JANGAN MENYESAL

Tadi shopping barang nampak sorang badan gempal putih melepak ala ala gaya chef tengah duduk minum kopi. Aku lalu macam tu saja lah….memang kenal pon muka dia….

Then terus berlalu pergi kaunter nak bayar..masa nak keluarkan duit aku tukar fikiran. ‘Nah amek duit ni tolong bayar kejap, aku ada hal’…

Terus aku pergi dekat mamat cina badan gempal tadi ‘Im sorry sir if im disturbing you, but it will be forever disturbing myself if i loose this chance to say hi…..’

Lelaki gempal tadi menarik kerusi dan suruh aku duduk dan kami berbual dalam 5 minit.

Kawan aku tadi hairan entah siapa lah aku cakap tadi…..

Siapa tu? Oh kalau nak tau anything start B such as this supermarket BIG Grocer ni tu la towkey dia. La la la terbang sat 5 menit lepas dapat handphone number dia.

KNOW YOUR MARKET NICHE

Artikel ringkas ni khas untuk keturunan sado yang suka tayang badan.

Setiap jam kalau boleh tayang badan, tayang kaki, tayang tangan, kalau boleh urat timbul kat juboq pon dia nak tayang.

Its okay itu bukan masalahnya, kalau abe ada urat pon mungkin abe pon teringin nak tayang. Konon sharing is caring lah your hardwork.

Tajuk tazkirah hari ni adalah know your market niche.

Sebenarnya yang geng sado ni ada market opportunity yang sangat luas. Cuba tengok dalam fb anda berapa ramai kawan kawan mereka. Itu belum masuk insta lagi.

Mereka ini yang follow mungkin kurang dari 10% sahaja yang satu kapal dengan anda yang suka angkat besi. 90% lagi adalah wanita, wanita separuhan, mak janda dan mungkin majoriti kumpulan nasyid pelangi.

Know your market…..kenapa abang sado ni bila teringin nak buat duit tambahan mereka hanya fikirkan benda yang mereka suka, bukannya pasaran apakah yang terbentang dihadapan mereka.

Contohnya mereka akan buka kelas mensadokan diri, jual protein dan jual barang fitness. Berapa kerat sangat yang akan membeli produk anda sekiranya jual di dalam social media network sedia ada.

Cuba fahami siapa follower anda, kalau banyak perempuan, fomfuan, adik adik, mak janda dan desperate housewives cubalah jual choco nutella, simpul kasih atau paling tidak anything related to fashion. Confirm mereka ini yang juga peminat anda akan terpanggil untuk membeli. Tak dapat abang sado dapat produk dia pon jadilah.

Kedua, ber humble dan jangan celupar. Jangan kutuk kumpulan peminat anda ini, jangan hina mereka dan jenamakan mereka dengan panggilan pelbagai…..mereka ini mungkin kumpulan yang akan memberi rezeki lumayan kepada anda.

Menjadi sado dan banyak follower dan peminat tidak semestinya memaksa anda untuk menjadi pekerja seks!

Use your brain, train your brain as how you train your muscle. Grab your opportunity around you.

Muscle wont last, paling tidak muscle ini dapat memberi manfaat harta untuk anak cucu nanti dan untuk ummah melalui pembayatan zakat.

Sekian tazkirah business abe hari ini.

Berkira

Rakan rakan rapat saya memang tahu saya ni bukan jenis orang yang berkira. Dari kecil lagi saya jenis suka belanja orang makan dan kalau berjalan mana mana akan belikan hadiah kepada orang yang saya ingat.

Ini memang perangai yang saya warisi dari ayah saya.

Tapi dalam sikap saya yang tak berkira, nampaknya ramai yang kurang pandai berkira kira. Kerana kawan dan kenalan saya dari pelbagai jenis karektor, ada yang sesetengah kumpulan mereka ingatkan saya ini ahli sihir. Kencing keluar duit kentut keluar duit berak pon keluar duit.

Pernah berkali kali saya host dinner atau lunch, kita cuba jemput rakan rakan baru yang kita lama tak jumpa. Apabila saya host, saya sukakan sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan tanda meraikan rakan rakan. Kesilapan yang selalu berlaku adalah kita jemput sorang isteri dia tak malu nak ikut.

Selalunya mereka memang nak ikut sbb mereka tahu saya takkan host dinner makan papedom dan minum ayaq kosong. Dan tak pernah dalam sejarah saya host makan di kedai tomyam tepi jalan.

Tambahan lagi mungkin ada cerita yang hanya ingin diborak tanpa kehadiran isteri. Cerita lama lama zaman muda. Kehadiran isteri akan merosakkan mood majlis.

Jadi kalau jadi isteri orang tu faham fahamlah, invitation hanya untuk suami sahaja atau suami dan isteri…..tengok pula kalau dijemput anak anak berapa orang yang dijemput. Kalau status masih awek, tolong lah rasa malu diri sikit kalau tidak takutkan Allah kerana bersama bukan mahram.

Bayangkan kalau jemputan 6 orang di restoran di dalam pavilion, masing masing gatai teloq bawak isteri dan kemudian anak seorang. Kalau bill seorang 100 ringgit jumlah keseluruhan dengan minuman dan GST sudah boleh mencecah RM2000. Ditambah pula kalau yang asal usul starbucks pon tak pernah beli, bila diminta order yang paling mahal dia ambil.

Tapi dalam adab menjadi host, then we have to get ready lah awal awal.

Yang paling KORAJAQ adalah apabila janji nak datang last minute cancel. Yang tu patut di black listed tak patut diajak kemana mana lagi.

ALIEN

Mungkin apa yang saya ceritakan ni alien untuk anak anak zaman millenium.

Masa kecil saya sanggup bahagikan duit sebahagian untuk makan di kantin sekolah dan sebahagian lagi disimpan untuk beli kad raya bila masuk bulan ramadhan nanti. Bulan puasa pun saya tetap ambil wang saku kerana hendak beli kad raya.

Satu buku dikhaskan untuk menjadi buku rekod menyimpan alamat. Bila ada saja kad raya sampai saya akan simpan hingga dekat dekat raya.

Kemudian mulalah kerja mencari ranting ranting kering, diletakkan dalam pasu kemudian kad akan digantung satu persatu bersama ketupat reben. Lagi seronok kalau ada lampu lip lap.

Semua benda ini sudah akan dianggap ketinggalam zaman dan alien untuk anak anak muda.

LOYAR

Mengulas komen entah siapa tah pasal ada degree loyar pon hidup susah.

Hidup susah tu sangatlah subjektif dik ooooi.

Abam dulu dulu ada sijil UPSR PMR SPM Degree tidak termasuk sijil lumba lari, sijil ihtifal, sijil menang pertandingan melukis 3 tahun berturut turut, sijil menang syarahan peringkat negeri 2 tahun berturut turut, sijil pengawas dan macam macam lagi lah…..tapi masa aban mula berniaga naik LRT saja.

Usungla barang yang berat 5 hingga 6 kilo tu kehulu kehilir. Orang tengok pon kesian sebab zaman tu abam kurus keding rambut belah tengah dan muka jambu pink.

Dah ada kereta pernah banyak kali juga kutip duit syelin nak bayar minyak. Sampai bangla stesen minyak tu dah tahu budak ni datang 2 ringgit saja masuk. Dia terus taknak dah lap cermin kereta.

Lima enam tahun jugak baru nak merasa selesa dan stabil sikit. Datang tahun 2011 abam kena badai gelora perniagaan satu sen pon takda. Kena mula balik dari zero. Tapi nasib baik dah ada pengalaman proses recovery lebih pantas setahun dah ok  balik.

Itulah nama kehidupan dik oi. Jadi jangan selalu salahkan orang salahkan keadaan, kita mesti usaha. Usaha itu roket kejayaan.

Nota : rambut belah tengah itu propa dan roket tiada kena mengena dengan sebuah parti politik.

INTONASI

INTONASI

Intonasi boleh buat sesuatu perkara nampak ikhlas atau nampak arrogant.

Ini antara perkara yang saya cuba jaga dan sedang belajar walaupun kadang kadang boleh tersasar juga especially bila tengah mood kureng.

Kadang kadang perkara biasa saja ditulis tetapi jika dibaca dengan intonasi salah akan menyebabkan makna berubah menjadi negatif. Niat yang baik bercakap dalam intonasi salah juga boleh merubah makna.

Cerita pasal intonasi minggu lepas saya ada bermesyuarat dan ada sebut beberapa masalah yang dihadapi di Jeddah.

Tiba tiba mencelah seorang kakak….dengan confidentnya dia berkata…berniaga di Arab Saudi ni you kena ada connection. Kalau you perlukan apa apa, saya boleh kenalkan kawan saya di Arab Saudi you boleh tanya dia apa apa masalah, nama dia Prof Dato xxxx.

Mungkin niat kakak tersebut sangat baik. Tapi ayat mukadimah serta intonasi mungkin tersilap menyebabkan pelawaan ikhlas membuatkan ia berbunyi agak jengkel.

Saya pon tanpa senyum berpaling kerana terganggu dipotong cakap semasa beri pembentangan, dan berkata ‘Kak, Prof Dato xxxx tu saya panggil dia uncle. Dia jiran dan rumah dia pon saya selalu tidoq since zaman belajar lagi, boleh saya sambung slide saya?’.

Moral of the story – jangan salah cakap. Eh silap….. be humble in intonation.

Amaran – jangan ikut perangai saya. Be nice and be humble.

Jangan Buat Macam Ni

Waalaikumsalam, errr boleh saya tahu siapa di sana yer?

Ni aku lah Mat.

Err eh boleh tolong ingatkan Mat yang mana satu yer?

Ko ni sekarang dah sombong ye. Aku pon ko dah tak kenal, padahal aku kenal ko. Aperaaaaa!

Nota : Dalam dunia ni ada sorang saja nama Mat.