USAHAWAN

Tadi ada short discussion with my partner dari Jeddah, he was quite optimistic yang apa yang dirancangkan dan dibincangkan dengan beberapa usahawan ni insyallah boleh menjadi.

Dalam hubungan dengan usahawan IKS ni mungkin baru jadi perkara perkara details on the ground mungkin beliau terlepas pandang.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang 14 tahun saya berurusan dengan usahawan kita ni.

IKS ni ada beberapa kumpulan, satunya yang mempunyai pemikiran kehadapan, berani cuba idea idea baru dan tak takut. Duit tak ada pon dia akan cari jalan supaya boleh jadi. Dia nak pergi mana mana dan kalau ada peluang, sekiranya tak ada apa apa bantuan atau geran pon dia sanggup cari duit keluar duit poket sendiri dan buat. Kumpulan ni kadang kadang Mihas dan Halfest pon dia sanggup pakai duit sendiri kalau tak dapat yang murah atau free. Dia sanggup melabur walaupun ketika tu dia kekurangan kewangan.

Oleh kerana usahawan begini tak ramai saya boleh sebut dua tiga orang kawan yang saya kenal antaranya Princess Sue, Isa Johari, Khairil Khider. Satu lagi of course lah Husam Waksa Sdn. Bhd. tuan yang menulis cerita ni.

Kerana mereka bersikap beginilah banyak perkara yang agak mustahil mereka dapat capai walaupun dalam keadaan kesempitan kewangan dan kekurangan modal dan resources.

Ada kumpulan kedua, mereka ni teringin nak buat tapi masih conventional. Mereka tidak se’bold’ kumpulan pertama. Mereka terima idea baru, mereka mahu ke depan, tapi kerana kekurangan modal pergerakan mereka agak perlahan. Mereka masih mengharapakan bantuan bantuan kerajaan walaupun sebelum ni mereka dah terima. Kumpulan ni ramai. Cuma baiknya kumpulan ni mereka masih terima sekiranya ada idea idea baru, tetapi mereka tak adventerous dan kerana sikap tersebut semua yang diambil adalah jalan selamat. Selalunya masa bincang mungkin berkobar kobar tapi bila tiba waktu $$$ muncul banyak perbincangan awal akan tak jadi sebab tak ada duit. Daripada belanja RM2000 untuk iklan mereka fikirkan baik simpan duit ni sebab hujung bulan nak bayar gaji dan sewa pon masih struggle.

Ada kumpulan ketiga dan kumpulan ni juga ramai tapi kumpulan inilah sangat sukar untuk dibawa berbincang, mereka mahukan orang bekerja untuk mereka, mereka hanya mahukan payment saja, mereka tak tanya produk bagus atau tidak, mereka tak tanya macam mana nak naikkan jualan bersama kita, mereka mahu produk mereka kita masukkan dalam hypermarket tapi mereka tak pernah ambil peduli tentang kos listing fees dan lain lain. Kalau nak masuk exhibition mereka nak semua gomen tanggung, booth gomen bayar, kalau boleh semua benda perlu ditanggung oleh gomen.

‘Kak jom join Gulfood’ dia akan jawab ada geran ke? Kalau takde geran taknak lah.

Kumpulan ni akan tolak mentah mentah kalau tak ada benda orang bagi walaupun dia tahu ada potensi besar sedang menunggu. Mereka ni tak semestinya kompeni kecik, kompeni kumpulan mid tier pon ada dan saya dah hampir 9 tahun sudah berurusan dengan satu company mid tier ni. No incentive no marketing support no discount.

Mereka ni selalu bising kenapa sale sikit. Bila kita kata kalau nak bigger market dan brand appearence kita kena masuk modern trade, buat sikit promotion, kalau boleh ada dedicated merchandiser, dan nak masuk hypermarket ni kena invest lah sikit untuk listing. You boleh support ka?

Bila cakap mungkin manis semuanya bunyi, you buatlah dulu, i support belakang, bila time $$$ dah keluar time tu krik krik krik. Kita minta rebate krik krik krik. Yang derang tahu adalah chase payment saja. Paling dajal sekali kita yang penat penat explore and break the market tiba tiba ada orang lain janji nak bagi order besar immediately dia boleh buang kita begitu saja.

Kumpulan ni sangatlah ramai.

Dulu dulu di hypermarket berprestij di Jeddah saya listed 138 sku produk usahawan kita dari jenama Vias, Faiza, Masterchef, Jalen, Kipas Udang, Pawada, Adabi dan banyak lagi serta beberapa jenama MNC.

Kerana sikap dan layanan mereka kami stop terus dengan hypermarket di Saudi dan hanya fokus satu dua jenama saja yang mahu support kami betul betul.

Saya bukanlah orang yang berfikiran negatif, saya sentiasa berfikiran positif, optimistic, think ahead dan super dedicated. Tapi dalam banyak banyak perkara kerana pengalaman yang sangat luas dalam bidang ni, ada banyak perkara saya kena take one step behind disebabkan benda benda negatif yang telah lalui selama ni. Tapi kalau kata saya jenis orang berfikiran negatif tu agak tak tepat sebab kalau saya berfikiran negatif banyak benda yang dicapai hari ni tak akan ada.

Its just the experience that taught me well.

Advertisements

TIME

Ada la usahawan usahawan ni ‘mengacom’ mesej staff saya dia tak jawab jawab.

Saya pon tanyalah semalam kenapa saya selalu terima benda ni. We must fix this issue, tidak orang kata kita ni pon macam gomen ofis.

Dia pon bagitau usahawan ni suka mesej malam malam, kadang kadang dah waktu nak tidur dah pon.

Korang ni pooooon nasib baik mesej my staff paling teruk dia senyap saja, kalau mesej saya time tak kena mungkin dah kena sembor dah.

Jadi untuk selesaikan masalah ni saya suruh staff saya buat template ni. Orang mesej malam malam dan hari bercuti cut and paste balik jawapan ni.

“Terima kasih atas pertanyaan pihak tuan/puan, walaubagaimanapun mohon jasa baik untuk membuat sebarang urusan hanya ketika waktu rasmi pejabat iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja di hari bekerja. Sebarang pertanyaan diluar waktu tersebut akan diambil tindakan pada hari bekerja yang berikutnya. Terima kasih.”

MAK NYAH

I had a conversation today pasal designing a new product. Dia nak buat kuih pau yang akan co-brand dengan Kedai Asia untuk pasaran Saudi hypermarket.

Saya bagitau kita kalau nak design kena tau market mana yang kita nak masuk.

Kalau produk baru bila nak design kena jadi macam ‘mak nyah’!

Terkejut akak tu bila saya cakap macam tu walaupun dia cuba cuba kontrol macam relek jer.

Kumpulan trans ni dia bukan lelaki dan bukan juga wanita. Jadi untuk mengekalkan diri dalam kumpulan wanita mereka terpaksa berusaha lebih. Kena jaga penampilan, kena ambil makanan tambahan malah semua benda kena kontrol supaya mereka diterima masyarakat. Kontrol cakap, kontrol jalan, kontrol tangan dan macam macam lagi. Sentiasa berdandan dan cantik, kena pakai make up elok elok. Hasilnya mereka akan stand out dalam mana mana keadaan.

Produk baru kena jaga semua benda yang saya sebut tadi sebagai metafora dan yang paling penting kena stand out supaya dari jauh orang nampak dan terasa nak ambil. Bila dah ambil barulah dapat pergi kepada maklumat maklumat lain yang hendak kena sumbatkan kepada consumer, tapi yang paling sukar tadi adalah untuk pastikan dia nampak di rak dan rasa nak ambil.

Disitulah peranannya tadi kena jadi ‘mak nyah’ kena make up lebih macam show girl, kena pakai minyak wangi yang bau menusuk kalbu, kalau boleh seksi biarlah seksi lebih sikit. Lagi bagus kalau balik rumah tu masih teringat ingat. Itu perumpamaannya.

Sebab tu kalau saya nak design produk kampung, saya selalu go extra supaya orang bercakap dan teringat ingat. Kalau biasa saja macam mana nak lawan gergasi industri, kita sebesar kuman saja!

Kena jadi different…kena jadi ‘mak nyah’!

MIMPI

Semalam saya ada mimpi ombak besar ala ala tsunami, jadi saya pon berlindung dekat satu rimbunan pokok renek dan saya terselamat dari dihanyut ombak tu.

Saya malas nak cari ulasan tafsiran mimpi nih tapi saya nak cerita ending story nya sound so like me.

Saya terus bagitau orang ramai, kita kena tubuhkan persatuan dekat ROS Persatuan Pencinta dah Penanam Pokok dan kena tanam pokok dengan lebih banyak lagi.

SALAH

Tidak adil untuk terus membuat satu kesimpulan dan penjenamaan seseorang hanya kerana latar belakang negara asalnya.

Tapi sebenarnya kita masih tidak dapat lari daripada proses ini kerana kita sememangnya manusia.

Semalam saya ada tulis pasal sorang budak yang bapanya adalah orang Mesir dari Port Said, tapi kerana sombong dan berlagaknya budak tu saya telah jerumuskan persepsi orang dengan sesuatu tanggapan negatif kerana keturunannya.

Apa yang saya buat tu salah.

Ya, orang Saudi memamg memandang rendah dengan orang Mesir, kerana di Saudi yang suka menipu, yang membuat jenayah, yang kerja kasar dan kelas bawahan, orang yang suka kotorkan kawasan, pemandu yang teruk salah satunya dari Mesir. Hatta tangga gaji pon berbeza dan orang Mesir gajinya lebih rendah walaupun beliau adalah seorang Senior Engineer jika dibandingkan jawatan yang sama sekiranya dari Malaysia, USA dll.

Hinggakan wujud satu gelaran khas orang Mesir itu ‘harami’, mereka orang kuat menipu.

Jadi kerana kumpulan ini di Saudi orang Mesir itu di Saudi tidak dipandang tinggi.

Tapi segeram geram dan sesakit mana pun hati saya dengan orang Mesir kerana mereka pernah merompak saya di Alexandria, pernah menipu mencuri beg dan peralatan lain, pernah menipu dalam perniagaan, berhutang sehingga hari ini masih berbaki 6 angka dan banyak lagi perkara yang saya tak suka tentang Mesir, tapi saya ada raaaaaamai kawan kawan Mesir yang baik baik, seperti keluarga saya sendiri dan kami saling berhubungan sehingga ke hari ini. Saya sudah berulang alik ke Mesir lebih 50 kali.

Jadi apa yang saya nyatakan semalam adalah salah dan tak berasas, tapi fakta tersebut tetap wujud.

Samalah kita kalau nampak orang Nigeria kita terus fikir yang dia tu scam dan black money.

Back to the point, bapak orang apa pun dek ooooi, jangan lah belagak sangat. Tak salah being humble.

PACKAGING

Saya minta tolong anak menakan kesayangan yang sekarang ada di UK kalau jumpa supermarket tolong snap gambar produk produk atas rak sat.

Nah usahawan Melayu ooooooi.

Bila aku kata packaging hampa tak berapa menepati piawaian hampa kecik hati buat hati tisu kata aku ni mulut tak reti jaga senang senang kata packaging orang tak elok. Akak sukaaaa tau design ni, penat akak cari ilham masa semayang dhuha macam Prof Muhaya ajar tu.

Apooo lah! Nah tengok roti bodo penjajah macam mana depa present jual dekat customer. Akak tengok pulak balik packaging akak tu tahap kat mana.

MAKTAM BY JOYAH VEGAS

mak tam ni bercinta dgn pensyarah U kat sini .org mesir.bekenalan masa dia merempat tak berumah,tgh tunggu bus,mamat tu dudk tak jauh dari bus stand tempat mak tam ni tunggu selalu.
jv bagi pendapat yg tulus dari permerhatian jv,jv kata dia org ni biasanya pilih org dia jer,kalau pilih org lain pon mostly yg blond and blue eyes jer.kalau org yg tak der duit,tak berpelajran mcm kita ni dia org tak pandang.kalau dia nak kat awak pon sebab dia nak tanah 3 segi celah kaki ko jer.
jenuh dia pertahankan mamat tu,dia kata “mamat ni lain dari yg lain,dia bijak dan gaji besor,hari hari dia kata dia sayang aku,dia nak kawin dgn aku,dia rindu dgn anak anak aku.

jv kata ‘Yes,dia bijak dan gaji besor,but bukan untuk awak,berapa lama awak kenal dia?. berapa banyak dia dah belanja untuk awak dan anak anak awak? dia ada hanto mankanan tak untuk awak? dia ada pelawa awak dtg dudk dgn dia tak bila awak merempat? di mana dia di saat awak perlukan dia? kalau setakat cakap nak kawin tu ramai jantan bole cakap,tak perlu jantan betina pon bole cakap.talk is free,not just cheap.dia ada tanya apa apa tak pasal awak? mana awak tinggal,mcmana awak sekrg?mcmana layanan tuan rumah terhadap awak dan anak anak? kerja awakmcmana? these are the sign to know samada lelaki tu betul betul sayang kat kita.aku rasa dia nak kat awak sebab awak sorng jer yg bagi dia perkhidmatan cucuk tanam tanah 3 segi celah kaki percuma.sebab dia tau yg awk gila kat dia.dia org ni setahu aku kasor.rata rata yg aku kenal semua mcm tu,aku kureng sikit dgn perangai dia org ni.but mungkin dia ni lain dari yg lain.awak kena ingat hidup awak no longer tentang awak,its tentang anak anak awak ni.masa depan budak budak ni awak kena pikir,jgn pikir pasal awak jer

eloknya mak tam dia ,90% dia dengo kata,dia ikut nasihat jv,the very least dia cuba,kekadang dia terbawak perangai lama,but its normal,jv kata ‘Jgn bimbang,tak ramai yg boleh hidup cara aku ,anak anak aku pon tak sanggup hidup cara aku,ko kena cuba kuat kan hati,the very least mamat tu kena hormat dgn awak,cara dia layan dan cakap dgn awak penting ,kalau dia panggil awak dgn kasor dan perkataan yg tak sedap di dengor ,itu bukan sayang,itu penghinaan,awak kena tau beza,awak kena mula dgn hormat diri awak dulu.at least you fight for that respect and that dignity.

dia kata’ Mamat tu panggil dia bontot hitam, pempuan N,B,dan mcm mcm lagi,kita dengo pon kecut perut.jv kata’Hey,kalau aku jadi ko aku buang lama dah mamat ni,no way aku bagi org panggil aku dgn panggilan tu semua. then dia kata sejak kenal dia,mamat tu tak pernah belanja satu sen pon,dia called bila dia nak bercuck tanam celah kaki,sekali jer dia upah 20$ untuk duit teksi,tu pon kurang 5$. jv jerit kat dia’Baik jadi pelacur,lagi banyak awakdapat,sekurang kurang untuk sejam bole dapat 50$.

kalau itu jer asset yg ada yg awak nak guna,baik awak sewa kan betul betul,buat mcm airbnb,sewa by the minit,not by the size,awak ni kalah free delivery,free delivery pon dapat tips.! dia nangis,dia kata dia tak tau apa nak buat,dia sayang kat mamat ni,mamat ni sorng jer yg bijak yg dia kenal dalam hidup dia.selama dia lelaki yg dia kenal semua pemalas dan bodoh.so dia kagum bila tau apa mamat ni buat..jv tanya’And awak bagi tau dia kan? no wonder.

jv kata’untuk sementara,awak kena fokus kat diri dan anak anak awak.yg lain tak penting perkuat kan kewangan awak,simpan sebanyak bole,beli rumah untuk awak,bila awak dah berada tahap tu,ramai ler nanti lelaki yg bijak pandai minat kat awak kalau mamat tu tak bole bagi duit kat awak,sekurang kurang dia belajor hormat kat awak,tak perlu duit nak hormat kat org ni!

relationship starts with respect,then comes loves,it cant start will lust.simple..sejak dua minggu ni jv tgk kalau mamat tu talipon and text dia tak layan.kalau dia nak layan dia tgk jv dulu.then dia cansel.

BELETIAQ

My last beletiaq today untuk usahawan specifically yang jenis kena proses produk makan hari.

Contohnya Sambal Hitam yang masaknya sampai 12 jam.

Masak dendeng yang seharian nak buat. Serunding pon juga. Kuih bakul yang kukus saja 12 jam kemudian nak keringkan lagi makan hari. Agar agar kering pon berhari hari nak jemur. Belacan pon juga dan banyak lagi!

Kalau tahu produk kita jenis kategori begini lepas tu permintaan pula tak menang tangan, jangan la buat production bila orang order saja lepas tu kena tunggu.

Tak ke rugi kalau kita dapat jual sebulan hanya 1000 unit sedangkan permintaan sebenar adalah 5000 unit!

‘Alaaaaaah akak yang ada ni pon dah tak menang tangan dik oi! Cukuplah lagu ni…..’

Saya nak bagitau dekat Kak Timah, Kak Senah, Kak Nani, Kak Yam Bee semua…..orang Belanda yang pernah jajah kita tu nak buat cheese yang bagus dia kena peram sampai 2 tahun! Ya 2 tahun. Jadinya kalau dia buat teknik macam akak macam mana lah dia nak hidup.

Nak buat wine pon kena peram bertahun tahun baru jadi kualiti tinggi. Salami pon sama. Kicap cina yang mahal mahal tu pon kena peram lama. Beer dekat Batu 3 Shah Alam tu pun kena peram juga.

Persoalannya bagaimana produk mereka tu semua boleh dipasarkan dan ada seluruh dunia?

Bila orang order baru buat ka?

SEDIH

Saya agak sedih sikit bila ada kawan bagitau kalau orang cakap pasai saya, they never talk good about me especially dalam industri IKS makanan ni.

Of course saya sedih walaupun sebenarnya saya dah ‘mangli’ dah dengan benda ni. Kita sebagai manusia biasa memanglah nak disayangi, disukai dan dihargai.

Saya sebenarnya dah buat dan capai banyak benda dalam industri ni yang takdak sapa pun mampu buat. Kedai Asia dan Foodmarket adalah salah satu daripadanya. Cuba namakan siapa yang ada buat benda yang sama rakyat Malaysia macam saya dah buat, kalau ada saya teringin nak berkenalan dan nak buat kawan.

Im struggling in this industry just to achieve what i have achieved today, sorang sorang tanpa bantuan. People may claim this and that but truthfully saya struggle sorang sorang.

Nak kata gomen tolong, so far yang saya boleh sebut terang terangan Matrade saja yang tolong saya betul betul dan sungguh sungguh, they treated my like friends and they treated me sebagai orang cerdik bukan budak budak.

Do I have investors? hampir kesemua investor saya dulu dulu made me worked for them. Ada juga yang buat saya jadi babu dan balaci depa. Ada yang paksa supaya dapat pingat baru dia bagi duit nak invest. Saya struggle dan dipergunakan.

The only investers/partners yang saya rasa bersyukur dan OK is the current one, we respect each other and we support each other.

My experience taught be to be what I am today, vocal, cakap lepas, say my thoughts sebab dulu kena tekan teruk, kena buli, kena ambil kesempatan, orang perguna kita, janji kita macam macam. Sebab tu bila Azri mengamuk panggil Syed Sadiq babi saya tak terkejut pon. Sebab bila kita kena push push and push, kita akan jadi macam ni. We tend to forget what is actually ‘sweet talking’ sebabnya sweet talker tu orang yang berniat jahat dan tak ikhlas saja pandai.

Dalam industri ni of course takdak sapa pun pernah menghargai apa yang saya dah buat. Saya pon tak harapkan apa apa.

Life is like that, i just need to make sure that i stay driven, sebabnya bawah saya ada ramai keluarga yang bergantung dengan Husam Waksa.

Mungkin saya hanya perlu bergantung dengan diri sendiri dan harapkan keredhoan yang bakal saya perolehi dariNya.