BERGUNA

Untuk boleh menjadi manusia yang berguna dalam dunia yang sangat kejam ini, kita mestilah mempunyai kebolehan critical thinking dan pandai trouble shooting.

Dengan cara tersebut kita akan menjadi a good problem solver.

Dan paling penting dalam dunia yang tidak adil ini kita kena bergerak pantas.

Critical thinking, pandai trouble shooting, pandai solve problem dan semuanya dilakukan dengan pantas, maka kita akan menjadi berguna.

Tiada salah satu, sukar untuk kita bersaing dalam dunia yang kejam ini.

Paling malang adalah bila kita sudah tidak berguna kerana dunia ini sememangnya kejam. Jangan salahkan dunia, salahkan diri sendiri kerana tiada berguna.

Faham tak?

NETFLIX

Im still watching ‘The Bold Type’ from Netflix.

Satu perkara yang consistent saya dapat belajar dari cerita ni adalah be honest with yourself.

Saya ada ramai kawan kawan dalam business yang trying hard to look successful, happy, business bagus, perniagaan laris dan semua yang baik baik.

Tambah pula sifu sifu kat luar sana asyik ajar benda benda yang semuanya saya rasakan palsu.

People dont want that. People want the reality.

Take me as an example.

Saya tulis dan share apa yang menggembirakan saya, saya juga kongsi masalah saya, apa saya rasa nak marah, my struggles, my downtime.

Thats reality, thats life.

Because of that many people can relate with me, because of that too i have good followers.

Jadi dont fake it. Success should be real, there is no pretending in success. Success ada struggle, ada sedih, ada marah, ada kecewa dan semua benda yang tidak ramai orang suka ceritakan.

Share it so you could inspire others. When you inspire others, satu pahala kita dah simpan untuk rizab akhirat.

USTAZ

Saya ada seorang sepupu dia dulu dulu belajar di Syria.

Sekalipun dia tak pernah minta duit dari keluarga sampai menjadi kerisauan kepada keluarga. Saya pernah jalan jalan ke Syria beberapa kali dan lepak di rumah sepupu saya.

Ceritanya Sheikh yang mengajar dia yang menyara dan bagi duit poket kepada dia selama ni. Ceritanya di Syria Sheikh Sheikh besar di sana kebanyakannya kaya raya. Mereka owner kilang, ada perniagaan dan harta yang banyak. Dengan perniagaan itu pula mereka ada ramai pelajar dan anak anak didik yang mereka sendiri tanggung. Salah seorangnya adalah sepupu saya dan Sheikh beliau selain mengajar di Universiti, beliau adalah usahawan sabun dari minyak zaitun dan beliau ada ladang zaitun.

Berbeza dengan Usetat Uusetat dan Sheikh di Malaysia, anak murid, penonton, pendengar dan peminat yang menyara kehidupan mereka. Mereka perlu dibayar barulah keluar bait bait kata kata dari syurga. Kalau tak bayar mereka tak akan berdakwah, kalau bayar sikit mereka akan merungut. Kehidupan Sheikh di Malaysia juga agak mewah kerana disara oleh anak anak murid. Mereka hidup bagaikan selebriti.

Sebab itulah ilmu dakwah mereka itu manusuk hingga ke kalbu kita dan melekat di hati dan ilmu penuh barakah.

Sekian!