CERITA

Bulan lepas saya nak masak nasi. Lepas turn on (switched on dalam bahasa kawan arab saya) periuk nasi tefal tu kepom! periuk meletop elektrik rumah pon terputus. Apa lah malang periuk kena buang.

Tadi saya ke Seng Heng nak beli extension cable teringat yang rumah takdak rice cooker, saya tanya la mamat yang tukang jual tu.

Dia tanya bro nak masak untuk berapa orang.

Saya pon jawab la saya bujang masak sorang je, tapi kadang kadang kawan kawan datang sedara mara datang anak buah datang, kira kira dalam 10 orang punya size lah kot.

Dia pon tunjuk lah yang periuk Panasonic version design yang basic 20 tahun yang dulu, harganya RM110.00

Saya tanya eeeeerrr yang lain takde ke bang, periuk saya sebelum ni Tefal. Saya taknak periuk jenis ni nanti masak nasi ada kerak.

Dia dengan ikhlas dan jujurnya bagitau ok bro model ni kat rumah pon saya pakai yang ni. Kerak nasi mana yang masak takde kerak bro, yang penting kena main air bro, tak cukup air mestilah ada kerak bro.

Saya pon tak ingat macam mana expression muka saya respond dengan explanation mamat tadi…. err takpalah bang, saya ambil cable tadi sajalah.

PS: Esok aku cari Harvey Norman, banyak sikit pilihan yang lagi murah!

BERTAMADUN

Saya seorang Melayu yang berpendidikan, terpelajar, berfikiran terbuka dan mempunyai akar umbi yang utuh tentang apa itu kebangsaan, patriotisme, adab, adat dan akhlak.

Saya mencium tangan ibu bapa saya, atok nenek saya, makcik pakcik saya, kakak abang saya, sepupu sepapat yang lebih tua, guru saya, orang yang lebih tua, pemimpin dan juga Raja.

Mungkin kerana saya masih muda maka tidak berlaku lagi keadaan saya terpaksa mencium tangan Raja yang lebih muda.

Mencium tangan dalam kebanyakan orang Asia khususnya di Malaysia bukanlah bermaksud penghinaan diri, feudalisme atau perhambaan. Kita orang Asia, khususnya Melayu dan menganut agama Islam, amalam mencium tangan bermakna keberadaan adab yang tinggi, manusia yang bertamadun serta mempunyai akhlak dan jati diri yang tinggi kerana memahami apakah itu kehormatan dan hormat menghormati sesama insan.

Tidak mencium itu sebenarnya memberi makna bahawa kita itu jahil, hina serta lubang juboq hitam tapi tak sedar diri. Butuh pak hang lah! Bodo punya orang.

Artikel ini ditulis bagi menjawab penulis blog yang takdak akai tapi takdak akhlak ini:

https://malaysiamuda.wordpress.com/2018/07/09/jangan-engkau-cium-tangan-yang-memukulmu/