#orangbaik

Saya berada di cafe sebelah Lembaga Zakat Selangor.

Cafe ni rasanya boleh kata agak mahal lah jugak sebab makanan western.

Ada seorang makcik tua dengan dua orang anaknya, seorang pegang borang ada logo Zakat Selangor. Anak sorang tadi tanya buat apa sini? Sorang lagi macam berbisik ‘mak nak tukar selera teringin kambing’.

Saya tak pasti mereka pembayar zakat atau penerima zakat. Yang pastinya ketika tu saya rasa sedih tengok derang. Dari pekaian mereka saya tak rasa mereka pembayar zakat.

Ini mungkin peluang saya Allah berikan. Cepat cepat saya masuk dalam bagitahu cashier apa saja derang order masukkan dalam bill saya dan tolong jangan bagitahu saya bayar.

Saya ceritakan di sini kerana saya fikir #bendabaik kita kena kongsi supaya menjadi inspirasi orang lain. Kita dah bosan dengan cerita cerita negatif dalam hidup jadi jom sebarkan benda baik. Kita semua mesti berusaha menjadi #orangbaik

Saya seru rakan rakan lain buat benda sama belanjalah sapa sapa, tak semestinya orang susah, kemudian letak hashtag dan tag saya ok.

Saya tag Abu Hasif kerana beliau telah initiate kempen #orangbaik ini.

ADIK

Saya nak cerita sekadar perkongsian..

Tadi masa balik rumah saya nak naik lift, ada sorang adik comel juga tengah tunggu lift turun.

Saya dengar dia humming macam menyanyi lagu. Bila saya kalih muka tengok dia dia senyum saja dekat saya dan stop humming.

Bila saya alih muka tengok depan dia humming balik.

Saya tanya adik nyanyi lagu apa. Dia senyum saja. Saya usik lagi lagu apa tu dik.

Dia senyum dan kata selawat bang.

First time saya tersentak dengan jawapan adik tu, rasa macam nak menangis. Lamanya saya lupa dekat Kekasih kita yang kekal. Lamanya saya lupa dekat Kekasih kita yang boleh beri syafaat dan bawa kita ke syurga.

Allah boleh datangkan peringatan dalam pelbagai bentuk. Saya tak tahu adik tu anak sapa sebab tak pernah jumpa pun sebelum ni, tapi saya bersyukur kerana Allah tidak pernah lupakan hamba hambanya.

Saya ambil keputusan saya perlu kongsikan cerita ini supaya kebaikan ini tak terhenti setakat tadi saja.

Kita selalu ingat orang yang kita sayang, tapi kita lupa ada seorang Kekasih yang paling mulia dan hakiki yang boleh bawa kita masuk syurga, walaupun tak pernah berjumpa, cukup sekadar kita menyampaikan salam dan selawat, maka seluruh malaikat akan berselawat kembali kepada kita.

Selamat malam.

Terima kasih adik, abang lupa nak tanya nama.

SALESMAN

J: You should do this business, you will make A LOT of money, plus many other interesting incentives

Me: (nod nod nod… Absorbing)

J: Do you like this plan?

Me: Yeah, not bad

J: So, will you sign up?

Me: Give me some time. I need some time….

J: To be able to do this, you need to have a big DREAM. Looking at your face, I can tell…that you don’t really have that BIG GOAL in life to push you hard enough to want to earn a lot from a business.

Woooooooooo…. Hold on a minute, how long have you known me???

We’ve only met and sat down for a discussion for merely half an hour, and you’re already judging me????

Did you know that if I really put my heart into selling something or convince people to do something (good), I actually can do a VERY GOOD job???

Know the people you speak to. Watch your words. Approach people with EMPATHY (Yesss… DESIGN THINKING!!!). Or you’ll risk losing talents.

I have lost interest.

Next!

P/S: J for JERK.

I may not be rich, I may not earn much…however, I’ve got MANNERS that no amount of money can buy.

In life, it is not all about MONEY. What’s more important is for us to maintain good relationships, that will in sya Allah help us to generate income in one way or another.

Credit storyteller – Razlin Razlan

PESAN

My mother taught me 3 simple rules that took me 3 decades to understand and to tell myself, mak you were right.

1. Never trust a sweet talker and someone who loves to praise you.

2. Never trust a soft spoken person, you will know if that person truly a naturally soft spoken or it was all an act.

3. Never trust anyone who speaks anything negative about others to you.

PARENTS

Saya responded dekat kawan baik saya yang saya tak setuju dia berhenti kerja yang dia suka sebab parents suruh.

Bunyinya agak kasar tapi our parents not always right.

Jangan buat sesuatu kerana mak ayah nak kita buat benda tu.

Bab kerja, bukan mak ayah kita yang kena buat kerja kita tu. Kita yang kena kerja. Jadi ibu ayah kita tak boleh dictate apa yang kerja kita kena buat.

Kalau ikutkan kemahuan mak ayah saya, saya bukanlah berniaga hari ini, buat apa yang saya passionate dan boleh pula inspire others. If they were right…

Tapi kita orang Islam, kita juga orang Melayu. Redho ibu dan ayah itu penting, apa yang perlu adalah kita kena pandai cari kunci supaya kita dapat buat benda yang kita mahu dan suka, dalam masa sama ibu bapa kita sokong apa yang kita lakukan dan doakan untuk kita.

Mungkin bukan hari ini, tapi satu hari mereka akan faham dan sokong pilihan kita. Part ni masing masing tahu macam mana nak ambil hati ibu ayah kita.

Redho Allah kerana redho kedua ibu bapa kita.

WARISAN

Tuanku Bainun bukanlah rakyat pertama yang menjadi Raja Permaisuri Agong seperti yang ditulis dan seperti yang diketahui umum.

Ramai yang kurang arif dengan hanya mengetahui bahawa mempunyai darah DiRaja Melayu dengan hanya dari keturunan Tengku, Tunku atau Raja sahaja.

Tuanku Bainun boleh dikira separuh gehara kerana bonda baginda adalah dari keturunan Che.

Selain Tengku, Tunku dan Raja, ramai yang tidak arif bahawa Ku, Tuan, Che, Long, Engku, Che Wan, Sheikh, Syed, Tengku Syed juga adalah dari kumpulan susur galur mempunyai darah Raja dan di dalam adat keistanaan dan protokol pangkal nama sehingga hari ini didahului dengan gelaran Yang Mulia. Selain itu Nik, Wan, Tun, Megat pula separuh darah Raja.

Ramai juga yang tidak tahu dengan beranggapan bahawa kita mempunyai Permaisuri Permaisuri dari darah 100% bukan gahara dan rakyat tetapi sebenarnya tidak. Tuanku Zara Perak, Tuanku Bainun Perak, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Nur Zahirah Terengganu bukanlah dari rakyat.

Ramai juga tidak tahu Tun Mahathir yang dimomokkan darah India dari sebelah bapa, tetapi tidak diceritakan yang ibunya adalah berdarah separuh raja dan bangsawan dari keluarga Kedah.

Oh lupa….bak kata ramai orang nanti masuk kubur kita semua sama saja.

Tapi tidak salah untuk mengingati warisan dan asal usul susur galur kita. Yang utamanya adalah akhlak dan iman yang menjadikannya kita mulia di dunia dan akhirat.

DRESS

I remember when i introduced my good friend to a reporter and later she said to me ‘Ayyoooo so ustaz’.

And this has become our regular joke whenever we talk about it, i mean me and the ‘ustaz’.

Today the ustaz look like a YB lor.

TETAMU

Ini i ikut perangai orang tua tua, kalau ada orang nak mai rumah tumpang tidok, dia nak bawak rezeki.

Jadinya i sapu rumah vacuum habih cuci calat, tukaq sarong bantai baru, ghetuk apa perlu, spray bagi wangi, tonyoh jamban bagi putih serlah.

Baru berani bagi orang mai rumah.

Kita kena bagi yang terbaik untuk tetamu sebab tetamu pembawa rezeki, rahmat dan berkat. Betoi dak!?

P

Saya baru perasaaaan harunya orang Arab tak boleh sebut huruf P as simple as parking akan jadi barking…

Maka kuih kegemaran tujuh keturunan kami yakni kuih suci yang hanya dihidangkan pada hari raya

Kuih ‘semperit’ jadi……..

MERATUIH

Ya Allah kenapa kau uji ku dengan bebanan seberat ini.

Adakah ini untuk melihat setinggi mana kekuatan jatidiriku.

Adakah ini ujian untuk melihat sejauh mana istiqomahku.

Adakah ini cubaan untuk melihat setakat mana ketahananku.

Kenapalah kau uji hambamu ini yang lemah berasa lapar bila dah masuk pukul 11 malam…..

Lapar nasik pulak tu.