HELP

Sapa sini ada kenal lawyer bagus bagus yang power?

Saya dah tak tahan ingat nak saman jiran jiran saya.

Hari hari makcik depan tu masak laaaahai bau punya la sedap haram satu piring pon dia tak hulur.

Aci bawah rumah tu kalau dia tumis laaaaahai rasa sia sia hidup berjiran tak ada pon nak semawa semangkuk gulai dia.

BODO

Saya rasa kita kena berhenti menjadi paria diperbodohkan oleh mana mana pihak dalam bab perbandingan antara dua era hanya mengambil nilai angka membuta tuli macam babi hutan.

Contohnya perbezaan pendapatan negara dan hutang negara atau pembangunan negara dan kerosakan negara.

Samalah juga kita tak boleh bandingkan macam diri kita dahulu dan sekarang.

Contohnya ketika kecil kita berhutang RM2 dengan rakan dan hari ini kita berhutang pinjaman peribadi RM20,000 jadi tidak bermakna hari dulu lebih baik daripada pengurusan diri kita hari ini. Kita kena tengok dulu pendapatan kita mungkin hanya RM10 sebulan dari duit bapa kita bagi tetapi hari ini pendapatan kita adalah RM2800 sebulan. Jadi hutang hari ini adalah logik.

Kita juga tak boleh bandingkan yang dahulu kita mempunyai simpanan kurang dan hari ini mungkin kita mempunyai simpanan yang lebih dan menyalahkan terus cara yang lama sedangkan dahulu kita hanya student dan tiada gaji berlainan dengan hari ini.

Kita juga tak boleh juga membuat perangkaan membuta tuli tanpa mengambil kira faktor lain kerana dahulu aiskrim ikat hanya RM0.10 tetapi hari ni aiskrim sama yang dipanggil dengan nama baru aiskrim malaysia dekat Foodmarket jual RM1.80

Jangan benarkan diri kita diperbodohkan oleh mereka.

TRAP

You are having only products to sell or you are having a real business that can expand are two different things.

Banyak orang kita trapped dalam keadaan mempunyai produk yang mungkin bagus untuk dijual tapi bukan mempunyai business yang bagus.

Awak jual produk saja tapi awak tak boleh grow the business.

Awak demam, sales tarak. Awak pergi kenduri kawin produk tarak. Awak nak cuti kejap stok tarak.

While having a real business awak demam ka, awak bercuti ka, awak pergi kenduri kawin ka business tetap berjalan, bukan itu saja…..business juga boleh multiple , expand, ready to receive investment dan juga boleh dijual.

Do not let yourself trapped into this problem. Build your owm business!

ALIF SHUKRI

Kenapa saya berangan pasal ceritera Dato Seri Alif Shukri terlajak laris tu tadi?

Sebabnya dua hari lepas manager yang uruskan sambal terlajak sedap datang kedai. Baru tadi staff saya bagi tahu. Dia minta nombor saya tapi staff tak berani bagi lah.

Jadi tadi saya return call dia.

Ceritanya plan derang nak masuk Speedmart dan Petronas tapi katanya dia nak target lebih kepada golongan bawahan.

Jadi mungkin maksud dia sesuai sangat lah Foodmarkit kiterang ni!

Saya pon sambut baiklah usulan dia tu. Saya pon bagitahu selain kedai di Permaisuri ni kami juga bakal buka di Denai Alam tak lama lagi dan dalam proses lagi 5 cawangan yang dalam perbincangan.

Selain tu kami juga ada online http://www.foodmarket.com.my dan customer satu dunia boleh beli. Jadi isu logistic dan capaian tu kami dah boleh tolong selesaikan.

Kami juga ada kedai di Arab Saudi.

Saya kata saya akan boleh permudahkan segala urusan tetapi bersyarat, kita perlu ada kolaborasi untuk promosi berpanjangan. So nampak dia pon positif dan akan bawak kepada boss dia.

So semua oklah kot.

Cuma satu part jer mak tak puas hati youolsz…..kedai Foodmarket dia nampak bawahan noq! Separuh istana kat Malaysia kami supply tau. Uwaaaaaa mak terkesima kejap.

ALIF SHUKRI

Tadi saya berangan kegeraman sorang sorang.

Dato Seri Alif Shukri suruh saya design produk dia. Lepas siap design, tunjuk dekat dia dia pon terus pok pek pok pek cakap komen kenapa simple sangat lah, kenapa warna ni tak pakai warna tu, kenapa tak ada bling bling dan macam macam lagi.

Saya pon terus angkat tangan saya yang comel ni letak dekat muka dia seraya berkata….

Dato’ Seriiiiiii awak sekarang dah bergelar Dato Seriiiii rasanya inilah masanya awak kena beranjak ke tahap yang lebih tinggi. Rumah dah kalah rumah agam bracho, kereta dah boleh lawan kereta sotan, jadi sila tinggalkan taste fong fong macam pesaing awak yang gemok gedempon sorang lagi tu biar dia sorang saja meroyan bling bling macam Datin Shanghai.

Tinggalkan emas emas celop walaupun sebenarnya emas tulen. Tinggalkan baju branded awak tu walaupun sebenarnya mahal tapi orang tetap nampak macam hat siam. Sebabnya taste awak sekarang tu tak kena dengan taraf dan kemampuan kewangan.

Biar Dato Seri beli kain dekat Kamdar orang kata beli dekat Milan. Biar pasu beli dekat Ipoh orang kata beli dekat Itali bukan sebaliknya. Taste tu kena elevate sikit.

Last last saya kena maki dengan dia sebab dia jawab balik */$&/*@?$$,’ g kau apa tau.

SPM

Tahniah adik adik semua yang dapat result SPM hari ni.

Bagi yang dapat banyak A fikir betul betul dan dapatkan nasihat semua orang bidang jurusan mana yang nak pilih.

Bagi yang kurang pon jangan susah hati. Macam macam kita boleh buat.

Ini bukan zaman makcik bawang nak menantu engineer doktor lawyer atau DO gomen.

Tengok abam juai belacan pon ramai yang nak buat menantu. Abam je seru tak sampai lagi.

Ketoing.

SAMBAL BETTY’S

Saya dah lama cuba hubungi sambal jenama Betty’s baru tadi derang angkat telefon.

Saya introduce diri saya dan bagitahu saya dari Foodmarket. Saya bagitahu yang kami ada customer specifically datang cari sambal dia.

Kemudian saya bagitahu yang kami juga ada online, kalau dia letak sambal dia dekat tempat kami sambal dia boleh dibeli oleh customer seluruh Malaysia dengan mudah malah customer luar negara.

Saya bagi tahu kami ada customer dari Brunei, Singapore, UK, USA dan merata lagi.

Tiba tiba dia jawab sambal kami tak boleh pos. Sebab sambal kami tak tahan lama.

Saya tanya dia sambal awak tu tahan berapa hari?

Dia jawab 5 hari saja….

Jadi saya tanya awak masak sambal lepas tu terus masuk dalam botol macam tu saja kah?

Dia jawab ak ah (ya).

Saya pon kata awak tak boleh buat macam tu, first awak kena rebus botol tu dan saya explain panjang lebar macam mana nak buat DIY pasteurization process. At least sambal awak akan tahan 3 bulan.

Dia senyaaaaaaap saja. Hello… Hello…

Ya.

So macam mana?

Tiba tiba lepas senyap dia jawab. Tapi awak tak boleh cakap macam tu.

Saya tak faham….

Yer lah awak tak boleh cakap macam tu kat orang tiba tiba jer.

Oh saya nak cakap macam mana lagi. Saya memang cakap straight forward dan takdak bunga bunga. Saya minta maaf kalau saya ada cakap apa yang salah.

Nota : Sampai sekarang saya tak faham apa pun. Apa salah saya. Saya tak marah dia, saya tak mencarut, saya tak hina dia. Saya offer dia letak dekat kedai saya dan invite dia personally siap bagi ilmu free lagi. Selalunya yang buat kerja ni team saya. Saya jarang call orang directly dan bagi my personal number. Nak cakap macam mana lagi awak? Kang cakap manis manis hands on kerja tolong ajar satu satu kang awak tangkap muat sweet pulak dengan saya. Bukan tak pernah berlaku dalam hidup saya…..hadoi lah macam macam jenis manusia and im just a normal human being and still learning.

TOYA

Tadi masa nak masuk BSC parking lot ada orang nampak saya nak masuk dia tekan minyak nak lepasi saya dulu.

Saya pon brake lah kereta sambil memaki hamun barua siyeeee toya pak hang.

Sepatutnya biar saja dia langgar kereta saya. Insurance cover paling teruk kalau nak tukar bumber pakai duit sendiri dalam seribu lebih saja.

Kalau setakat calar saya dah tak heran pon kereta saya dah memang buruk dah berumur 14 tahun.

Kereta awak yang harga sejuta lebih tayar sebijik dah 4 ribu tu kalau lampu depan pecah awak tak menangis pon at least awak merungut jugaklah nak swipe credit card.

Again…..saya ulangi….barua siyeeee toya pak hang toya mat amin.

Nota : maaf tak ada terjemahan bahasa KL untuk makian tadi