DOHA

Tadi sampai nampak macam beg atas conveyer bag. Tapi peliknya ada tag tulis ‘Rush Bag’.

Saya pun belek belek cari tag bag tak jumpa. Tengok lock kunci dia tercabut. Hampeh betol.

Belum apa apa ada security sampai tanya is this your bag. Are you sure its your bag.

Mestilah kita kenal beg kita.

Dia tak bagi saya ambil dan suruh pergi security. Saya pun ikut lah.

Sebelum buka dia tanya ada apa dalam beg. Saya pun bagi tau ada kicap kipas udang, sardine ayam brand, maggi kari, twisties dan baju baju.

Dia tak faham.

Then saya kata ‘ah i remember……. i have pink boxer’.

Dia korek korek…. this one? 

Yes! Its my bag!

KAWAN

Dua hari saya bersama seorang kawan yang muwalid Saudi tapi warganegara Syria.

Ayahnya baru meninggal 2 minggu lepas setelah koma lebih setahun.

Terlalu banyak masalah perlu beliau tanggung, beliau terpaksa berhenti belajar di MMU dan pulang ke Jeddah kerana beliau anak lelaki dan sulung. Adiknya menyusul kemudian dan berhenti belajar.

Setelah beberapa bulan barulah beliau mengetahui banyak perkara dan masalah mengenai syarikat ayahnya yang bertimbun timbun yang perlu dilangsaikan sehingga akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tutup syarikat tersebut.

Masalah bertambah rumit kerana beliau bukan sahaja perlu menjaga ayahnya yang koma, menjaga kebajikan ibunya serta adik adik, malah ayahnya juga mempunyai isteri kedua yang perlu ditanggung.

Kini ayahnya sudah tiada. Tetapi masalah masih banyak perlu diuruskan khususnya isu igamah dan kafil. Igamah tu lebih kurang macam PR laaaa.

Sepatutnya semua ahli keluarga boleh transfer kafil kepada beliau kerana beliau adalah anak lelaki dan juga anak pertama.

Timbul isu lain, pegawai di Jeddah hanya benarkan sekiranya beliau adalah seorang engineer atau doktor.

Semalam saya nasihatkan jangan buat di Jeddah. Orang Jeddah dan Mekah kasar kasar. Mungkin pegawai Madinah hatinya lembut.

Panjang lagi ceritanya nanti abe sambung ok!

PUTAR

Kita kena berhenti memanggil orang penipu dan suka cakap berbelit belit dan putar alam sebagai ‘cakap macam keling’.

Kenapa?

Saya ada ramai saja kawan India dan Mamak yang baik malah ada yang begitu tinggi iman dan akhlaknya (mengamalkan pegangan agama yang tidak ekstrem dan taat).

Orang yang suka berbolak balik dan cakap putar putar kita kena umpakan sebagai orang politik. Putar putar kena kat dia putar putar untung untuk dia.

Cakap macam orang politik!

VAVIK

Kawan saya ni dah 13 tahun dah kenal. Dia ni pak arab la walaupun muka macam orang kuale jer.

Kalau drive dia suka tengok youtube lah jawab phone lah apa lah.

Tak larat saya melatah intabih intabih intabih bila tengok kereta bersimpang siur.

Dia marah saya ‘esh bak enta’ maksudnya ko ni pehal. Dia kata aku nampak lah.

Geram betul saya. Dia ni mata iguana ke sebelah tengok phone sebelah tengok depan.

%^¥/÷&$*/*@#*//&

POVERTY

Allah itu maha adil

Dia tidak ciptakan kita dengan mempunyai terlalu banyak kelebihan.

Satu sahaja diberikan dan dalam keadaan luar biasa dua atau lebih.

To solve poverty, in order to understand the root of poverty, probably an academician will be the right choice to pursue the research. Whether in terms of sociology aspect, economic aspect etc etc.

But in order to solve poverty through economic activities you must engage with entrepreneur or real business people. An academician cannot solve this problem.

Because if he does, he will not sit in his academic office doing research anymore. 

That is the mistake our government always do to engage academicians who are champion in theory, not the practitioner. 

Sekian.

TERM

Saya baru belajar terma baru.

‘Datin Shanghai’

Maksudnya –

Orang orang kaya yang ada banyak duit tetapi tak ada taste dan class. To their eyes class habis dah kerusi emas emas siap button bling bling sparkling, but to other people depa ni macam isteri Pua Chu Kang.

PAK ARAB

Untuk yang berangan angan nak kawin dengan pak arab saudi hah ni panduannya.

Lelaki Saudi tidak dibenarkan berkahwin dengan perempuan asing melainkan sudah berumur 30 tahun ke atas dan ia adalah perkahwinan kali kedua.

Nah! Saya dah bagi tips pertama.

PORTION

I felt myself so angry looking at the portion of how food being served in Saudi Arabia.

Its not the Arabs are big eater but they have desire for big portion. Mostly through my observation they only eat 60% of the meal and the rest thrown away.

This is very unislamic and it is sinful.

ان المبذرين كانوا اخوان الشياطين