PRODUK MUSLIM

Saya secara peribadi sangat sangat menyokong jihad ekonomi muslim.

Sekiranya ada pilihan dan pilihan itu pula lebih baik maka kita pilih muslim sebagai pilihan utama.

Kalau ada Massimo dan Gardenia saya pilih Gardenia. Satu sebab ia kepunyaan orang muslim, kedua sebab kualitinya sangat baik, ketiga sebab pemegang saham terbesar orangnya yang saya hormati.

Tapi kalau air minuman soya, saya tetap pilih Yeo Heap Seng. Sebabnya yang ada dalam pasaran sangat meragukan kualitinya, prosesnya dan adakah kacangnya non GMO berkualiti tinggi. Adakah kilangnya benar benar mencapai tahap piawaian kesihatan. Ini bidang saya dan sekali pandang saya sudah tahu reverse engineering nya.

Kesimpulannya kita pilih muslim sebagai pilihan tetapi kualiti, penjagaan kesihatan juga mesti seiring. Sekiranya kita sokong semberono hanya kerana muslim tapi kualiti tidak seiring kita sebenarnya menganiaya peniaga tersebut dengan membiarkan mereka kekal di tahap sama tanpa ‘membantu’ mereka meningkatkan kualiti melalui desakan permintaan pengguna. Berapa ramaikah kita kenal produk muslim yang rendah tahap kualitinya dan tak pernah berubah ubah semenjak 5 tahun yang lalu dan masih ditakuk yang sama.

Jadilah muslim yang berilmu, jadilah muslim yang bijak, jadilah muslim yang membantu cara berhikmah.

MISTAKE

Belajar kesilapan saya.

Saya pernah ada satu klien besar. Itu adalah kali pertama saya berurusan dengan mereka. My first order yang sangat besar dalam sejarah berniaga saya.

Tapi saya tak tahulah apalah politik mereka, disengajakan ataupun sebaliknya, payment saya drag sampai ke hujung tahun. Kerana tersebut kami langsung tak ada duit nak bergerak dan hutang merata. Setiap bulan saya macam pengemis, dan macam fakir miskin kais pagi makan pagi mengorek merata rata sebab nak bayar gaji staff dan tanggung overhead pejabat.

Tahun tu saya terpaksa buat kerja macam macam yang tak ada kena mengena dengan perniagaan teras saya, apa saja boleh bagi duit saya buat, yang menjadi keutamaan saya gaji staff hujung bulan mesti on time.

Jadi bila dah masuk 8 bulan, saya jadi buntu, saya ambil keputusan tulis di FB ceritakan kesusahan saya. Tak sangka pula penulisan saya yang sekadar meluahkan perasaan sedih tiba tiba pula menjadi viral.

Memang akhir sekali saya dapat juga payment tersebut.

Tapi apakah kesannya?

Kesannya sampai hari ni mereka blacklist saya walaupun kerajaan dan pengurusan atasan sudah berubah, tapi orang bawah adalah orang yang sama dan saya di blacklist.

Kenapa saya tulis cerita ni dan cerita kisah ini?

Mungkin worth it saya tulis di FB untuk kes saya ini kerana tanggungan susah saya sangat teruk dan saya hidup susah separuh tahun kerana klien tersebut. Tapi saya telah hilang peluang peluang yang ada mungkin dengan mereka di masa akan datang. Saya belajar dari pengalaman ini. Sebenarnya masih ada kaedah lain yang lebih baik dan efektif yang boleh saya pakai.

Jadi kawan kawan semua ambillah tauladan dari kesilapan saya ni dan jangan ulangi kesilapan saya.

PROJEK JUTA

I wrote down earlier last night…

‘Its not about how many millions you want to make today.

Its about whether you can wake up tomorrow or not.’

Kalau pung pang pung pang cakap juta juta, esok kojol buat apa. Tak ada maknanya dah semua tu.

Kalau business kojol ok lagi sebab real entrepreneur boleh bangun balik bila bila masa saja.

Melainkan kalau dalam dirinya bukan bersifat jiwa entrepreneur tapi lebih bersifat broker, pelobi, pengurus korporat, selalunya orang macam ni saya dah ramai jumpa mereka banyak dah yang mati.

Mereka hanya tahu menjalankan ‘perniagaan’ bila ada wang sahaja. They enjoy perks because of their allowance as a Director or commission from their transaction. Otak dan cara pemikiran mereka bukan entrepreneur. Mereka selalunya perlukan substance untuk membantu melonjak nama dan perlukan perkara perkara kosmetik untuk menunjukkan diri mereka releven dan menutup kelemahan dan aib mereka.

Orang begini business mati bukannya masalah, its not their money at all. Mereka tak ada sense of belonging. Bukan duit mereka pon. Mereka boleh tinggalkan masalah tu, cuci tangan dengan pelbagai justifikasi dan tinggalkan business tersebut dan move to a new project atau mangsa baru. Ramai kita boleh sebut contoh yang ada depan mata kita kan?

Itu tak penting…

Yang patut kita risau adalah adakah esok kita masih hidup?

Pung pang pung pang juta juta tapi esok kita sedar badan kita diusung ke dalam tanah. Pernah terfikir tak perkara begitu?

Jadi sekarang ini soalannya apakah yang kita lakukan ketika ini tepat?

RISAU

Risaunya saya…..

Hari ni ramai orang datang kedai bercakap boikot barangan Cina.

Tadi my wedding adik kawan baik saya berlaku masalah kerana katanya seluruh jalan awalnya ditutup kerana ada ura ura berlaku tunjuk protes orang India dengan Zakir Naik.

Saya tak tahulah pula apa pula yang berlegar dengan rakan rakan Cina.

Kita semua duduk satu rumah, wahai pemimpin ahli politik, NGO dan berkepentingan, tak ada sapa pon yang akan kalah atau menang dalam hal ini, kita hanya membakar rumah kita sendiri. Yang terbakarnya kita.

Di sini saya nak dedikasikan kepada uncle jiran India saya yang banyak belanja air Fanta, aiskrim dan keropok masa saya kecil kecil, dia panggil saya usha sebab tak reti sebut husam, uncle aci i miss you. Saya memang dari kecil kecil memang pelajar cemerlang. Saya bukan budak belajar biasa biasa markah ala kadar macam orang lain (yes its a fact that i have to say), uncle akan bagi hadiah dekat saya bila saya bagitau dapat nombor satu dalam kelas. Aci dengan anaknya Kak Selvi selalu cakap Tamil dengan saya (yes i can understand more than 3 languages) Uncle dah takda dah meninggal tapi aci masih ada lagi.

Saya nak dedikasikan kepada Mr Chong kerana dialah yang bantu saya masa awal awal nak eksport ke Arab dan Yeo Hiap Seng Berhad telah membantu saya pelbagai segi. Masa tu saya baru umur berapa tahun, janggut pon tak ada tapi mereka excited bila tahu ada budak Melayu nak buat trading dan Mr Chong dan DG dia push saya kawtim gila gila. Mereka setia dengan saya hingga hari ini!

Dato Goh, orang yang banyak kenalkan buyer dan supplier dan nasihat nasihat lucu beliau saya ingat sampai hari ini.

Semua syarikat syarikat Cina yang membantu saya serba segi sampailah saya berjaya mencapai apa yang ada hari ini baik dari segi sokongan kewangan, network, kredit term, dan ramai jadi kawan baik. Mereka menjaga setiakawan hingga hari ini!

Melayu? Ada ramai yang baik baik. Nak sebut satu persatu tak habis berderet deret.

Lain lain wallahualam.

Apa yang penting? Hentikan semua benda ni. Ini rumah kita. Kenapa nak gaduh gaduh?

ADAB

Saya rasa pernah tulis tajuk ni sebelum ni tapi saya kena tulis lagi sekadar peringatan kita semua.

Adab mengambil, menyimpan dan memberi nombor telefon peribadi.

Saya lihat ramai yang tidak faham dan menghormati nombor telefon peribadi. Ramai yang fikirkan nombor telefon peribadi tu adalah perkara keperluan asas, perkara norma dan kebiasaan.

Mungkin kita kebanyakannya, nombor telefon handphone kita adalah keperluan asas biasa dan tidak menjadi masalah untuk dikongsi kongsi.

Tapi bagi sesetengah orang, nombor handphone adalah privasi dan peribadi.

Mempunyai nombor telefon seseorang pula boleh dianggap sebagai privilege, penghormatan dan amanah.

Contohnya anda mempunyai nombor telefon peribadi Tun Mahathir, Perdana Menteri kita, anda boleh telefon atau mesej direct kepada Tun dan Tun boleh jawab terus, itu adalah satu privilege atau keistimewaan, penghormatan dan satu amanah.

Nombor telefon peribadi Tun tidak boleh sewenang wenangnya dikongsi kepada sesiapapun dan ia melibatkan privasi dan juga keselamatan.

Jadi adab kita sekiranya mempunyai nombor telefon sesiapa pun, sebelum kita mahu kongsi kepada orang lain, kita perlu dapatkan persetujuan dengan tuan badan, minta izin dan courtesy dan setelah dibenarkan barulah kita kongsi dengan orang yang meminta atau memerlukan.

Sekiranya dalam hal kecemasan dan kita ingin membantu, jangan dikongsi sebarangan tetapi baiklah kita sendiri yang berhubung dengan tuan badan tersebut bagi pihak orang yang memohon bantuan.

Sekiranya kita boleh faham apa yang saya tulis ni dan mengamalkannya sebagai amalan hidup, kita adalah orang yang berakhlak tinggi, bertamadun dan beradap.

Nanti saya sambung adap nak meminta nombor telefon orang pulak kalau rajin.