CERITA

Tadi masa dekat immigration kebetulan pegawai tu mungkin orang peramah.

Sambil cop orang depan saya, macam macam dia tanya.

Pasangan depan saya tu baru kahwin. Nak pergi honeymoon dekat Indonesia.

Mamat tu pon macam macam doa la dia keluar puji pujian untuk pasangan pengantin tu. Siap pesan lagi pergi sana nanti make sure buat 4 baby sekaligus. Sorang letak nama dia Abdulaziz, sorang lagi letak nama officer sebelah nama Abdulrahim.

Lepas tu dia tanya saya nama apa. Saya jawab la Husam. Dia pon kata ok sorang lagi nama Husam. 

Pastu dia tanya mamat belakang saya nama apa. Mamat tu jawab Sidarji.

Terus terbeliak mata dia…… Sidarji tak boleh. Kamu letak nama Muhammad. 

Semua orang gelak…….kesian mamat India tu tak faham apa yang sedang berlaku.

GILA

Semalam sembang dengan kawan dia kata hang gila ka baru bukak kedai pertama dah nak bukak kedai kedua.

Saya kata ish mana ada….

Kemudian dia remind balik yang kedai baru saja buka bulan Januari. Sekarang baru bulan Februari

Eh betul juga, baru sebulan lebih. Terasa lama sangat dah.

Tapi fikir fikir balik tak ada gilanya pun sebabnya persiapan nak buka kedai ambil masa dekat setahun dari kelulusan kesihatan, perlesenan, cari lokasi dan macam macam lagi.

Sekarang dah ada semua asas dan nak buka baru dah tak susah dah. Just copy saja dan letak tempat lain.

Sambung saya, “hang kata aku gila baru sebulan dah nak buka cawangan kedua. Ada orang lain lagi gila, nak buka vending machine pon melibatkan sampai 5 agensi kerajaan dan kononnya target nak launch sebelum Haji sedangkan haram satu habuk pun tak tau pasal Saudi.”

Dia pun jawab….ya ya betul yang tu lagi tak masuk akal. Lagi gila!

ADAP DAN ADAT

Kita sering diajar sebagai seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk menghormati orang tua.

Tetapi kita tidak pernah diajar nanti bila dah jadi tua, kita juga perlu menghormati orang muda.

Jangan memperbudak budakkan orang muda dan menghormati pandangan pandangan baru sekiranya ia membawa kepada kebaikan.

Adapun kalau wujudnya salah dari orang muda, kita perlu bersikap sebagai ‘orang tua’ yang penuh hemat dan hikmat.

Kenapa? Kerana orang tua nak ‘gocoh’ dengan budak budak buruk rupanya.

BILIS

Tadi breakfast dengan my staff. Saya order tosei dan dia order nasi lemak.

Bila sampai kami tak tahu nak marah ke atau nak nanges.

Nasi lemak ikan bilis 2 ekor saja.

Kami terus tergelak gelak kerana kalau kami bising pon tak akan membawa perubahan.

Hidup di Malaysia macam ni lah. Kalau buat bising orang kata kita jahat. Kalau kita tegur orang kata kita tak sedar diri. Kalau kita buat aduan tak akan didengar. Kalau kita bagi cadangan dianggap sampah.

Apa boleh kita buat? Kita gelak…….

GULAI

Do you know that kalau buat gulai daging, saya suka version yang pekat sebab sedap kalau nak makan dengan roti.

Teknik masak saya improvise ala ala masak Tajine orang Arab Maghribi.

Apa bezanya….lepas tumis semua saya akan masukkan rempah dan kemudian masukkan daging banyak banyak. Kemudian slow cook tanpa masukkan air dan masukkan tomato segar. Biar air daging dan air tomato yang masak semua. Last sebelum angkat saya akan masukkan satu sudu sos tomato Maggi.

Serious sedap gila…..cubalah nanti.

Kalau abang abang luar sana bini tak pandai masak saya ucapkan tahniah, pelaburan kurang berbaloi.

GULAI

Do you know that in Penang we have 4 categories of gulai or kari.

1. Melayu Darat 

2. Mamak 

3. Chinese 

4. Nyonya

And each ethnic category has various type too either thick or watery, with asam gelogoq or jus asam jawa, with kantan or kesum, santan lenggang or just throw in, improvised version and so and so.

Hah awek ampa yang cun dada lebaq semua tu tau ka masak gulai?

BENGGALI

Teringat zaman dahulu kala sorang pangkat tinggi dari Ministry of Terung.

Dia suruh saya bukak kedai, katanya dia boleh lulus bawah dia bajet sampai 42 juta.

Dia explain itu ini.

Saya dengar hurm……saya pon counter lah balik kenapa kita tak buat macam ni. Lebih viable, lebih jimat dan pada pandangan saya, akan berjaya.

Dia tak suka dengan idea saya sebab katanya tak grand.

Tapi sebab tengah baik, saya senyap saja. Tapi saya bagitau kawan saya, kalau aku ambil duit tu memang la syok. Tapi kalau projek tak jadi 7 keturunan orang dok jaja nama aku macam projek dekat Singapore dan Dubai. Bajet makan juta juta apa habuk pon tarak. 

Itu cerita masa zaman bulan madu lah. Zaman yes madam.

Kemudian diringkaskan cerita from one episode to another episode, bila sampai saja Saudi, dia telah buat sesuatu yang membuatkan sampai saya bengang gila.

Saya terus tak cakap manis dah dengan dia. The whole group tau apa yang terjadi. Yang ingat ingatlah. Yang lain buat buat lupa sebab nak cari makan.

Saya terus sms direct bagitau KSU ketika tu apa yang terjadi.

Lepas tu dia terus blacklist saya. Dia ada cakap, kami government, kami boleh uruskan G2G. 

Sampai hari ni saya ingat saat tu dan simpan SMS dia. Sampai hari ni jugak saya dok tunggu bila laaaaaa nak jadi. KSU pon dah pencen menteri pon dah tukar.

Pepatah Benggali ada berbunyi ‘itu worang budak kici hingus juga ada jangan disangka tara boleh mesej itu worang atas juga’.

POLITICIAN 

I know one YB very young and seems to look smart and bright or at least pretend to be smart from PKR and i know another one a YB from UMNO who is young, energetic and smart too or at least positioning as smart.

Both of them promised me something.

But this time, the UMNO YB seems to deliver his promise, things moving and myself i have already achieved 100 steps ahead from them and products of entrepreneurs from their portfolio is already on its way to Saudi Arabia. 

Both of them make their promise in front of their No 1 boss in their State to me in two different occasion. 

You know what is my weakness? I dont tell lies, even to the No 1. I will always tell my real opinion. 

Note : No 1 in a state is not Chief Minister.