SFDA

Orang lain sebuk nak raya saya pula sebuk nak daftarkan produk produk baru dekat kesihatan Saudi.
Saya tahu sekarang memang pak pak arab tu dah tak tengok pon any new registration…..tapi siap korang masuk pejabat nanti berjela jela ada and you better approve hahaha.
Hari ni saya dah daftar semua sku Tao Kae Noi dari Thailand which is im super excited for this product.
Kemudian saya sangkut kejap dekat produk dim sum. Alamak nak terjemah apa ni sebab dim sum mesti kena reject sebab bukan perkataan Arab.
Kalau nak lekat cake tak kena pula.
Kemudian saya baru teringat aunty saya selalu masak kuih orang Mekah ni which is similar to dim sum. Ada inti udang dan luar kulit popia dan di stim. Actually kuih ni adalah makanan orang Afghan yang kini menjadi sebahagian makanan tradisi orang orang Hijaz.
Nama dia mantou atau mantu. Nak tau rupanya cubalah google. Kalau ada rezeki ke Mekah jangan lupa cari kuih ni tau. Sedap!

TPPs DIARY

today i sent spicy kentucky fried chicken (dinner plate-3 pieces) …. a box per inmate … for Penor n Bentong prisons …. must take care of my weavers there … my jailhouserock production … they are masterweavers now …. producing the finest Tenun Pahang DiRaja ….

the way to a mans heart is thru the stomach n i must take care of my Men …

YEAY

Tao Kae Noi adalah snack kegemaran saya.

Tao Kae Noi juga adalah syarikat idola saya.

Pengasasnya Ittipat adalah seorang yang saya pandang tinggi dan sumber inspirasi saya.

Dan hari ni saya dapat ‘ Duit Raya’ kerana Tao Kae Noi bersetuju melantik kami sebagai wakil mereka di Arab Saudi. 

Yeay!

BETA

Teringat cerita lama.

Kebetulan saya di KL melayan kawan saya yang datang dari Penang.

Tiba tiba saya dapat call Tuanku titah mengadap di Hotel Hilton.

Jadi saya pun bagitaulah kawan kita singgah kejap dekat hotel ya ada hal sikit tanpa beritahu apa sebabnya.

Kemudian bila dah dekat baru saya bagitahu.

Risaulah kawan saya ni takut buat silap. Takut salah cara dan memang nampak muka dia berpeluh peluh macam nak kena sunat.

Untuk meredakan keadaan saya bagitahu jangan susah hati buat biasa saja. Bila jumpa tu first angkat sembah kemudian salam dan cium tangan.

Nak selamat duduk belakang sikit so tak kena cakap banyak. Kalau Tuanku kata apa apa angguk saja dan kata ko. Cakap macam biasa dan sebut diri patik.

Dah sampai tu saya pulak naik risau tengok gemuruh kawan saya tadi.

Lepas sembah salam semua…… Tuanku pun tanya… ‘kamu dari mana?’

Dengan confident kawan saya jawab ‘Beta dari Jelutong naik train tadi turun dekat stesen la tadi’.

Tuanku pon berseloroh ‘Patik pun baru sampai tadi dari airport’.

PELIKAT

Saya dulu dulu tak suka pakai kain pelikat. Saya sendiri tak pernah beli kain pelikat apatah lagi memakainya.

Bila masuk asrama mak selalu selitkan sehelai kain pelikat yang saya tak pernah pon pakai. Samalah masuk universiti pon saya tak pakai pon pelikat. Saya fobia pakai pelikat sebab sepanjang hidup di asrama banyak adegan adegan gerun disebabkan pelikat contohnya pelikat menutup kepala si pemakai bila tidur bukannya bahagian bawah.

Bila pakai masa tidur saya tak faham kenapa bahagian ikat gulung didepan akan kebelakang bila bangun nanti.

Walaupun saya tak suka pakai kain pelikat tapi saya tau saya sangat pandai ikat kain pelikat. Sekata saja bahagian bawah tersusun rapi dan tak pernah terjelir. Kalau tak percaya tengoklah macam mana saya ikat sampin. Kemas anak Melayu jati. 

Tetapi semenjak berjangkit penyakit tidak boleh dielakkan iaitu virus penuaan, saya suka pula pakai pelikat di rumah khususnya time semayang. 

Jadinya saya suka men’curi’ kain pelikat ayah saya. Rasanya dah 6 helai saya curi.

Hari ni saya sangat bertuah kerana dapat kain pelikat baru yang kainnya sangat lembut dan sejuk. Hadiah paling best sepanjang bulan puasa dan pastinya saya akan pakai lebih kerap nanti.

Junjung kasih Tuanku.

AIRPORT

Apa yang ada di KLIA2 adalah sangat baik iaitu dengan adanya Agro Bazaar bagi menjual produk IKS disana.

Pada pendapat saya penari penari kebudayaan disitu tidak perlu kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan nilai tambah tidaklah signifikan.

Apa yang lebih penting adalah perlunya diperbanyakkan lagi variasi produk dari seluruh Malaysia. Saya yakin Fama mempunyai akses yang luas dalam hal ini.

Produk agromas perlulah diberi wajah baru kerana produk mereka sedia ada sangatlah ketinggalan zaman, huduh dan amat buruk sekali. Banyak lagi produk produk di luar sana yang mempunyai packaging yang lebih menarik dan ‘up to date’.

Pada fikiran saya eloklah semua lapangan terbang negeri patut mempunyai kedai kedai seperti ini dengan menjual produk tempatan dan bersifat setempat dan produk ini boleh dijadikan cenderamata untuk semua traveller dan jet setter seperti saya.

Note : tengah cari budu kat airport nih.

LOL

Semalam melants durian berkodi kodi hari ni kunun lah nak bakar lemak.
Bila sampai part nak buat sit up crunches mak nenek semua terus batal…….
Sayang lah makan sedap sedap nak buang pulak. LOL

TIPS RAYA

Pesanan dari biduan Taj Firdaus renung renungkanlah
tips utk tetamu dtg beraya ke rumah saudara family dan sahabat
– sila kalau berjanji nak dtg, pls turn up
-jgn suka tanya bila nak buat open house, nak dtg ziarah sila datang jer… datang ngan ikhlas tak perlu nak jemput jemput
– kalau duduk umah org biar la sopan… jgn buat perangai babon
– kalau amik tisu tu jgn la anggap tisu tu dtg free dari daun2 pelam harum manis
– kalau makan di meja makan sila lah dgn hemah jgn la makan mcm jakun x cukup makan
– kalau cedok kuah atau tuang air sila lah perlahan lahan jgn sampai meningalkan titis2 noda
– kalau bawak anak2 kecil atau cucu sila awasi jgn sampai berlaku kemalangan.. tuan rumah x der amik insurans berkelompok
– kalau berbual jgn lah tanya soalan berupa sindiran atau mengaibkan tuan rumah… contoh soalan “emas zuhlian ker” “bag canel pasar malam ka”
– datang la beraya dgn baju dan bau yg indah2 jgn pula dtg mcm nak tidoq lam kelambu dan bau ashem2

DAKWAH

Dua hari lepas saya ada buat makan makan berbuka di rumah dan kawan saya ada bawa dua orang kawan lain seorang dari Filipina seorang Katolik dan seorang lagi dari Russia seorang Ortodox.

Kami berbual dan masuk bab anjing. Mereka kata di Morocco ada ramai kawan arab mereka membela anjing di rumah.

Jadi soalan mereka kenapa orang Malaysia tak suka anjing.

Nanti sambung lain sebab lenguh tangan nak taip.

PENUAAN

Tadi pergi hypermarket nak beli minyak masak.
Dah masuk dalam tu saya angkatlah sayur, buah, roti, ayam, santan, bawang besar, bawang putih, cili kering, jus minuman dua tiga botol.
Bayar dan terus balik rumah.
Dah sampai di rumah angkat kuali nak mula memasak…….mana pi minyak aku hah?