TIRI

Saya tak marah hari ni, instead i took it as a challenge.
Orang gomen rejek permohonan saya untuk bantuan program eksport. Alasannya ditolak mentah mentah oleh committee sebab kami ni bukan manufacturer tapi trader.
Jadi secara spontan saya jawab, saya faham, usahawan macam saya ni tidak recognised by any government agency in Malaysia.
Pegawai gomen tadi cuba berdiplomasi dengan mengatakan bukan kami tak recognise tapi masih belum tiba masanya lagi program khas untuk usahawan macam saya.
Saya jawab balik, maksudnya tak recognise lah. Kalau recognise maksudnya sudah lama ada program bantuan khas untuk kumpulan pemain industri macam saya.
Tapi one thing saya nak tekankan, pelbagai program bantuan dan insentif diberikan kepada usahawan pengilang, contohnya syarikat ABC, yang dapat manfaat hanya syarikat ABC.
Tetapi kalau agensi membantu kami 400 syarikat IKS akan mendapat manfaat terus dan sekiranya setiap syarikat mempunyai 5 orang pekerja sebanyak 2000 keluarga mendapat manfaat secara tidak langsung. 
Husam Waksa si pengeksport produk IKS dan satu satunya syarikat Bumi yang buat pemasaran di Arab Saudi sampai hari ini masih dianak tirikan. 
iols ia so sedih kici hati juga

AZAM

Saja nak cerita….
Berapa kali kalau tak ratus puluhan saya cuba apply itu dan ini, mohon bantuan dari agensi.
Adanya tak dapat atas dasar faktor teknikal kerana saya tak ada dan tak pernah ada kilang.
Banyaknya tak terima kerana idea atau proposal saya sangat pelik, melawan arus dan tak pernah dibuat maka tiada peruntukan.
Banyak juga ditolak mentah kerana mereka langsung tak faham apa yang saya envisioned kan.
Ada juga babak babak cerita drama tamil saya kena gam sebab my social media too loud.
So apa saya buat?
Saya kangkang koyak cabut bulu apa yang ada dan buat sendiri setakat apa yang mampu ikut kapasiti sendiri.
Dalam hati saya azam ‘i will do it until one day none of you cannot ignore me!’
Lupa……dan hang jadi gemok!

MALAM

Oh malam

Sungguh lama engkau gelap

Sedangkan aku tak mampu kecapi tidur nyenyak

Seperti manusia lain

Bagiku malam itu sungguh kelam
Oh malam

Cepatlah kau hilang

Aku mau cerah itu datang

Sekurang kurangnya aku ada harapan

Yang gelap itu telah hilang

Biar cerah menentu nasib mendatang
Husam Waksa – 21 Nov 2017, Permaisuri

FOODMARKET

Teringat last 2 weeks ada satu geng makcik makcik kecoh datang kedai.
Meriah satu kedai sebab semua geng riuh.
Salah sorang tu komen kenapa letak nama Foodmarket? Cari nama yang ada kelas sikit.
Saya dalam hati dok cakap sorang sorang…..haish nak kelas macam mana lagi makcik ooooooi. Kang boh pelik pelik susah nak sebut orang pon confuse.
Seb baik kawan dia jawab balik. Elok lah foodmarket nama pon jual makanan, senang nak ingat.
Acik tadi berkeras dengan pendapat dia kena cari nama lain.
Saya tersengih je lah mampu dengar geng makcik ni pot pet pot pet. Seb baik 4 rat juga di belasah shopping. huhuhu

HATI

Fasa saya kalau dilihat dalam bentuk graf sangat volatile.
Semenjak 2 bulan lalu lagi.
Emosi, mood, kerjaya, kreativiti, isu hati malah iman semuanya volatile.
Itu adalah perkara biasa saya rasakan bagi semua insan. Kita semua bergelut dalam kehidupan.
Kiranya terlalu tenang pastinya hidup membosankan.

BAHASA

Perkongsian bahasa halus moden untuk pembaca sama sama belajar.
Me: Aloooooooo dok buat apa tu, maaflah patik dok ayap tadi tak dengar call. Hok pasal tu patik tak periksa lah pulak. I need to ask Nda Chor. 
T: i heard you are coming back.
Me: ko……sekejap lagi nak berangkat dah. Nak kirim apa apa ke.
T: Nak bawang please.
Me: Ok I will bring back a few bottles. Kalau tak sempat patik mintak staff sembah terus ke ADC ye. 
T: Thank you so much. Dont forget yours too ok!
Me: ku….. junjung kasih lah selalu sangat malulah patik.
T: Dont be silly, jumpa nanti ok.
Me : Ku patik.

KARIPAP

Dear usahawan karipap
Ni caranya nak jual karipap yang orang akan teringat ingat dan jual mahal pon orang tak marah.
Karipap ni jangan jual dekat orang kampung sebab ini bukan pasaran awak. Karipap ni juga jangan jual dekat orang pendapatan rendah sebab bukan customer awak.
Tak ada siapa pun kaya atau miskin suka makan karipap yang rasa inti ubi saja dan tak ada siapa pon kaya atau misking kalau makan karipap ada daging banyak akan marah.
Saya pernah makan adik beradik karipap melayu di arab 100% inti daging dan sedap nak mampos.
Awak boleh juga letakkan separuh telur di dalam macam ikea bila gigit tu terasa kelainan.
Kalau letak cheese biar banyak sampai meleleh betul betul.
Kalau guna rempah biar terasa betul betul. Saya suka rempah daging Alagappas atau rempah timbang di Queens Street. 
Buat kelainan buat karipap daging tapi buat dalam bentuk fillet, atau ayam campur daging cincang macam mat saleh suka buat sosej bercampur. Karipap seafood tak pernah orang buat. Seribu satu jenis karipap awak boleh reka cipta. 
Saya pernah makan nano kuih di siam 6 biji harganya 300 bath. Mahal giler tapi saya tak komplen sebab sedap nak mampos. 
Packaging kena cantik, tapi jangan silap cara. Produk homemade kena nampak homemade jangan nampak produk kilang. 
Buat sesuatu yang berbeza, baru orang tak lupa kita dan produk kita.

KARIPAP

Dear usahawan karipap…
Ini posting finale saya lepas 3 post sebelum ni.
Bila nak buat karipap kena tahu pasaran mana yang awak nak masuk.
Kalau nak jual dekat orang berpendapatan rendah, tak perlu susah payah letak ayam daging semua. Cukup sekadar jual murag saja. Yang penting rupa karipap dan rasa karipap.
Kalau nak jual dekat orang berpendapatan RM2500 ke atas, karipap tu kena lah senonoh sikit  Biar cukup rasanya, kalau boleh inti tebal sikit dan kulit jangan tebal sangat nanti rasa tepung. Packaging kena la bagus sikit jangan pakai belasah saja. Sebab kumpulan menengah ni dah pandai rasa macam macam jenis produk. Kalau setakat biasa biasa saja orang beli sekali sajalah. Orang takkan mengidam produk kita dan tak akan repeat order berkali kali. 
Macam mana nak jual karipap mahal dan orang tetap juga nak beli pula?

FITRI IBRAHIM

Sajak Untuk Mak
Hujan rintik gerimis 

Turun di depan Makam Peleman 

Di bumi Jogja

Aku di bawah atap 

Berlindung dengan rasa resah
Mak

Malam ini aku spt biasa

Menghirup secangkir kopi

Dengan rasa ingin sempurnakan malam ku
Kopi pekat hitam itu mak

Tak mampu buat aku tenang

Dengan dada berdebar-debar 

Menunggu siksa

Dari kejamnya dunia
Mak 

Aku ingin jalani hidup dgn biasa

Tanpa perlu rasa berdosa 

Pada hari-hari semalam

Aku ingin menjadi spt ayah

Seorang lelaki pemberani

Yang bertarung dgn alun lautan 

Setiap hari
Mak

Hujan gerimis ini buat aku sejuk

Dengan kereta yg berpusu-pusu

Menurun dan mengangkut orang 

Buat aku jadi lebih serabut
Aku saat ini cuma ada satu hasrat

Berdoa agar mak ada disisi

Untuk aku jalani hidup ini

Atau sekurang-kurangnya doamu

Yang meniup ke ubun-ubunku

Agar aku jadi si tenang 

Dan ketika itu akan ku jerit sekuat tenaga

; datangkan aku masalah

Aku sedia memikulnya
Jogja 

November 17