MAKKAH AL MUKARROMAH

Tadi tengok instagram kawan kawan, pastu tengok pulak sepupu…

Rindunya dekat Mekah….

Kalau time time macam ni mesti tengah lepak dengan kawan kawan, sambil minum teh hampar tikar duduk tepi jalan atas bukit.

Nanti ada geng yang bawakkan mantou, ayam al baik dan ada bawa halawiyat. Ada juga yang hantu isap argila tak pun shisha. Kat Mekah jarang jumpa orang isap rokok.

Selalunya sembang kosong merapu saja. Nanti meleret tunggu sampai subuh lepas tu solat ramai ramai dekat tepi bukit tu lah jugak. Then baru lah ramai ramai nak balik.

Selalunya balik rumah, tapi kadang kadang saya lepak rumah kawan kawan especially kalau weekend sebab esoknya nak pergi laut pinggir Makkah pula sebab nak tangkap ketam.

Kalau balik saja rumah, Ummi tak tanya apa selalu dia tanya depa jamu apa tadi. Kalau saya jawab benda biasa nanti dia sendiri akan marah dan kata esok hang habaq awai Ummi Mak Njang buat karipap dengan sambosa hat jawi bawak makan sekali. Aunty saya sangat sporting.

Sambil tu dia buat shakshouka bubuh bawang banyak banyak….lepas tu tarok minyak sapi. Haaa la hang macam Baba hang suka makan lagu ni. Abla Mouna hang dia tak lalu dia mau teloq keghaih marra.

Dah cerah sikit saya pon naik ataih tidok sampailah zohor.

I miss Makkah wallah.

CLEAR – Vol 1

Dalam hidup, orang berjaya selalunya kena ada clear mind.

Benda ni selalunya bermula dengan benda benda kecil. Contohnya nak makan apa.

Orang berjaya nak makan pon dia boleh decide begitu saja dengan buat keputusan pantas and go for it. Second thoughts would be too rare occassion unless ada perkara extraordinary.

Nak makan dimana juga mudah. Mungkin kadang kadang dia terpaksa fikir dulu nak makan di mana kerana dia nak pastikan apa yang bakal dimakan itu baik, sedap dan tidak mengecewakan tapi selalunya orang begini dia ada clear mind.

Sesetengah orang nak makan apa pon dia tak boleh buat keputusan dengan pantas dan tepat dan boleh contemplating dengan keputusan diri sendiri. Benda mudah dijadikan rumit. Most of the time dia hanya bergantung dan biarkan orang lain buat keputusan untuk dia.

Tapi jangan pula masa makan bila dah habis kenyang ubah fikiran dan tiba tiba hendak caj peniaga kerana telah menumpangkan perutnya dan ingin mengenakan sewa. Itu beruk makye namanya 😂

MEMORI

Sampai sekarang saya terngiang ngiang suara Lim Guan Eng yang akan sebut Ringgit bunyinya ‘Ree Nget’.

Setiap tahun perutusan dan ucap tahniah kepada Yang DiPertua Negeri dia mesti akan sebut berapa banyak perbelanjaan Kerajaan Negeri, berapa banyak investment masuk, berapa banyak bajet untuk whoo faaaz (huffaz), asnaf dan sebagainya.

Setiap kali dia sebut ree nget saya akan senyum sorang sorang, kalau ada cousins masa isitiadat kami akan giggle rasa nak gelak.

Rasa macam nak pi kat dia nak bagi special class YB sebutannya Ringgit Ringgit Ringgit!

Saya pon dah pandai mengajuk ayat ayat perutusan dan kawan kawan pon terhibur bila saya buat.

Itulau memori yang saya ingat pasal LGE.

SIVAGANGGA

Saya ada terbaca posting berbunyi, “Dia juga perlu cari makan”.

Saya dalam menghormati si penulis tetapi tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Kalau kawan kawan ingat, sebelum PKP saya ada di Bangkok bekerja cum bercuti. Saya diarahkan balik segera oleh family saya beberapa hari sebelum PKP. Kami dah tahu PKP akan diisytiharkan lebih awal.

Bila saya balik undang undang PKP dan kuarentin belum dikuat kuasakan. Tetapi saya sendiri mengambil inisiatif kuarentin diri saya tak jumpa sesiapa mahupun keluar rumah selama dua minggu. Orang Grab pon saya tak nak bertemu suruh letak depan pintu rumah saja supaya tiada contact.

Saya ada pejabat, ada kedai dan ada ramai anak buah bawah tanggung jawab saya. Saya hanya manage semua ni melalui telefon, wasap, video call.

Saya juga serta merta arahkan kedai tiada walk in, tutup shutter separuh dan hanya terima order wasap sebelum online dilancarkan beberapa hari selepas tu.

Ketika tu juga kami ada kontena barang pesanan hypermarket, kontena Kedai Asia dan kontena Haji yang perlu di hantar ke Arab Saudi. Hanya 2 orang staff saya benarkan bekerja di gudang dan saya wajibkan mereka duduk jauh jauh. Semuanya saya manage dari bilik kecil di rumah saya.

Ya kami kena cari makan dan terus mencari rezeki, tapi saya telah buat semua tindakan pantas dan drastik tanpa arahan sesiapa atau kerana penguatkuasaan undang undang.

Saya cari makan. Tapi saya juga seorang rakyat yang bertanggung jawab untuk masyarakat dan negara saya.

Sivagangga patut kena seperti tindakan undang undang di Arab Saudi, penyebab kluster baru dan melanggari SOP boleh dihukum penjara dan denda yang berat.

CUSTOMER SERVICE

Ada customer dm dekat page kami tanya nak harga bawang goreng.

Saya pon risau ni customer baru ka atau memang dah kenal. Sebab kalau customer baru mesti dia akan terkejut bila dengar harga bawang kenapa mahal sangat.

Bila saya bagitahu, dia cakap ok dia nak 24 botol boleh reserve ke.

Bila dia jawab begitu the first thing saya buat adalah saya tanya, ‘Minta maaf, saya nak panggil apa ya’.

Dia jawab panggil akak jer.

Saya tak panggil dia akak, saya panggil dia madam dan maklumkan kalau nak ready stock next week baru ada di kedai, ataupun boleh pre order secara online dekat http://www.foodmarket.com.my

Dekat Bens atau VG saya tak pasti ada lagi stok atau tak nanti saya check. Dia cakap takpa dia buat online pre order.

Lepas tu saya terus buat homework, tengok mutual friend dia sapa dan sapa mutual friend dengan account peribadi saya. Ya dia bukan ‘akak’ dan panggilan madam adalah paling selamat.

Sebab tu lah homework sangat penting. Jangan semborono.