WARNA

Di dalam peradaban manusia, warna memainkan banyak peranan.
Apabila complicated atau rumitnya sesuatu adat dan peradaban bangsa ia tanda bangsa tersebut sudah wujud lama dan maju.

Contohnya Cina, warna merah dan hitam memainkan peranan yang penting. Warna merah tidak akan dipakai sekiranya berlaku kematian tanda sedih dan berkabung. Tetapi sekiranya si mati itu berumur melebihi 100 tahun, warna merah pula dipakai kerana tanda meraikan umur si mati yang panjang. Merah sangat penting di dalam budaya masyarakat Cina.

Dalam masyarakat Melayu pula, warna kuning hanya dikhaskan kepada pemerintah tertinggi iaitu Sultan, Raja atau Yang DiPertuan Negeri diikuti tona warna kuning yang berlainan untuk Permaisuri, Yang DiPertua Negeri dan kerabat bergelar yang lain. Tidak kurang juga peranan warna ungu, hijau dan biru firus. Semua warna ini memberi makna darjat, kedudukan serta keadaan. Hitam dan putih juga memainkan peranan besar di dalam kehidupan peradaban Melayu.

Masyarakat Eropah sangat menyukai warna pastel, tetapi warna hitam diasimilasikan tanda berkabung walaupun Little Black Dress atau secara ringkasnya disebut LBD sudah menjadi ikon dunia fesyen. Warna royal blue dan ungu pula khusus tanda kekuasaan dan sering digunakan untuk kerabat diraja di Eropah.

Manakala jika diteliti pula dari bangsa Arab dari negara Teluk contohnya Arab Saudi, Qatar, Bahrain warna langsung tidak memberi apa apa makna kepada mereka dan mereka memilih apa sahaja warna untuk dipakai tanpa memberi makna tertentu. Ini sebahagian daripada tanda Kerajaan Arab dari Negara Teluk sangatlah muda dan peradaban mereka masih baru. Tetapi berlainan pula dengan bangsa asal seperti orang Hijaz di Mekah dan Jeddah yang amat sukakan warna kuning dan hijau tanda kewujudan mereka yang sangat lama.

SPB Yang Dipertuan Agong, SPB Raja Permaisuri Agong, KDYMM Sultan Selangor dan Ahli Majlis Perajaan DiRaja Selangor

TERKEDU

Hari ni ada terbaca penulisan di wall sahabat saya di FB namanya abang Saiful Bahari Baharom. Kisahnya berbunyi bergini….

TERKEDU

Masa saya menjalankan trainee programme di CIMB dalam tahun 1991 dulu, saya di rotate-kan ke setiap department.

Satu minggu itu saya di tugaskan ke jabatan administration/back office.

Tugas saya pada hari itu adalah untuk memasukkan kertas apa-apa entah yang bertimbun-timbun ke dalam fail yang bertimbun-timbun.

Pada hari itu juga, saya terpaksa berkejar untuk membayar bil takut api letrik di potong.

Sambil buat kerja dengan deras, saya complain, “Eeeehh, seksanya hidup.”

Seorang despatch boy dengan suara dan nada yang baik dan tenang berkata, “Encik Saiful, Encik Saiful saya rasa tak tahu macam mana hidup seksa.”

Saya tersenyap dan sampai sekarang saya ingat dan pegang akan kata-kata mamat despatch boy tu.

Thank you for the lesson of life, for life.

Dari cerita di wall beliau saya teringat cerita saya bila dapat keputusan ujian B, keluarga saya marahkan saya kerana dapat B dalam ujian. Jadi saya pun merungut yang kawan saya mak dia tak marah pun kerana dapat C. Lalu kakak saya mencelah, “Kalau asyik fikir macam tu sampai bila pun tak akan dapat A”.

Sampai sekarang saya ingat kata-kata kakak saya semasa saya masih di sekolah dulu…..kakak saya selalu marahkan kerana saya suka membandingkan dengan yang lebih teruk dari saya apabila mendapat markah yang teruk.

Bila rasa bagus dia selalu ingatkan yang selalunya akan ada lebih bagus dari kita. Bila kita rasa kita susah dan teruk sangat, sebenarnya ada ramai lagi yang lebih susah dari kita. Dengan cara itu kita akan sentiasa untuk perbaiki apa yang kita ada dan masa yang sama kita akan sentiasa bersyukur atas apa yang kita perolehi. Hidup akan sentiasa aman.

MELAYU CINA

Melayu hasad. Eh tak juga……saya pernah berniaga yang jiran saya semuanya cina di Nagore Road. Ada kedai kopitiam, ada kedai steam boat, ada nasi ayam fatty loh, ada kedai jepun, ada kedai jual roti. Sekali pandang nampak aman damai saja. Oh I tell you they gossip every day. Siap hantar hantu kata orang sebelah. I had my peace sebab aku sorang saja Melayu kat situ.

Cina suka tipu. Eh tak juga, Melayu pun ada yang tipu banyak. Yang rajin tipu aku dan banyak mungkir janji kawan-kawan Melayu lah. Kawan kawan Cina akulah yang banyak membantu aku hingga tahap hari ini. Nak harapkan kawan Melayu…..bukan tak ada tapi masalahnya supplier yang besar-besar semuanya Cina. Kalau mereka tak berminat nak tolong aku tak dapatlah aku term yang bagus dan mereka tak mungkin bagi dekat aku harga yang bagus. Kawan-kawan Cinalah yang banyak buka network kepada industri perniagaan yang aku jalankan. Jadi kalau betullah Cina hati busuk dan suka tipu dah lama jugaklah business aku lingkup.

Melayu pemalas. Eh tak juga. Sekarang orang orang tua Cina dah mula gusar yang anak cucu mereka malas bekerja dan asyik enjoy saja. Mak bapak kerja penat-penat hantar anak-anak belajar ingat nak belajar betul-betul kemudian bantu keluarga, tapi mengaji tak kemana, enjoy saja lebih. Orang Cina pon sudah mula susah hati yang anak-anak muda mereka pemalas. Malas bekerja dan nak hidup senang saja.

Jadi kita tiada yang bezanya, Melayu ka Cina ka sama sahaja. Yang membezakan kita adalah kualiti dan pegangan moral individu. Kita ada Melayu yang hasad kita juga ada Cina yang pendengki, Melayu ada yang malas ada juga Cina yang malas, kita ada Cina rajin kita juga ada Melayu yang rajin….dan banyak lagilah kalau hendak dihuraikan. Apa yang penting?

Apa yang kita nak jadi adalah pilihan kita sendiri.