CERITA KEK

Baru-baru ini aku baru pulang ke Pulau Pinang. Pastinya perkara paling penting yang mesti masuk dalam program adalah program makan-makan.

Ramai yang tahu Pulau Pinang terkenal dengan nasi kandaq, pasemboq dan charkoey teaw yang sememangnya terbaik.

Tetapi ramai yang tidak tahu Pulau Pinang mempunyai banyak cafe, boutique restaurant dan fine dining yang saya berani katakan kebanyakannya lebih baik daripada di Kuala Lumpur. Lebih baik tu bukan hanya kerana rasanya…..tetapi ‘value for the money’. Harganya sangat murah untuk suasana dekor neo-kolonial dan rasanya yang sangat ‘flavorful’. Mungkin separuh dari harga di KL!

Kami ke Kaffa, cafe yang terletak berhadapan dengan Dewan Sri Pinang di Padang Kota. Green Hall nama tempat itu.

Perut memang tengah lapar. Mulanya nak order kek…..tapi bila tengok lamb shoulder terus rasa bernafsu.

“Eh hari tu aku ada bersembang dengan seorang kawan Cina” tiba-tiba kawan aku bersuara.

“Hah sembang apa?”

Katanya sekarang susah cari makan. Tak macam dulu-dulu.

Ada kaitan dengan ekonomi sekarang kah? Kek ekonomi makin mengecil? Sambil itu aku mengunyah-ngunyah daging kambing. Dalam fikiran aku melayang terbayangkan cheese cake akan jadi habuan sebagai pemanis mulut selepas ini.

Tak, ini yang menariknya. Kek ekonomi kita tak pernah mengecil…..malah makin membesar. Peluang makin banyak.

“Habis kenapa Cina tu merungut?” tanya aku.

Kata dia competition tak macam dulu lagi. Kalau dulu dia saja yang buat perniagaan tu. Sekarang dah banyak orang buat.

Sambung kawan aku lagi….contohnya kalau dulu printing kaum Cina saja yang mendominasi perniagaan ini, sekarang Melayu dan India pun dah pandai. Ini baru satu bidang…..belum sebut lagi bidang-bidang lain. Sebab itulah mereka merungut.

 

Misteri Buat Kerja Gomen

Aku sampai saja dari jauh kelihatan pengantin baru duduk sorang-sorang sambil membaca sesuatu dekat iphone beliau.

“Hah sorry aku lambat sikit, ada banyak kerja dekat pejabat” kata aku dekat pengantin baru ini.

Walaupun sudah dua tahun Zharif berkahwin, kali terakhir aku jumpa Zharif, dia masih lagi bujang. Jadi walaupun sudah dua tahun aku masih memanggil Zharif pengantin baru.

“Kita order dulu nah, lapaq ni”, kata Zharif pekat dalam Bahasa Utara. Kami sama-sama berasal dari Penang.

Selalunya Zharif akan tanya hang buat apa la ni. Soalan ini dah jadi macam soalan standard dan jawapan aku pun akan sama. Aku akan jawab yang aku ni buat benda yang samalah semenjak beberapa tahun yang lalu.

Jadi sebelum Zharif bertanya kali ini aku yang mulakan.

” Hang buat apa la ni?’

“Haaaaa…. ni yang aku nak jumpa hang ni. Aku la ni tak buat kontrak dah”. Zharif pun cepat-cepat mengambil satu fail dalam sampul putih yang ada disebelah beliau dan hulurkan kepada aku.

Mula aku risau juga hai dia ni dah jual MLM ka atau insuran.

“Aku la ni buat advertising”. Kata Zharif sambil tersenyum lebar.

“Jadi agen buat marketing ka atau hang own the billboard”. Tanya aku lagi sambil membelek-belek profil beliau. Banyak juga billboard yang ada dan kawasan-kawasan juga strategik.

“Aku own lah….tapi ada setengah kalau ada owner minta tolong cari client kita kira la macam mana”.

Aku tenung mata Zharif…..”Hang sungguh ni!”

Zharif angguk-angguk sambil tersenyum.

Aku terus ketawa berdekah-dekah dan Zharif pun turut ketawa hinggakan waiter disebelah memandang kami.

“La ni rasa macam mana? Fokus kan? Tak lagi dok garu kepala bila projek takdak. La ni buat kerja kita saja kan?”

“Takdak lagi dok buat kerja gila dok kipas dok jilat orang”

Kah kah kah kami ketawa lagi kuat.

“Yang teruk tu dok jilat orang dan orang tu kita benci nak mampos”

Kah kah kah……

“Betul Husam, la ni genuine. Kalau orang tu suka produk kita dia mau apa yang kita jual, dia beli. Aku tak payah nak pikiaq (fikir) nak bayar orang itu, nak bayar orang ini. Last-last tinggal kat aku ciput saja” sambung Zharif pula.

“Kalau aku tak ada client aku pi cari client. Tidak dulu merata orang la aku dok minta projek macam minta sedekah. Tak larat dah dok jilat orang Husam. Takdak dah nak  kena beli kayu golf ka bawak pi Danok ka. La ni otak clear…..aku fokus buat yang ni saja. Aku bagi harga bagus, client puas hati depa bayar…..settle”.

Aku angguk-angguk. “Kan aku dah kata dah kat hang dulu,toksah dok buat kerja gomen”.

Ha lamb ribs pon dah sampai. Kita makan dulu.