X

Saya mengusik so mesej laaaa

Tuanku, begedil Tuanku sedap sungguh la sampai patik dok teringat ingat sampai sekarang mengidam nak ayap lagi.

Tuanku pon jawab ‘Lain x mai lagi’.

Mula saya baca lain tak boleh mai lagi. Aik kenapa bunyi macam tu. Ka lain tak mai lagi. Eh pelik jugak bunyi.

Laaaaast baru faham, lain kali mai lagi.

Laaaa x tu maksudnya KALI! hipster sungguh Tuanku haish 😂😂😂

MAK BEE

Janji hari ni nak lunch dengan kawan baik.

Kami janji nak makan dekat Restoran Minah. Jadi set lah janji kat situ.

Tiba tiba masa nak gerak tu, kawan saya call. Wei kat Minah tu ramai orang payah nak sembang. Kita pi tempat lain boleh ka?

Tang mana nak pi? Saya tanya balik.

KFC ka..

Saya dengar KFC teruih masuk suara soprano 7 octave, dheyyyy mamu aku travel mai dari Keyel sampai Penang hang nak bawak aku makan K. F. C! Hang memang yakfur salam betoi la……..

Oooo hang nak makan local la….

Ha la….habih tu balik kampung buat apa!

Nak sedap kalu hang kena mai rumah aku lah mak aku masak!

OK set laaa ni jugak aku pi cari rumah Mak Bee 😊

INOVATIF

Saya on the way balik ke Penang, sengaja saya google pasal Taiping dan keluar suggestion untuk melawat Kilang Kopi Auntong.

Dalam 20 minit dari keluar tol untuk ke sana.

Masa sampai saya terpegun sebab ramai orang berpusu pusu masuk ke situ, Cina India dan ramai juga Melayu.

Apa yang menarik?

Sebenarnya pada pandangan saya tak ada apa pun yang menarik di situ.

Rumah lama yang dikatakan pernah disinggahi Sun Yat Sen sangat teruk kerja kuratornya. Tak ada penceritaan, artwork muralnya tidak interaktif. Tak ada sesiapapun yang peduli untuk ceritakan sejarahnya walaupun mereka claim mill tertua di Malaysia.

Tapi disitu ada coffee tasting dan semua orang berpusu pusu cuba termasuklah saya.

Orang Melayu ada lagi banyak kopi kopi jenama klasik melibatkan dua tiga generasi. Rasa pulak lebih sedap dari kopi tadi.

Seingat saya ada satu jenama klasik di satu daerah di Pulau Pinang, jangan kata di KL di Pulau Pinang pon susah nak jumpa.

Kopi Auntong memilih untuk tidak memasuki mana mana pasaraya mahupun pasaran tradisional, mereka hanya mahu berada di kilang mereka di Taiping sahaja, tetapi kerana marketing strategy mereka, ramai pelancong datang berpusu pusu ke situ.

Ini adalah masanya Kopi Fajar Menyinsing, Kopi Cap Gantang, Kopi Cap Bakul, Kopi Che Nah, Kopi Cap Badak dan banyak lagi untuk mengambil peluang zaman teknologi dan media sosial untuk meletakkan mereka ke satu tahap baru tanpa mengikuti pasaran konvensional.

Untuk berdiri sama tinggi dengan Oldtown yang telah dikuasai syer oleh syarikat kopi terbesar di dunia ibarat mengimpikan Sajat bisa mengandung, maka kita perlu kreatif dan inovatif kerana hanya dua ini mampu membuatkan kita sentiasa releven dalam pasaran.

HUKUM

Hukum memakan daging babi adalah haram.

Hukum menyentuh babi tidak haram, tetapi najis berat yang perlu disucikan mengikut aturannya.

Tetapi hukum melihat babi yang terbang adalah haram, wajib dihapuskan serta merta, kalau perlu hapuskan seluruh keturunannya.

Babi terbang dalam bahasa saintifik adalah ‘leey-past’.

JEANS

Saya ada follow ramai orang di instagram, orang pon ramai juga follow saya.

Satu hari keluar dalam story ada sorang tu dia nak jual beg kesayangan dia dan seluar jeans. Saya tengok banyak kali dia upload pasal nak jual barang dia.

Saya tanya dia berapa ringgit. Jawab dia 80.

Dia tanya abang nak beli ke. Saya pon jawab boleh jugak. Dia tak tahu kalau saya beli bukannya boleh pakai pon nanti jadi sarung nangka. Tak pon boleh buat lapik periuk saja sebab saya dah tembun.

Saya tanya kenapa nak jual, sayang cantik tu.

Dia jawab duit tak masuk lagi bang, ha ha. Dan saya pusing pusing tanya lagi sampailah dia jawab betul betul yang dia dah tak ada duit nak makan, kalau dia nak kerja part time macam selalu pon tak sempat sebab exam dah dekat.

Saya pon tipu dia dan mengaku nak beli barang dia, minta nombor akaun dan saya masukkan 100 ringgit.

Lepas tu dia mesej, bang duit dah masuk tapi ada macam terlebih lah abang silap masuk tu 80 jer bang.

Saya kata takpa, adik ambil duit tu buat belanja, jeans dengan beg tu abang tak jadi ambil so tak payah pos, awak pakaikan untuk abang ye.

Dia marah kat saya, tak boleh macam ni bang. Saya malas nak cakap panjang saya kata takpe dik, anggap duit raya Deepavali.

Saya cerita ni nak suruh korang semua puji saya kata saya ‘lelaki idaman pilihan mak mertua’ ke?

Saya cerita ni sebabnya masa saya student dulu banyak kali saya hadapi situasi macam ni dan ramai pula yang baik baik hati tolong saya sampailah saya jadi manusia hari ni.

Saya tak kenal pon budak tu tapi saya suka follow IG story dia sebab video dia buat saya terhibur. Kesusahan zaman student buat kita belajar erti kehidupan, tetapi dengan bantuan mudah pula mengajar kita erti nikmat dan rasa syukur.

Saya harap adik yang saya tak kenal tu jadi manusia.

JV

jv nak cerita pasal refference, reason what i do and why.

SPM pangkat 3 kurang a few aggregates to pangkat 4.kira gagal ler tu.masa sekolah berangan dan playfull. tak der skil semua,duduk rumah mak asik berleter jer,membeban kan dia,sumbat dan sakit telinga dengo.nak lawan apa yg di eterkan betul,mak yg dah tua tu masih bekerja berhempas pulas,patutnya kita ni yg bekerja. but dudk kampung peluang bukan banyak pon unless nak kerja noreh or kerja kungsikang,potong dan kutip buah kelapa sawit.jv tak larat,berat semua tu.

jv decided kerja jadi jurujual discount card,door to door ,masa tu tak der credit card lagi,Anuar ibrahim masih dalam ABIM.kerja tu tak bayo gaji,bayo commisiion jer,kat johor. mak bagi duit 40 ringgit untuk bertahan.tokey dia india. satu member dapat jual,kita dapat 25%.nak jadi member kena bayo 300$ setahun,dia bagi discount to all participated retails shop.

dia bagi tempat tinggal satu bilik atas kedai runcit.tak der furniture,tidur atas lantai cement.bantal jv bajukurung 4 pasang yg bawak dari kampung.the owner picked us up at 930 am and dropped us at some kawasan perumahan.there were 5 of us,semua melayu,but yg 4 tu jv rasa dtg dari keluarga yg berada juga ler,sebab dari gaya percakapan dia tu manja semcm,sopan santun bukan main,jv jer yg comot dan tak bergaya.dia org siap pakai make up high heels,minyak wangi siap.1st time bau minyak wangi yg betul betul wangi,bukan bau tengik minyak atta yg mak jv beli dari pakistani yg junjung baju bundle atas kepala tu.

kawasan yg di hanto kawsan rumah cina,semuanya ada anjing.ada sign beware of the dog,jv memang takut anjing,selalu jv cakap binaware of the dog. biasanya jv singkap kain sampai ke lutut,picit loceng ,dan tunggu nak lari,sebab the 1st thing yg jv dengo was salakan anjing.yg mana tak der anjing tu jv ketuk ler pintu.jauh berjalan tak sedor.from pukul 9 sampai pukul 7 ptg.tokey to picked dekat tempat dia dropped.jenuh jv nak ingat kat mana,selalu sesat,dan jalan balik ke kedai runcit tu,2 2 3 jam ler juga.masa tu muda,tak rasa penat dan lapor masa kerja,and duit cuma ada 40$ nak bertahan at least sebulan.so pepandai ler bawak diri.

bila dah sampai bilik lewat,tak de rmasa nak berbual dan kenal dgn kawan rumah tu,but yg jv tau bila jv balik dia org tak balik lagi,jv rasa dia org pegi berparti bila jv dengo dia org bercerita dalam van masa nak pegi kerja.jv diam jer tak nyampuk.lepas sebulan jv tnaya mcmana dia org bole jalan jauh dgn make up dan high heels,kalau kena kejo anjing per semua tu? sebab jv yg pakai selipor jepun pon tercungap cungap lari dengo salakan anjng.dia org ketawa,dia org kata,lepas tokey tu dropped them off,dia org naik teksi merayau kat bandor,bila mlm pegi disco.masa tu jv tak tau apa dia disko,so jv ignore jer ler.

lepas kerja 3 bulan,jv cuma dapat cari 25 members,and comission masih tak dapat,baki duit tinggal 2 rm,jv dah mula risau,cepat cepat jv cari kerja lain,pinjam surat kabor kat kedai kopi,baca iklan, and dapat kerja kat kedai restoran seafood,probation for a month,,tak der gaji,tapi makan free. bahgia ler rasa dapat makan nasi dgn lauk dan kuah.lama jv tak makan benda tu semua. but tokey kedai tu mamak penang,selalu mabuk dan jerit jerit,jv takut dan tak selesa,,jv mengeluh dgn salah sorang pekerja kat situ,kak mila.jv kata nak cari kerja org gaji ler,supaya dapat tempat tinggal.badan sakit tidur atas lantai cement and tak berbantal.

kak mila tu kata sepupu dia tgh cari org gaji,so jv jumpa ler sepupu dia tu,pensyarah,U,anak 3 ,and pregant wiht the 4th.interview dia nak bayo 150,jv mintak 200 sebab nak bagi mak 80rm. dia setujt.so bermula ler kehidupan jv as org gaji.

kerja dia senang jv,jv rasa 4 tahun ler juga kerja org gaji tu,duit gaji tak pernah spent,jv simpan 120 ,bagi mak 80,mintak tolong boss tu hanto kan.but after 4 tahun,jv dah mula bosan,while it was good,but i have not learn anything new.it was so routine and i think i can be better than that.so jv mula cari kerja kat nst masa tu.hari hari jv baca and hanto surat.semua nya kerja receptionist.sebab jv rasa jv tau angkat talipon.
masa mula mula kerja org gaji tu,bila bunyi talipon jv terkejut and lari,jv ni jakun those days guna dan dengo bunyi talipon usually dalam tv jer,tak tau ler pulak bunyi talipon tu mcm gairng jer kan.

semua kerja nak mintak referrence,mintak tolong boss jadi reff,dia marah,dia kata jv bodoh,mana bole kerja tu semua,kerja tu untuk org pandai’, so i told her ‘Tak cuba tak tau,and i like to try.

kawasan rumah tu dikeliling dgn professionals, lawyers,doctors,lectures,,multi racial neighbourhood,lepas hanto anak anak boss naik bus sekolah with all the wives,kita normally dudk berborak for and hour.i have never felt any inferior complex eventhough i was a maid at that time,maybe i should,but i didnt.i tought we all are equals among us the malays.with bosses permission jv selalu bagi dia org makanan yg terlebih masak. si jv baik dgn jiran kiri kanan depan belakang and few doors away left and right.

anuar ibrahim selalu dtg melawat rumah kat hujung,her husband was UIA lecture,very high post rasanya.so bila jv nak mintak refference,and my boss refused,jv tanya ler his wive,sebab dia dah kenal jv 4 tahun.dia kata her husband has to think about it. after 1 week jv tanya again,without any guilt or symphty,dia kaTa her husbnand doest know me so there fore tak bole nak bagi refference. mind you it was only a receptionist job,with 150 rm monthly pay.how wrong can it be right? simple request.

but jv paham,so went to indian neIgbour accross the street. ketuk piNTU,ingat lagi nama dia tharmulingam.indian habis,nama dan rupa,alim kusemangat hari hari dengo dia sembayang.jv kata’Hi uncle, i am a your neigbours maid accros your street,you may not know me very well,but i need your help to be my refferrence Apply a receptniost job in KL,,you think you could?

His repond was the reason am what i am today, helping people without any colors race and religiont,heliping what i could right infront of me regardless.

DIa kata of ‘f course i know you very well for 4 years, we may not converse but we wave at each other for 4 years ,morning and evening without fail have we not? yes let me help you,what do you need ?let me see your letter and the ad.

dia tolong typed application letter with 2 pages of refference letter,made a folder for me,drove me to kL and waited for me to finish my interview,took me out for meals and drove me back home by 2 pm ,just before the kid came home from school.

yes. i went for the intewiew with my selipor jepon,my baju kurung yg dah berlubang sana sini,wittout make up,but i was clean. got the job. .tendered my resignation a week later, and i began my journey as local immigrant in my country. it was the beginning of my struggle,

what i am trying to tell here, unless they are drugg addict,a con artist,scammer,useless and criminal,we ought to help.not everybody are born lucky, they just need a simple help from us,

PERINGATAN

Saya kongsikan peringatan komen ni saya tulis dekat kak JV dan ini peringatan untuk diri saya jugak.

“kak jv just be yourself, bila buat sesuatu kebaikan jangan takut orang balas jahat ke apa ke, sebabnya yang nak balas bukan kita Allah ada. Dia balas balik dengan kesihatan, dengan rezeki, buat Allah tarik balik mulut herot tak boleh pot pet kan naya, jadi kita jangan takut dan selalu bersyukur. Lepas ni kalau orang yang kita tolong buat taik, takpa kita maki je berkarong, tapi pahala kita Allah bukannya nak kensel pon. Nanti orang buat jahat tu Allah tarik pulak rezeki dia kat tempat lain.”

YA ALLAH

Tadi masa on the way nak balik tiba tiba ada kereta depan berhenti mengejut dan moto belakang kereta tu terpaksa brek mengejut dan terus jatuh.

Nasib baik kereta saya tak laju dan sempat brek!

Mula ingat nak gerak saja, tapi bila tengok isteri dia tak bangun, saya pon tanya dekat staff saya nak turun ke tengok kejap, sebabnya saya ada janji meeting dengan orang dekat area rumah.

Saya pon tanpa fikir panjang turun jugak tengok.

Ya Allah akak mengandung ke……..dah besar macam tunggu masa nak due. Terus saya tanya nak pergi hospital tak? Akak tu angguk angguk sambil muka tahan kesakitan. Saya tak fikir panjang terus bawak ke HUKM.

Dalam kereta saya takuuuuuut sangat Ya Allah jangan lah akak ni ada pendarahan ke, terberanak kat dalam kereta ke. Tolonglah Ya Allah aku tak tau nak buat macam mana.

Lepas hantar dekat emergency tu saya terus tinggalkan dia dan suami dia pon sampai dengan moto, saya minta maaf sebab janji jumpa orang dan terus tinggalkan hospital.

Nama pon lupa tanya tapi saya harap akak tu selamat dengan babynya.

Sekarang saya kena cari energy nak makan dulu sebab kang saya pulak yang pengsan tak sempat meeting.

Sekian.

INGAT

Saya ada satu rule, rule ni sangat kasar tapi logik dan sangat penting kena ingat.

Kenapa saya kata logik, kerana saya dah tengok banyak kali dengan mata saya. Banyak kali.

Dengan umur saya yang masih muda lagi dah banyak kali saya tengok dengan mata kepala saya sendiri.

Apadia?

Kalau berniaga jangan sesekali letak nama isteri atau suami. Kalau itu perniagaan kita itu perniagaan kita sahaja. Jangan letak nama pasangan kita sebagai shareholder, director, mahupun jadikan dia manager atau benarkan dia mingle dalam syarikat atau jadi boss kepada staff.

Kalau dia ada bakat nak berniaga juga, bagi modal dam biar dia bangunkan dan urus perniagaan dia. Perniagaan dia perniagaan dia perniagaan kita perniagaan kita.

Kenapa?

Jodoh mati tu kan tangan tuhan. Awak tahu ke hari ni sayang bagai nak rak kaulah pasanganku sehidup semati selama lamanya?

Berapa orang dah saya tengok perniagaan lingkup kerana isteri urus.

Berapa orang dah saya tengok laki gatai cari perempuan lain bergaduh cerai berai dengan business sekali hancur.

Berapa orang dah saya tengok kahwin lain bila dah kaya last syarikat split dan hancur antara bini bini sampai hancur semuanya.

Berapa orang dah saya jumpa masa sayang letak nama bini bila bercerai pening nak bahagi harta sepencarian last suami tinggal sehelai sepinggang.

Berapa orang dah saya jumpa business elok elok saja dengan partner tapi sebab bini campur tangan dan hasut suami pon takdak telor ikut cakap bini, habis hancur business, partner baik hilang dan business bergolok gadai.

Ingat pesan saya! Sebab kalau lupa mungkin anda mangsa seterusnya.

LOL

Kalau dulu dulu kawan tak pernah tegur tiba tiba baik je ajak jumpa satu je fikir…..Luxor ke Omegatrend.

Sekarang complicated sikit kena buat senarai lepas tu buat tick box

1. Prudential
2. CWA
3. Public Mutual
4. Bitcoin
5. Personal loan
6. Coway
7. Cuckoo

and the list never ends…..