BUDAK TAK RETI DUDUK DIAM

Garit…..

Masa saya umur 13 14 tahun. Orang lain sebuk mengorat anak cina sebelah asrama, hujung minggu tidur dari pagi sampai petang, atau pergi Komtar melilau….

Aku kerja dekat kedai Kak Timah Hindu (sbb dia tersangat gelap) setiap hujung minggu. First basuh pinggan….dapat gaji RM5 henget sehari….kemudian naik pangkat kerja potong potong sayur siang ikan udang…dapat RM20 sehari….last sekali Kak Nora tukang masak demam…Kak Timah Hindu jadi lah macam raya hindu sebab nak kena siapkan 40 jenis lauk sorang sorang.

Disitu aku tunjuk taring….see the leg laaa. Umur 13 tahun dapat gaji RM40 sebab tukang masak! Makanan kantin sekolah ikan robocop aku tak pandang langsung.

Kak Timah kesian dekat aku sbb dia ingat aku budak susah takdak duit nak bayar yuran sekolah. Aku nak ucap terima kasih dekat Kak Timah sebab bagi pengalaman yang sangat berharga.

MUJAMALA

Orang Arab memang pandai ber mujamala yang bermaksud berbahasa. Mereka suka puji memuji dan mendoakan sesuatu didalam percakapan mereka.

Seorang teman baru berkenalan dari Mesir bertanya saya dari mana. Jawab saya dari Malaysia.

Jawab beliau….. a7san nas.

Maksudnya manusia terbaik.

Jawab aku wenta a7la nas ya 3sal. Maksudnya awak pulak manusia yang tercantik wahai madu!

Hahaha terlupa nak cakap ya belacan.

BUDAK TAK RETI DOK DIAM

Aku sakit hati betul dengan Mak Cik Balqis. Kalau cerita naik melangit saja. Jatuh tak pernah. Lauk dia la paling sedap.

Bihun dia tiap tiap pagi dengan teh ceroi la yang dia kata paling sedap tu.

Petang petang dia jamu kami cucoq tepung sebesar penumbuk kalau sumbat mulut Syuib Azel yang comei macam ikan mas tu boleh mati tercekik lah. Tapi masalahnya cucoq dia kosong….asyik kena cicah dengan kuah kacang dia yang sedhop melangit tu saja. Boring betoi!

Aku dan Rapeah Buang dah tak tahan. Kami pon selongkaq dapur kantin. Kami ambil cabai kering, rebus sat, tos…boh bawang putih boh cuka boh garam boh gula. Kami mesin sampai hancur jadi sos untuk cicah. Kriiiing locen petang bunyi. Kawan-kawan pon semua pakat serbu lepas semayang Asar. Haaaaaa lincin….

Tengok budak budak lalu makan esok makcik balqis suruh kami mai tolong dia masak. Banyak cantek hang!

BUDAK TAK RETI DOK DIAM

Orang lain hujung minggu ramai ramai outing pi Komtar. Lepas tu melilau pusing dan ada pulak yang duit lebih tu pi tempah seluar dekat Jefferson.

Tak main la pakai seluar Kamdar. Sesiapa yang tak pakai seluar Jefferson akan dianggap ketinggalan zaman dan budak nerd.

Dalam orang lain outing melilau Komtas, aku pulak naik bas kuning 66 sampai Komtar kemudian tukar bas Ayer Itam. Senang saja nak ingat, lalu saja Free School cepat cepat tekan loceng. Bas akan berhenti betul betul depan sekolah. Kemudian kena jalan kaki lalu tepi Mc Donald masuk dalaaaam sampai dekat dekat area rumah Dato Ali gemok.

Kat situla tempat aku dok ambil stok ubat ketiak dengan cuci muka apricot. Tiap tiap bulan aku ke situ ambil stok untuk order kawan kawan sekolah yang masing masingnya ketiak dok baru mula nak asyem. Kadang-kadang tu hangit nak mampoih sampai satu kelas bau. Tak kurang yang geng jerawat sulong pon baru belajar nak timbul. Semua ni jadi customer aku.

Almaklumlah masing masing baru akhil baligh.

BUDAK TAK RETI DUDUK DIAM

Kalau diikutkan aku boleh saja rilex2 tumpu satu benda saja yang dok berjalan elok ni. Alah bayar gaji sendiri sebulan 3 ribu lebih dari cukup kalau setakat nak mencekik dekat area rumah. Tambah tambah kalau hari hari makan dekat Sup Melethop tu, siap ada baki duit boleh simpan pergi haji kali keĀ 10..

Tapi tak, garit pi buat foodmarket. Lepas tu buat pulak projek dengan zakat lah, dengan PKK lah itulah inilah. Ni dok kalut nak siapkan projek, lepas tu kalut untuk persiapan catering jemaah haji, kalut nak MIHAS, kalut exhibition di Jeddah bulan depan……dan lagi pulak dok buat kerja INSPIRE, dok ambil job design, ni dok berangan nak compile itu compile ini…..hang tak gheti dok diam ka?

Awat garit sangat!

Mat Dolah

A friend he is in Penang and asking me where to go for good food.
Cerita itu ini siap bagi list dan location. Last last dia tanya ada tak yang deliver to hotel.
Fikir punya fikir then i told him…..hah ada! Its 24 seven and fantastic service.
1300131300