KARIPAP

Dear usahawan karipap
Ni caranya nak jual karipap yang orang akan teringat ingat dan jual mahal pon orang tak marah.
Karipap ni jangan jual dekat orang kampung sebab ini bukan pasaran awak. Karipap ni juga jangan jual dekat orang pendapatan rendah sebab bukan customer awak.
Tak ada siapa pun kaya atau miskin suka makan karipap yang rasa inti ubi saja dan tak ada siapa pon kaya atau misking kalau makan karipap ada daging banyak akan marah.
Saya pernah makan adik beradik karipap melayu di arab 100% inti daging dan sedap nak mampos.
Awak boleh juga letakkan separuh telur di dalam macam ikea bila gigit tu terasa kelainan.
Kalau letak cheese biar banyak sampai meleleh betul betul.
Kalau guna rempah biar terasa betul betul. Saya suka rempah daging Alagappas atau rempah timbang di Queens Street. 
Buat kelainan buat karipap daging tapi buat dalam bentuk fillet, atau ayam campur daging cincang macam mat saleh suka buat sosej bercampur. Karipap seafood tak pernah orang buat. Seribu satu jenis karipap awak boleh reka cipta. 
Saya pernah makan nano kuih di siam 6 biji harganya 300 bath. Mahal giler tapi saya tak komplen sebab sedap nak mampos. 
Packaging kena cantik, tapi jangan silap cara. Produk homemade kena nampak homemade jangan nampak produk kilang. 
Buat sesuatu yang berbeza, baru orang tak lupa kita dan produk kita.

Advertisements

KARIPAP

Dear usahawan karipap…
Ini posting finale saya lepas 3 post sebelum ni.
Bila nak buat karipap kena tahu pasaran mana yang awak nak masuk.
Kalau nak jual dekat orang berpendapatan rendah, tak perlu susah payah letak ayam daging semua. Cukup sekadar jual murag saja. Yang penting rupa karipap dan rasa karipap.
Kalau nak jual dekat orang berpendapatan RM2500 ke atas, karipap tu kena lah senonoh sikit  Biar cukup rasanya, kalau boleh inti tebal sikit dan kulit jangan tebal sangat nanti rasa tepung. Packaging kena la bagus sikit jangan pakai belasah saja. Sebab kumpulan menengah ni dah pandai rasa macam macam jenis produk. Kalau setakat biasa biasa saja orang beli sekali sajalah. Orang takkan mengidam produk kita dan tak akan repeat order berkali kali. 
Macam mana nak jual karipap mahal dan orang tetap juga nak beli pula?

FITRI IBRAHIM

Sajak Untuk Mak
Hujan rintik gerimis 

Turun di depan Makam Peleman 

Di bumi Jogja

Aku di bawah atap 

Berlindung dengan rasa resah
Mak

Malam ini aku spt biasa

Menghirup secangkir kopi

Dengan rasa ingin sempurnakan malam ku
Kopi pekat hitam itu mak

Tak mampu buat aku tenang

Dengan dada berdebar-debar 

Menunggu siksa

Dari kejamnya dunia
Mak 

Aku ingin jalani hidup dgn biasa

Tanpa perlu rasa berdosa 

Pada hari-hari semalam

Aku ingin menjadi spt ayah

Seorang lelaki pemberani

Yang bertarung dgn alun lautan 

Setiap hari
Mak

Hujan gerimis ini buat aku sejuk

Dengan kereta yg berpusu-pusu

Menurun dan mengangkut orang 

Buat aku jadi lebih serabut
Aku saat ini cuma ada satu hasrat

Berdoa agar mak ada disisi

Untuk aku jalani hidup ini

Atau sekurang-kurangnya doamu

Yang meniup ke ubun-ubunku

Agar aku jadi si tenang 

Dan ketika itu akan ku jerit sekuat tenaga

; datangkan aku masalah

Aku sedia memikulnya
Jogja 

November 17

POKOK

Saya bagitau dekat my ‘Iman’ tadi kenapa saya marah sangat bila tengok orang tebang pokok.
Sebab saya ikut ajaran Nabi.
Nabi masa berperang ranting pokok pon baginda tak bagi cantas apatah tebang pokok!
I always refer PA as Iman imitating the assistant by Vivvy her name is Iman. 

DESAINĀ 

Dekat sejam lebih saya membaca dan tengok tengok gambar pasal Muar. Sekarang dah pukul 2.25 pagi.
Saya dah muktamadkan apa saya nak buat untuk kerja CSR saya untuk design produk tradisi Mi Siput Muar. 
Konsep fun, warna warni tapi masih mengekalkan elemen haritage dan informatif.
Ini adalah produk pertama yang ambil masa paling lama untuk saya buat keputusan direction mana saya nak buat.
Tunggulah nanti bila siap.
Note: CSR bukan bermaksud percuma, tetapi harga bawah paras.

KAWIN

Saya bagitau kawan saya…awak tau tak yang sebenarnya saya ni orang selalu mengadu masalah rumah tangga dan relationship dekat saya.
Dalam banyak bab bab nilah paling tak releven untuk saya bagi pendapat atau beri nasihat sebab saya sendiri belum berkahwin dan goopren pon tarak.
Dia jawab balik sebenarnya saya salah. Disebabkan saya tak kahwin lagilah menyebabkan nasihat saya lebih neutral, realiti dan logik kerana orang kahwin dan bercinta dia jarang berfikir dengan akal fikiran.
Huuuurm betul jugak.
Moral of the story adalah saya single. Sekian.

UITM

Hari ni ada adik adik dari Uitm Pahang datang interview Foodmarket.
Bersemangat pakai baju tuck in seluaq slack dengan tie segala.
Last last tengok founder pakai T shirt Giordano dan seluaq Uniqlo.Kasut pon Pedro murah amat.
Mesti depa kiciwa sebab abang ni pakai macam nak pi markit.

INDIA

Saya dok geram dah 2 minggu orang wiring tak datang datang nak pasang lampu tambahan supaya terang sikit orang nampak pekasam telur ikan tenggiri tu. 
Last tadi kedai sebelah ada kontraktor india dok buat kerja wiring.
Jadi saya pun minta tolong dia.
Lepas settle semua saya tanya berapa upah. Dia jawab tak payahlah.
Saya terus masuk dalam kedai ambil sebotol bawang goreng termahal bagi dekat dia.
Terharu sungguh saya sebabnya ada lagi orang macam ni.

AMPU

Staff saya bagitau tadi ada orang datang buat service marketing.
Dia tanya kedai ni ada buat marketing tak. Derang boleh bagi service untuk promote kedai.
Saya tanya habis tu awak jawab apa.
Staff saya bagitau ‘rasanya buat masa ni tak perlu kot encik, lagipun boss saya artis’.
Kau giler ke apa jawab macam tu!

PENANG

To all orang Tanjong, orang Bagan dan orang Darat…..
Sebagai orang Penang, omputih sebut Penangeat. Sebutan dia bunyi pi neng ngeet.
Bukan Penangrian macam Johorian atau Penangnese macam Kelantanese atau Penangan macam Kedahan.