab tu lah Rizalman buat perangai kekwat, u nak i design u dok diam diam. Nanti bayar sudah 🤣

CUTI

Saya nak nasihat kawan kawan semua katakanlah Sabtu Ahad tu memamg dah cuti, tiba tiba Selasa tu pulak cuti jugak.

Instead of cuba cakap ‘berlapik’ kata anak sakit hari Isnin, mak sakit hari Isnin atau kita sendiri sakit hari Isnin, why not berterus terang tanya majikan kita, boleh tak saya nak cuti supaya saya ada cuti panjang dari Sabtu sampai Selasa, sekurang kurangnya saya dapat rehatkan badan dan rehatkan minda dan dapat pulang semula ke pejabat dengan lebih segar.

Seorang boss yang baik pastinya menghargai berterus terang daripada sebaliknya.

Kita kena ingat, tuhan ciptakan boss dan majikan semuanya ada sebab dan kelebihan yang diberikan. Tuhan tidak ciptakan boss itu sebagai tunggul kayu, pengalaman mematangkan segala galanya.

JENGKOL

Princess E marahkan bibiknya kerana disagat cendawan mahal yang dibawa pulang terlalu tebal. White truffle segar jarang jarang boleh didapati. Itupun hadiah dari Count de Paris yang hadiahkan dua hari lepas.

Suriati terkebil kebil kerana tidak faham, apalah enaknya cendawan itu sampai mahal betul harganya. Rasanya cendawan sisir di kampung lagi enak.

Suriatiiiiiiii panggil lagi Princess E tanyakan mana sambal jengkol kesukaannya tu. Mahu digaul bersama pasta biar fusian katanya.

Suriati terpaksa ke belakang kerana masih ingat arahan, budu, cincalok, belacan, petai semuanya harus disorok jauh jauh supaya tak kelihatan.

‘Kenapa kau sorok sambal Malay Cook ni?’ bising Princess E. ‘This one is different, even the Sultan of Brunei has it, even Mateen! Its Foodmarket from BSC for god sake.

credit inspirasi penceritaan Regina Ibrahim

SALES

Bekas Export Manager untuk sebuah syarikat minuman bertaraf MNC berpengkalan di Singapure pernah nasihat saya. Kalau nak hire orang buat sales tak perlu bagi probation lama lama sampai 6 bulan, sebulan hingga tiga bulan dah cukup.

Kalau memang dia pandai buat sales, walaupun bulan pertama tak capai sasaran, kita dapat nampak kenaikan graf jualan syarikat. Tiga bulan sudah cukup untuk lihat total performance.

Tapi kalau cakap saja pandai, atau over demand ataupun action saja lebih, tak payah tunggu tiga bulan, bulan pertama kita dah dapat lihat hasilnya dan boleh predict untuk apa akan jadi dalam masa tiga bulan.

Terms begini memang sesetengah orang fikir ia kejam, tapi sales adalah survival untuk setiap syarikat, tiada sales tiada pendapatan, macam mana nak bayar gaji. Syarikat perniagaan bukannya government atau mak bapak bela anak orang. Syarikat mesti hidup dulu baru orang lain boleh hidup kerana syarikat.

Nanti saya kongsikan lagi apa yang dia share dengan saya.