KISWAH

Kiswah atau kelambu Kaabah ditukar setiap tahun dan tidak dipakai ulang.

Kiswah akan diangkat separuh seperti berihram dan menampakkan kain putih lapik disebelah dalam tanda bermulanya musim haji.

Kiswah akan digantikan dengan yang baru tandanya sudah tamat musim haji dan akan bermulalah tahun baru.

Kiswah yang lalu akan disimpan dan sebahagiannya dijadikan sebagai hadiah oleh ketua kerajaan dan kaum kerabat Diraja al Saud kepada ketua kerajaan Islam yang lain dan tetamu tetamu mereka terpilih.

Kiswah berbau sangat wangi adalah kerana sentiasa ditabur wangian misk. Bukan kerana kemistikan Kaabah atau mukjizat.

Kita dilarang mencium atau mendewa dewakan kiswah serta menganggap kiswah mempunyai sebarang kuasa istimewa kerana ia dianggap perbuatan syirik lagi mensyirikkan.

Kita juga dilarang meruntun dan menangis nangis di kiswah dan kaabah sepertimana yang sering dilakukan oleh pengikut syiah dan syiah dari India kerana ia adalah perbuatan yang mensyirikkan serta menyerupai amalan Yahudi dan Hindu.

Saya ada cebisan kiswah berukuran setengah meter dalam simpanan hadiah dari seseorang yang sangat istimewa di Riyadh. Begitu juga beberapa ahli keluarga saya masing masing hadiah daripada keluarga yang sama.

Tetapi orang pertama yang menerima hadiah kiswah lengkap di negara kita adalah Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan kini disimpan di Istana Arau.

SELOKA OKTOBER

Hati senang tidak terkata
Hendak pulang ke kampung tercinta
Mengadap semua berkongsi cerita
Tanda lama tidak bersua kata

Kampung disinun di tengah tanjong
Tempat dikenang lagi disanjong
Tempat semua ingin berkunjung
Tempat jatuh kasih dijunjung

Janji sudah ingat bertanda
Nanti duduk dihujung beranda
Secangkir kopi tua teman bersenda
Ngadap yang sayang pastinya Nda

Sudah disembah dihujung negri
Sembah disambut suka terperi
Titah mengadap Raja dan suri
Mungkin seloka mungkin bertari

Sudah maklum bukannya diam
Kalau disinun jangan dok peram
Selangkah atas naik ke Siam
Kap kap nooong nyam nyam nyam

BAHASA TANJONG

Bak kata kawan aku…..

Firasat and firashat adalah dua perkataan yang bunyi dekat dekat tapi maknanya berbeza.

Contoh ayat…..

‘Yang DiPertuan Negeri telah bertanya kepada memanda menterinya…wahai Lim apakah firasat kamu dalam perihal ini?’

Belum sempat Ketua Menteri itu menjawab maka menteri agama nikah kahwin terus menyampuk…..

‘Ampun patik….depa semua ni tak boleh pakaiiii. Oghang UMNo no no no….semua perangai macam pirashaaaat. Pas pon 2 kali lima sama naik. 😂😂😂

KELETA WA

Tengok lu punya enjin sula nampak balu……

Terus secara spontan aku cakap ‘waaa boleh pakai lagi 10 tahun, tak payah beli kereta baru!’.

Cina tadi ketawa kuat gila bila saya cakap macam tu.

Ayat penutup yang kalau gomen dengar mesti terkedu……

‘Wa po tamau tuka keleta. Tunggu itu gavemen tukar…..ekonomi sula naik balik ok semua balu tukar punya’.

TAKUT

Saya dulu dulu cukup takut nak hire staff yang bagus bagus.

Bukan saya tak ada staff, tapi masa tu staff yang saya ada adalah standard yang biasa biasa. Staff general worker atau kerja buruh atau part timer.

Saya tak berani nak hire seseorang untuk ambil tempat saya.

Satunya kerana saya tak suka orang ganti tempat saya. Saya rasa hanya saya seorang saja yang pandai buat kerja tu. Saya tak percaya sesiapa pun yang mampu lakukan kerja yang saya buat.

Keduanya saya takut saya tak mampu untuk bayar gaji orang.

Tetapi sebenarnya sekiranya kita kekalkan perasaan takut itu, syarikat dan perniagaan kita tak boleh berkembang. Dari dulu sampai sekarang dia akan ditahap tuuuuu saja.

Kita tak boleh berehat, orang kenduri orang mati orang sakit pon kita tak boleh pergi. Kalau kita pergi, perniagaan akan tergendala.

Bayangkan pula kalau kita sakit…..lama pulak tu makan seminggu dua. Perniagaan kita juga tergendala lama malah lebih teruk lagi perbelanjaan kita juga akan terjejas dan berkurangan bulan tersebut kerana kita sudah lama tidak bekerja. Inilah bak kata orang sudah jatuh ditimpa tangga.

Jadi kita perlu ambil orang bekerja. Kalau boleh ambil yang lebih pandai daripada kita.

Memang dalam proses mengambil pekerja pelbagai proses akan berlaku tetapi kita perlu optimis. Kalau dah jumpa yang bagus, jaga elok elok.

Selamat maju jaya boss boss sedunia semua.

TIPS DATO GOH

Saya tanya sorang anak muda yang baru mula berniaga. Selain dari sambal hitam apa lagi produk yang ada?

Jawab dia…..kami hanya fokus  satu produk ni saja.

Honey……. (hahahha dengan gaya mat saleh)

Dato Goh…. taikun udang pernah kongsi pengalaman dia dengan saya.

Kalau nak stay long dalam industri ni dan berkembang cepat, kita tak boleh ada satu produk sahaja.

Kenapa?

Sebabnya bayangkan kalau kita ada satu produk sahaja atau dalam bahasa industri dia panggil satu sku…..

Katakan nilai satu karton dalam 100 Ringgit. Paling tidak pon order pertama pengedar atau pelanggan kita hanyalah 1 karton sahaja. Kos nak menghantar dengan nilai 100 Ringgit akan jadi kurang berbaloi.

Berapa sku yang perlu kita ada?

Jawab beliau, paling kurang 30 sku. Jadinya paling tidak satu satu destinasi kalau ordernya hanya 1 karton sahaja, nilai invoice kita adalah RM3000 bukan seratus saja macam awal. Kos delivery tetap sama, kos tol juga tetap sama tapi nilai invoice dan keuntungan berbeza.

Tapi jawab beliau….. you young man you start with 10 first laaa. Later you increase slowly.

You can have hundred sku but people must remember you because of one thing.

TAKPELAH

Semalam saya jumpa seorang budak baru lepasan ijazah cuba cuba berniaga.

Saya beli kesemua stok sambal yang dia ada jumlahnya hampir 500 ringgit dan saya akan jualkan nanti di charity project di Great Eastern Mall esok.

Saya tahu dia bersemangat. Tapi saya juga tahu dia ada banyak masalah. Dia juga tiada keyakinan diri, perlukan kewangan tambahan untuk modal dan banyak lagi. Dari lenggok bahasa dan cara pengurusan beliau saya sudah faham.

Saya memang chair sebuah organisasi yang membantu kumpulan begini. Organisasi ini terdiri daripada beberapa orang rakan karib yang mempunyai minat yang sama…….buat kerja FREE.

Saya offer beliau untuk bantu.

Saya rasa saya boleh bantu beliau baiki dari segi pengurusan metode teknologi makanan beliau, saya boleh kenalkan agensi mikro kredit yang saya kenal pengerusinya, saya boleh bantu buat label melethop kebabom cun melecun internasioooonal antarabangsa gaya gaya harrods sampai menteri mana pon tengok akan kagum sampai herot muka dia.

Saya boleh jadikan sambal beliau makanan high society yang harganya murah boleh dijual mahal dan keuntungan dapat dilipat gandakan.

Tahu apa jawapan beliau?

Takpelah……. terima kasih…… partner saya tak setuju dan kami tak bersedia lagi.

First time jumpa orang macam ni. Partner jenis apakah dia ada ni.

Tahukah anda?

1. Saya boleh sampai ke tahap hari ini kerana saya dahulu membenarkan ramai orang membantu saya. Dibantu bukan tandanya lemah.

2. Saya amat pakar dalam hal pecah dan perintah (divide and rule).

JEREBU

Malaysia ayat gomen suka berlapik lapik sampai kadang kadang maksud tak sampai.

Zaman sekarang manusia banyak makan maggi, kalau ayat terlalu bersyahdu orang susah nak faham.

Shah Alam adalah antara kawasan yang diisytiharkan tahap udara kurang menyihatkan aka paling teruk dan tak selamat untuk dihirup udaranya.

Tadi saya nampak dua orang abam sado jogging berpeluh peluh sampai basah lecun dekat tepi jalan yang banyak pulak kereta. Mana tak lecun, jerebu pekat dan udara pon panas.

Selamber badak je dia jogging walaupun dah diisytiharkan udara kurang sihat.

Lain kali……gomen kena tukar cara.

Cuba tulis ‘kualiti udara kini boleh menjadikan anda pondan dan mati pucuk’

TIPS MEMINANG

TIPS OF THE DAY

Untuk yang bakal berkahwin bolehlah menggunakan tips uncle sam hari ni. Ketika meminang janganlah dibawa sebentuk cincin dan pelbagai hiasan hantaran, tetapi gantikanlah dengan aturan ini demi kebahagiaan rumah tangga dimasa akan datang:

1. Pembesar kanta untuk melihat kebersihan tandas rumah mereka. Kalau bersih tandas mereka maknanya mereka adalah dari golongan yang pengemas dan pembersih.

2. Selonggok baju dan minta anak dara yang dipinang untuk melipat. Kalau fail tanya diri anda mampukah untuk menggajikan seorang bibik atau pilihan kedua anda hidup dalam keadaan timbunan baju tak berlipat.

3. Bawak seulas bawang, 2 biji telur dan cili suruh anak dara gorengkan telur dadar dan telur mata. Kalau fail maknanya tanyalah diri anda mampukah anda makan hari hari sampai mati di restoren luar.

4. Senaskah quran dan suruh dia baca. Kalau fail tanya diri anda sanggupkah anda menggajikan tukang ajar quran untuk ajar anak anak anda dan kumpulan huffaz untuk sedekahkan ayat quran setelah anda mati nanti.

5. Test dia samada dia nak kahwin dengan anda sahaja atau seluruh keluarga anda.

Selamat mencoba 😂😂😂😂😂😂