HOT

Kenapa orang Arab sangat kasar, bengis dan pemarah walaupun sebenarnya merekalah manusia yang paling tinggi hospitality mereka dan kawan yang hati bersih lebih daripada bangsa Melayu?

I think one of the factor is the hot weather.

Oh thats me right now. The wedar is so kleaa but hot like neraka

PANAS

Seriously cuaca di Kedah sangat panas dan stressful.

Pasang aircond pon tak terasa.

Memang patut lah budak budak sekolah diberikan cuti.

Walaupun cuaca kita tidak sepanas cuaca di Arab Saudi, tetapi bukan kebiasaan kita untuk ada aircond dimana mana dan elektrik kita mahal.

Arab saudi jamban pon pasang aircond.

DRAMA

Walaupun saya di kampung saya masih bekerja. Phone saya dan laptop saya masih bekerja.

Tapi sebelah malam relax sikit dan sempat saya tonton drama satu ni dah 3 malam berturut turut.

Bodyguard……

Cam nohorom saja rasa tahap intelek saya.

TEKSI

Semalam beratus teksi mengadakan protes di Kuala Lumpur.

Saya memahami sebab mereka protes kerana perkhidmatan Uber dan Grabcar  menggangu pendapatan mereka.

Tetapi dunia bertukar.

Saya percaya seratus tahun dahulu, mungkin ada protes dari industri kenderaan berkuda di mana dari stable boy, horse groom dan lain-lain marah kerana kereta mekanikal di perkenalkan.

Di manakah ribuan stenographer sekarang atau setiausaha-setiausaha yang pandai buat shorthand?

Apa jadi kepada pengusaha-pengusaha cyber cafe? Atau agen-agen pelancongan?

Apa jadi kepada Nokia yang bukan sangat lama dulu syarikat telefon mudah-alih yang terbesar di dunia?

Dunia bertukar dan kita terpaksa bertukar dengannya.

Saya di maklumkan sekarang terdapat 20,000 pemandu Uber, separa dan sepenuh masa.

Mereka juga ada hak untuk mencari pendapatan.

Pemandu-pemandu teksi juga, pada hemat saya, angkuh – mereka mengenakan bayaran tidak bermeter, mengenakan bayaran melebihi meter, menolak permintaan penumpang jika destinasi tidak mengikut kehendak mereka. Penumpang pulak terpaksa “negotiate” dengan mereka.

Masa beredar dan kita semua terpaksa berubah, dari segi kemahiran dan utama sekali, paradigma hidup kita.

Article by Saiful

SESAK

Saya rasa soon or later saya akan jadi macam Cina Cina rakyat Malaysia yang berada di UK, Australia, Hong Kong dan lain lain.

Fade up dengan system dan dissappointed dengan gomen.

Tapi mereka berjaya dan pergi jauh dengan kepakaran masing masing di negara luar.

Mereka cintakan Malaysia mereka cuma hilang hati dengan system berakar sedia ada.

Ramai sangat dah saya jumpa orang macam ni.

SMALL

Saya teringat kawan saya pernah cerita, dia ada buat satu kertas cadangan kepada bosnya.

Kertas cadangan tersebut untuk pembangunan dan penambah baikan sedia ada dan perlu mendapat kelulusan bajet.

Kertas cadangan beliau ditolak. Dia sangkakan idea yang diberikan tidak bagus.

Rupa rupanya kertas beliau ada bulat bulat pen merah kerana ada kesalahan ejaan.

Kecewa sungguh kawan saya tu.

Saya pun respon……. alaaa KP ko tuh silap pilih kerja tu, patut jadi cikgu Bahasa Melayu bukan jadi penjawat awam pembuat dasar.

LoL

Saya belajar perkara baru.

Focus on the small things.

Not the big thing.

Contohnya….

Focus on the spelling and the grammar.

Not the message.

Contoh lain……

Fokus kepada aturan dan tatacara serta prosedur.

Berjaya atau tidak tidak penting yang penting ikut prosedur……gomen lah tu hahaha

PEMBANTU

10 tahun dahulu……

Ya 10 tahun dahulu semasa saya mula mula berniaga. Ketika perniagaan berkembang saya takut untuk ambil staff.

Saya takut kerana takut tak mampu nak bayar gaji.

Hidup saya jadi kelam kabut dan takda masa. Semua benda perlu saya lakukan.

Sehinggalah saya dimarahi oleh abang saya dan banyak mendapat nasihat dari beberapa orang seperti uncle Dato Waris, Dato Amir dan Haji Waheed.

Kita takut untuk mengambil staff kerana kita takut untuk tidak mampu membayar gaji, kita juga tidak yakin staff dapat melakukan kerja seperti yang kita mahu.

Akhirnya pengurusan kita akan berterabur dan kita tidak dapat berkembang pesat.

Jangan takut ambil staff, jangan kedekut dengan staff.

Ya akan ada staff malaun, staff syaiton, staff jilake, staff nohorom……

Tapi kalau dah jumpa yang bagus, jaga dia elok elok seperti keluarga kita kerana mereka akan boleh membawa kita lebih maju dan jauh.

Kita maju…..staff juga akan maju bersama.

BUDAYA

Saya faham tak ramai orang biasa dengan RSVP.

Orang juga akan tidak faham RSVP khususnya sekiranya tidak pernah host majlis atau anjurkan sebarang majlis melibatkan RSVP.

RSVP atau singkatan daripada reservation ni selalunya diletakkan dalam kad jemputan bersama nombor telefon jawatankuasa penganjuran majlis untuk maklumkan samada hadir atau tidak dapat hadir. Disitu juga akan dinyatakan kod pakaian dan sebagainya.

Selalunya orang yang tidak biasa dengan RSVP akan menganggap mudah seperti janji janji pergi kenduri kawin di kampung yang selalunya diadakan antara 12 hingga 4 petang. Ataupun pergi majlis birthday anak anak kawan.

Kalau dapat hadir alhamdulillah tuan rumah happy. Kalau tak hadir tak ada apa apa masalah besar boleh berlaku. Kalau makanan tak cukup pun tak apa boleh minum air sirap. Datang awal atau datang lewat juga tak menjadi masalah.

Tetapi sebenarnya…..

Apabila melibatkan majlis RSVP, sekiranya anda nyatakan persetujuan, satu tempat khas perlu diperuntukkan untuk anda. Sekiranya anda dijemput oleh host, itu petanda host menghargai anda.

Bukan setakat itu sahaja, host juga perlu buat susunan mengikut kesesuaian dan sekiranya majlis lebih berprotokol ia juga melibatkan susunan kenanan melibatkan pangkat.

Host perlu membuat bayaran untuk kerusi anda selain daripada bayaran bayaran lain untuk penganjuran majlis seperti bayaran dekor, bayaran pemuzik, bayaran MC, hadiah sebagai door gift dan lain lain.

Tiba tiba anda tidak hadir di saat akhir atau tidak memaklumkan langsung…..

Host tetap perlu membayar makanan untuk anda walaupun tidak dimakan kerana tempahan dan bayaran telah dibuat dan tempat itu pula akan menjadi kosong yang sepatutnya boleh diisi oleh orang lain, selain daripara mencacatkan pandangan apabila kerusi anda kelihatan kosong.

Kan kesian tuan rumah!

PS: tahukah anda ada sebuah negeri, setiap kali Keputeraan jemputan untuk Majlis Santapan DiRaja semua jemputan akan diteliti seorang seorang dan perlu mendapat perkenan Tuanku. Dan sekiranya Tuanku detect kerusi kosong dan sifulan sifulan tidak hadir maka sifulan akan disenarai hitam daripada majlis istiadat istana. Itu cara didikan kami.